Friday, 21 August 2015

CIRI-CIRI ORANG YANG BAIK-BAIK..

Assalamualaikum...




Siapa la nak mengaku diri nya jahat..
Lagipun islam pun tak galak kan kita aib kan diri sendiri
dan mencanang dosa2 lampau kita..
"aku dulu banyak buat dosa..
"saya dulu jahat sangat.."
Kita tak boleh cakap macam tu..kalau kita cakap macam tu
kita kena bagitau jugak yang kita dah bertaubat,dah berubah dan insaf..
Itu apa yang saya tahu la..



Jadi kebanyakan dari kita akan mengaku diri kita ni dari orang baik2..
Tapi betul ke apa yang kita akui tu
setanding dengan apa yang kita tonjolkan??



Orang baik2 tak kan sesekali menghina
apa lagi memandang rendah orang lain..
tak kira dari mana orang tu berasal,siapa keluarga nya
kita manusia tak de hak nak menghina dia..

Orang yang baik2 tak kan berkasar
secara fizikal dan mental pada orang lain.
Tutur katanya lembut dan sopan.


Orang baik2 tak kan bertindak dengan melulu..
setiap masalah akan di nilai berdasarkan logik melalui akal.
Bukan hanya mengikut kata orang
dan dipergunakan dengan sewenang-wenang nya..
Orang baik2 akan menyiasat sebelum bertindak.

Orang baik2 tahu menjaga adab nya.
Tak kira dengan orang yang lebih tu atau pun muda.
Orang baik2 akan menjaga amal ibadat dirinya dan keluarga nya.
Dia juga akan menjaga hubungan baiknya dengan tuhan, keluarga ,jiran dan
sesiapa sahaja.

Orang yang baik-baik akan memberi kepada yang memerlukan.
Dia tidak akan mementingkan dirinya sendiri
apa lagi menganiaya orang lain dan bersikap tamak haloba.
Harta didunia bukan kepentingan nya.
Orang baik2 akan menerima pandangan dan pendapat orang lain
dengan hati yang terbuka.



Jika awak tiada semua ni..
tidak kah awak berasa malu menggelarkan diri awak
adalah dari kalangan orang yang baik2??


sekian..

5 comments:

  1. Thanks diana, remind me..")

    betul laa orang kata, kita ni sentiasa diperingat, kalau tk buat2 lupa.. Jadikan kami dikalangan orang yg baik2..

    ReplyDelete
  2. sama2 mengingatkan.. terima kasih =)

    ReplyDelete
  3. Thanks ingatkan Gimi tapi tu la kadang2 rasa ujub tu datang tak berjemput pula

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();