Skip to main content

APA PENDAPAT AWAK TENTANG BLOG SAYA...

Asslamualaikum...

Sejak awal bulan ni saya dah mula mengurangkan
banner iklan kat blog ni.
Saya tumpukan pada iklan review sahaja.
sebab tu saya kurangkan iklan banner
supaya pengunjung akan mudah view entry2 saya.
Sebelum ni ada yang bagitau blog saya nampak semak dengan iklan banner kat
bawah header tu.

Biasanya kat bahagian header saya
hadkan iklan banner hanya 4 sahaja.
kat sidebar pulak cuma ada iklan affiliatte dan nuffnang.
Tapi sejak awal bulan hari tu saya had kan 2 iklan banner sahaja.
insyaAllah..awal bulan ni saya buka semula 2 lagi iklan banner di bawah header tu..
saya harap kawan2 boleh view entry saya dengan mudah ye..

Saya sentiasa menglu-alukan
pendapat kawan-kawan tentang blog saya.
Walaupun saya dah kurang update blog macam dulu tapi
setiap hari tetap 2 entry akan saya publish.
Jadi pendapat kawan2 tu sangat penting untuk
saya memperbaiki blog saya.
Soal gaya penulisan tak best,entry tak menyengat tu
saya tak mau ambik kesah sangat dengan cakap2 orang sebab
pendapat orang lain2 tentang benda ni..

Ada orang suka menulis macam tu  atau macam ni..
ada orang suka penulisan yang santai tapi ada juga yang tidak.
Bagi saya,saya suka gaya menulis seperti sekarang.
Dan tak mungkin saya akan mengubah nya.
Kalau saya ubah ,mungkin makin kurang saya update blog
sebab itu bukan gaya saya.

bagi yang suka dan setia...terima kasih..
Yang tak suka..Terima kasih juga sebab
tak mungkin awak tiba2 je tak suka tanpa membaca entry saya..kan?/
jadi terima kasih sebab pernah membaca dan menilai saya..


sekian..

Comments

  1. pendapat orang macam-macam diana
    pada saya tak mana masalah pun dengan blog diana ni
    nampak kemas aje ni huh
    apapun keep it up ye

    ReplyDelete
  2. Pada wawa nampak kemas dan teratur je.. ")

    ReplyDelete
  3. tulis macam mana yang kita selesa kak diana.. Jangan tiru style orang nanti kita tak enjoy atau nampak kita macam memang nak jadi macam blogger yang kita tiru. bab banner saya pun limitkan even sewa murah pun. kang letak sana sini memang nampak bersepah. nak2 bawah header kalau banyak sangat dah nampak macam blog iklan pulak.

    ReplyDelete
  4. Suka masuk blog diana, sebab julia suka warna putih...tu sebab blog julia tema putih hehehe...so far blog diana okey, cantik dan nice

    ReplyDelete
  5. Blog diana cantik dan kemas. suka sangat bila masuk sini walaupun pestime...

    ReplyDelete
  6. setuju ngn diana.... lin pun tak suka bnyk banner. Sbnrnya orang tak click sgt pun. lebih kepada goole. dimana kita tulis entry.

    ReplyDelete
  7. buat masa ni aku tak penah rasa pun blog ko semak ke hape ke ..aku jumpa je entry ko ...pelik jg pengkomen itu

    ReplyDelete
  8. pedulikan apa hates nak kata apa

    ReplyDelete
  9. Makcik, mak jujur ni tau, mak suka cara penulisan awak....Santai tapi sinis, yg paling best ada jugak gosip artis. Dah katanya mak pun jenis santai, so mmg tak sukalah entri berat berat ni, malas nak pikir...

    ReplyDelete
  10. Pada saya okey aje. Tak nampak susah pun nak membacanya. Entri terlebih santai pada saya sapsapsoi aje saya membacanya. "Genre' semua pun cover kira okeylah. Bab caca-marba ni saya suka tau. Maklumlah saya pun spesies gitu juga kalau menulis :)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …