Sunday, 30 August 2015

BAJU MUSLIMAH YANG TAK CANTIK

Assalamualaikum...
Hari ni bebudak memaksa2 ajak bejalan..
Walaupun ayah nya kerja tapi siap whatsapp ayah 2,3 x nak ke Ecoworld.
Tak sempat2 nak tunggu esok dah..
jadi kena la siap kan kain baju dalam beg..
saya ni walaupun nak berjalan dekat2 je tetap ada baju2 anak bawak sekali..
sebab kami ni memang suka perjalanan tanpa di rancang..hehee

Satu benda yang paling susah bila nak siapkan
baju2 anak ialah nak suai padan kan baju anak2.
baju anak2 pun kadang2 kita pening nak pilih yang mana.
sebab ada setengah baju dan seluar baru pakai 2,3 kali
tapi tengok2 dah tak muat..
sebab tu kena pilih betul2...
tengok kat sini cara betul nak berfesyen..

Yang tu baju budak2..
macam mana dengan baju kita2 yang dewasa ni>??
lagi la pening..silap suai padan terus nampak ala badut.
Saya perasan banyak baju2 muslimah yang kat pasaran tu
nampak macam baju badut..
bertampal-tampal dengan warna yang "meriah"



Pernah juga terbeli baju muslimah ala badut ni..
memang last2 dok dalam almari je..
nak bagi orang pakai pun tak tergamak..
sebelum beli tengok gambar kat Instagram kemain cantik lagi..
tapi bila dah depan mata,dah cuba pakai rasa nak gelak kuat2 je.
ahahhah

Sekarang ni semua orang nak guna #OOTD betul tak??
walaupun gaya nya entah hape2..heheh
tapi dah katanya fesyen kita hadap je la..
nak gelak,gelak kat belakang je la ye..
kalau gelak depan2 nanti orang kata kita tak tau fesyen pulak walaupun
fesyen dia tu "alamakkk"!heheh

Nak tau ta gaya 2015 yang mesti awak suka
meh tengok kat sini..
yang ni baru lah #ootd..


sekian..

12 comments:

  1. kami ni pun kata nak keluar.. tp macam biasa suka lepak kat umah sampai petang. petang hujan pulak.. rasa mcm malas pulak. dah 2 hari berturut turut keluar esok pulak la kot. bab fesyen tu.. almaklum trend color block katanya. so macam pelangi la dia punya warna hehehe

    ReplyDelete
  2. Betul lah. Sekarang ni lagi lah; trend warna-warna striking dan colour block. Memang berwarna-warni~

    Sertai August Top Commentator Giveaways! Masih belum terlambat, berakhir esok. Komen mana-mana entri lepas dan berpeluang menangi produk Shaklee. Klik VitaminSuci untuk sertai. TQ!

    ReplyDelete
  3. Kekdg byk yg Lya x brkenan baju2 muslimah yg bejual2..bukan sbb fesyennya tpi sbb wrnanya kurang mnarik..segan plak nak guna hihi

    ReplyDelete
  4. assalam diana,terimakasih singgah blog kakak,
    kakak pun dah follow diana ..

    ReplyDelete
  5. FESEYN MUSLIMAH YG PELIK NI KALAU BERANI BOLEHLAH SELAMBA PAKAI...KALAU RASA MENYOLOK MATA XTAU NK KATA APA...

    ReplyDelete
  6. Kekreatifan luar biasa hingga serba tidak kena untuk digayakan..

    ReplyDelete
  7. Memang betul...dah nama pakaian muslimah...kalau banyak sangat warna macam segan jugak nak pakai...

    ReplyDelete
  8. Ye memang betul, macam2 ragam2 fesyen muslimah skrg, dah banyak yang tak menepati syarak. Kalau yg masih tutup semua dan longgar tu, walaupun fesyen pelik2, tahan la jugak lagi. Yang tak tahan bila tutup semua tapi masih nampak semua hahahah! Jgn kata org lelaki, kita yg perempuan ni pun kadang2 takleh nak kawal mata huhuhu...

    ReplyDelete
  9. Alamak..... ada gak hari tu beli T shirt muslimah kat Melaka Rm17 henggit warna mmg mcm badut merah ngan kelabu cerah hihi....gasak lew badut pun badutlah hihi

    ReplyDelete
  10. kikiki..
    penah jgk terbeli..mmg xpakai la..
    tgk online mcm cantik..tp bila dpn mata mmg mcm badut klu pakai kak..

    ReplyDelete
  11. Salam, hahahahha ini betul! dlm gmbr nampak cm cantik je, sekali bila tgk depan2..tak tergamak nak pakai, hahaha~

    ReplyDelete
  12. Kalau tengok model pakai memanglah cantik. Maklumlah buat photoshoot memang mestilah menawan hatikan. Tapi lepas dah beli, aduhai.. badut pun kalah mati dengan kita. Hahaha...

    Saya pulak selalu tau masa tengok kat kedai terasa comel aje kalau pakai kat fitting room tu. Tapi bila dah beli, nak pakai keluar berjalan-jalan, terasa tak semegah mana pulak!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();