Saturday, 29 August 2015

DUA BERADIK DIJATUHKAN HUKUMAN DIROGOL WARGA SETEMPAT



Mahkamah adat Desa Baghpat, Bahagian Uttar Pradesh, India, memerintahkan rakyat setempat merogol dua beradik. Hukuman keji yang diterima Meenakshi Kumari (23) dan adik perempuannya yang masih berusia 15 tahun itu adalah kerana abang mereka bersenggama dengan perempuan berbeza kasta.

Dua beradik itu lari ke Ibu Kota New Delhi. Mereka mengadu ke Mahkamah Agung India, menuntut hukuman adat tersebut dibatalkan. Kumari melaporkan polis tempatan juga menyokong hukuman rogol ini, sehingga dia tidak mempunyai tempat berlindung.

Bukan sekadar diperkosa, seandainya tidak lari, Kumari dan adiknya itu akan di arak keliling kampung dalam keadaan bogel, dan wajah mereka akan di conteng arang hitam sebagai simbol mengaibkan warga setempat

Kumari dan adiknya adalah ahli keluarga dari etnik Dalit, kasta terendah di Negeri Sungai Gangga. Abang kandung mereka dianggap bersalah kerana menjalinkan hubungan dengan perempuan bersuami dari kasta yang lebih tinggi.

Untuk menutup malu keluarga Kumari harus dijadikan korban dengan merelakan diri dirogol beramai-ramai. Badan-badan bukan Amnesty International kini menjadi pelindung Kumari dan adiknya.

Petisyen agar kerajaan India mencabut ketetapan adat itu telah ditandatangani lebih dari 16 ribu orang. "Hukuman seperti ini jelas tidak adil dan perlu dihapuskan," ujar jurucakap Amnesty International cawangan India.

Mahkamah adat, atau disebut Khap Panchayats, biasanya terdiri daripada ketua lelaki di kampung itu. Walaupun secara hukum tidak diiktiraf mahkamah rasmi, banyak kampung di pedalaman India masih menyelesaikan pertikaian warga setempat melalui mekanisme tersebut.

sekian..

sumber:merdeka.com

11 comments:

  1. Kejam...zalim...jijik...hukuman yg tak masuk akal!

    ReplyDelete
  2. Bila kasta yg tertinggi merogol mereka yg kasta terendah, rasa2 mereka yg berkasta tinggi tu terima hukuman yg sama tak?

    Hukuman gila namanya ni..

    ReplyDelete
  3. tak pasal² jadi mengsa..pelik hukuman dorang ni

    ReplyDelete
  4. Ya Allah takutnya! Abang buat silap, adik kena hukum. Undang-undang yang dicipta manusia, tidak adil.

    Sertai August Top Commentator Giveaways! Masih belum terlambat, berakhir esok. Komen mana-mana entri lepas dan berpeluang menangi produk Shaklee. Klik VitaminSuci untuk sertai. TQ!

    ReplyDelete
  5. Aduh..macam2 mende pelik kat india ni...

    ReplyDelete
  6. mak aiii..seram dengar..
    nasib baik la malaysia xde hukuman mcm ni..

    ReplyDelete
  7. Dasar setan nampak sangat adat yg belandaskan nafsu semata2....abang yg buat salah adik2 perempuan yg tak berdosa menjadi mangsa....

    ReplyDelete
  8. Gila punya hukuman ni. Abang punya salah, adik-adik pulak yang kena tanggung. Apa agaknya perasaan kaum lelaki di kampung tu? Abang dan bapa si Kumari dan adiknya ni tak membantah langsung ke? Pelik sungguh hukum adat macam nikan!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();