Skip to main content

GAMBAR DI ENTRY NI HANYA UNTUK MENCUCI MATA

Assalamualaikum...

gambar hanya untuk mencuci mata
Seharian saya dok godek2 kumputer suami saya ni..
banyak sangat gambar2 yang perlu di delete dan ada gambar2 peribadi yang
perlu dipindahkan ke pen drive.
Sayang je kalau gambar2 tu hilang..
Kebanyakan nya gambar2 kami bercuti .
Selalu terbaca kat blog kawan2 gambar yang ada dalam smartphone dan komputer
hilang sebab tersilap tekan la apa..kan??
jadi sebelum apa2 baik saya pindahkan gamabr2 tu sekarang.

gambar hanya untuk mencuci mata


Dulu saya simpan gambar2 keluarga kat dalam dropbox.
tapi sedar yang negara kita ni
kalau pasal internet tak payah la nak berangan macam
layari internet kat korea ke jepun ke..kan??
Kalau balik kampung terus tak de line internet..
nak simpan gambar2 kat dalam dropbox tu memang tak mampu la makcik.
lagipun dropbox tu slow sangat,..
nak upload gambar 2,3 kerat pun ambik masa sampai berminit2.
belum masuk bab video lagi tu..

gambar hanya untuk mencuci mata


Lepas tu hari ni saya pasang Instagram kat PC suami ni..
Bila dah buka chrome web store tu
macam2 pulak nak di bubuh..heheh..
Dulu kat laptop saya, saya letak dengan whatsapp nya
dengan statschecker nya..heheh...senang  sikit..
Tapi sejak laptop tu ada problem  saya pun
buat la komputer suami saya ni macam harta benda sendiri..
harap2 dia tak kisah..kalau dia kisah pun,
ada aku kesah????hahaha

Gambar untuk mencuci mata
tak de apa sangt nak cerita hari ni..
patutnya minggu ni ada review produk tapi
sebab tuan punya produk tak sihat dia mintak bincang hari lain..
tunggu dia sihat..
duit dah bayar tapi sampai hari ni senyap lagi..
semoga cepat sihat ye..

gambar hanya untuk mencuci mata
yang dah bayar duit review untuk minggu depan
harap2 sihat la ye..kang tertangguh lagi review ni..
risau je saya sebab duit dah ambik.
tapi details produk semua belum dapat lagi..

yang ni gambar untuk di klik..bukan untuk mencuci..sila klik!!


Yang nak review jangn malu2 sila Pm.
sticky post 24 jam cuma rm30
kalau sticky post seminggu rm50 je..murah kan??
pageview saya satu hari 12k..
Unit visitor 4k-5k sehari..
berminat meh whatsapp saya 0125977656

<<<..suka minum kopi??awak mesti tengok ini..

sekian..



Comments

  1. saya dah berapa kali gambar dalam memory card dslr burn camtu jer tak sempat backup. gambar raya aritu pun dah tinggal kenangan

    ReplyDelete
  2. Cuci mata..

    Wah rajinnya awk godek2 kan laptop suami awak. Tak busy sgt eh arini?

    Duit dah bayar mmg risau lah kan bila kerja tertangguh. Moga beliau cepat sembuh. Amin

    ReplyDelete
  3. Laju je jari taip laptop.. Padalah tuan tanah tulis PC. Huhu.. Tu lah pasal, jari menaip mata jeling2 baby. Hihi

    ReplyDelete
  4. pernah simpan gambar dalam hard disk.. sekali hard disk rosak.. T_T

    ReplyDelete
  5. harta suami harta isteri juga kan diana...pandai2lh menggunakannya.

    ReplyDelete
  6. Hehehe... Takpe.. Godek² di bolehkan..

    ReplyDelete
  7. yours is mine. mine is mine hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Selalu risau kalau harddisk ka handphone crash abih semua gambar hilang. Sbb tu buat jugak photobook letak pics yg plg suka.

    ReplyDelete
  9. Saya masih simpan dalam external disk. Kalau hilang memang melalak meraunglah tiada hentinya. Saya kat rumah tu semua komputer, laptop suami yang pegang. Kita ni pinjam aje walaupun katanya kita punya!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …