Friday, 21 August 2015

DALAM IKLAN DAH TENTU ADA TAWARAN.TAK MAU KLIK KAMI TAK PAKSA.

Assalamualaikum...


Saya dan ramai blogger lain memang suka share2 entry
dalam bentuk iklan di facebook dan twitter.
Tapi ada beberapa rakan yang tak paham benda ni
dia akan pandang benda macam mengganggu dia nak baca
status kawan-kawan..

Bagi dia apa yang kita kongsikan tu
semua tak berguna untuk dia..

"tak mau la klik..kalau klik dia yang dapat duit.."
"menyesal la add dia,asyik kongsi iklan je.."


Alahai cik kak..satu klik tu 20-50 sen je cik kak...
kecik je nilai tu kalau nak dibanding kan dengan
apa yang awak akan dapat bila klik..

kalau awak tak nak klik pun ,awak abaikan je la..
scroll je la ke bawah..
tak kan la tu pun dah merungut sakit jari,
sakit mata,sakit hati..

pernah la ada yang tanya saya..

"macam mana ye akak dapat barang2 percuma semua tu.."
"macam mana akak akak tahu tentang promo tu  ye"
"kenapa awak dapat murah saya beli mahal?"

Kadang2 benda yang rakan2 kita kongsi tu
mungkin ada tawarkan kita sesuatu..
sample percuma,hadiah, kupon , promo ,
tawaran potongan harga , laman web untuk jana income ,
macam2 lagi la..
Tapi sebab kita tak pernah nak pandang iklan2 yang kawan kita
kongsi jadi tak hairan la kalau kita ketinggalan benda2 yang
kita boleh dapat tanpa mengeluarkan belanja yang besar..

Yang kita tahu cuma nak baca status kawan-kawan.
Lepas tu bila orang dapat itu dapat ini,
kita juih2 mulut sebab dengki,cemburu,meluat dan sebagainya.

Kami memang tak paksa orang klik.
tapi percaya la bila dikongsi tu maknanya
ada lah sesuatu kat dalam tu yang ditawarkan untuk awak.
Tak semua benda tu untuk awak.
mungkin untuk orang lain tapi ambil la ia sebagai ilmu
atau untuk pengetahuan am.

Tak de la bila orang sembang awak tau  nganga je..

Ada orang yang entry promot barang dan tempat2 best
pun dia tak mau klik..takut  nak klik sebab kalau klik
tuan punya post dapat duit..katanya..!
heheeheh


sekian..

8 comments:

  1. abaikan je diorang tu kak.. diorang tak faham suka hati diorang hehe..

    ReplyDelete
  2. wawa setuju.. dieorang tak nampak kesan tersirat disebalik post2 yg kita buat.. hehe

    ReplyDelete
  3. mereka tak tahu perkara yang sebenarnya..huhu

    ReplyDelete
  4. Ye.. Kalau tak suka..scroll laju2 je...

    ReplyDelete
  5. Iya.. Tak payah nak merungut bagai.. Kalau tak nak klik iklan yg kawan share abaikan je.. Sabar ye sis..

    ReplyDelete
  6. Apa susah sekarang ada button unfollow kalau dah rasa semak sangat dengan apa yang kita share unfollow jer...

    ReplyDelete
  7. Tak da paksaan kan, abaikn ja apa yg diorg2 ckp tu..

    ReplyDelete
  8. Abaikan mereka2 itu D..nak klik ke tanak klik ke biarkan diaorang ..Sabar jer la ngan peel manusia masa kini ya...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();