Skip to main content

ANAK SEKARANG MANJA SAMPAI TAK TAHU BUAT KERJA DAPUR

Assalamualaikum...

Susah saya nak dapat peluang update entry waktu pagi.
Sebab waktu pagi adalah waktu sibuk saya..
Lepas siap kerja2 rumah, jam 12-1tengahari tu
Baru lah saya boleh on pc dan baca berita segala ...



Kalau anak cuti sekolah
Lagi la tak sempat nak online..
Guna pc ke smartphone ke memang tak sempat.
Anak2 ni lagi kita ada depan mata, lagi la
Kerap diaorang nak kan perhatian.

Sebab itu lah ramai yang berpendapat
Ibu2 yang bekerja kebanyakan nya mempunyai anak2 yang
sangat berdikari dan pandai bawa diri.
Berbeza dengan anak2 yang ibunya macam saya, suri rumah je.
Anak jadi manja dan ada banyak perkara yang
Mereka tak mampu lakukan sendiri.



Saya setuju dengan pendapat ni..
Bukan saya tak ajar anak2..
Lepas makan cuci pinggan, basuh kasut sekolah,
Kemas tempat tidur, kemas bilik setiap hari,
Hidangkan makan tengahari, semua benda saya ajar..
Tapi disebabkan kita ni ada depan mata dia,
Kadang2 benda yang mudah tu pun dia rasa berat.

Saya selalu cerita pada anak yang
Saya start memasak pada usia 11 tahun,
12 tahun dah pandai masak nasik, masak kari, goreng ikan ..
Anak pun terkejut, nak percaya dengan tak percaya sama banyak.
Padahal itu hakikatnya..
Zaman dulu sebelum umur 12 kebanyakan
Anak2 dah pandai kerja2 dapur.
Sebab?? anak2 dulu diajar tentang tradisi..
Anak2 sekarang kita ajar tentang kecemerlangan dalam akademik..



Tak pandai masak tak pe la..
Yang penting masuk universiti..
Perempuan tak wajib memasak.. katanya...
Sudah nya jadi la kes
Anak Perempuan  tak pandai masak, tak pandai kerja dapur..
Tapi menantu dia nak yang pandai masak dan buat kerja dapur..

Sekian...



Comments

  1. Ibu bapa berkerjaya pun hadapi masalah yg sama: anak2 tak reti buat kerja rumah. Bila balik kerja tengok rumah bersepah, anak2 sibuk mengadap gajet masing2. Sudahnya ibu bapa juga yg kena kemas rumah, kemudian nak masak lagi..

    Sindrom anak gadis tak pandai masak dah jadi perkara biasa zmaan ini. Bukan saja di rumah sendiri, tanya jiran2 dan sedara mara pun sama. Malangnya bakal suami anak2 gadis ini (termasuk anak gadis saya!) suami mereka nanti kena hari2 makan nasi bungkus. Tapi anak gadis tak pandai masak adalah berita baik utk peniaga makan!

    ReplyDelete
  2. Setujuu sangat. Nani pun dulu masa dekat rumah selagi ada ibu depan mata semua bend aibu buat. Bila ibu buat keputusan nak sambung belajar pehh memula nak buat semua kerja rumah sangat lah malas. Hahhaa. Lama lama dah ok. Sekarang pun boleh lah dah masak skit2. Hikhik :D

    ReplyDelete
  3. yui xpndai masak tp yui ada usaha nak msk..kira ok la kan?? hahaha

    ReplyDelete
  4. perenggan akhir tu setuju..anak perempuan sendiri tak pandai masak takpe..tapi nak menantu pandai masak, takut nanti anak lelaki dia tak cukup makan, duit..

    tapi kan, takde lah mak yang bekerja ni ada anak pandai berdikari..kalau tak dididik..tak pandai juga..

    ReplyDelete
  5. XPANDAI MASAK TU XPA SANGAT TAPI ANAK2 PERLU RAJIN MEMBANTU KERJA2 RUMAHTANGGA...KALAU DH TERBIASA LAMA2 PANDAI JUGA KAN.

    ReplyDelete
  6. Tengok juga, kalau ibu bekerjaya, dan anak2 di asuh oleh bibik...semuanya bibik uruskan...tak tau juga nanti mereka buat kerja rumah...hahaha

    ReplyDelete
  7. Tapi kan diana, mama julia pun suri rumah, satu je, kena jadi sgt2 garang dan tegas, memang anak2 ikut cakap, kalau tak manja tak sudah2, pastu tak boleh sorang backup pun, tang disiplin kena patuh, itu julia pernah lalui, mungkin nanti julia akan jadi suri rumah, julia pun kena praktik benda yang sama

    ReplyDelete
  8. Umur PC 9 tahun mama dah kerah suruh belajar nasak..tak apa walau yang simple simple..walau PC anak tunggal..tak ada pengecualian..manfaatnya bila mama baba tak sihat..ada yg masak..bila mma baba ada urusan luar..boleh masak..hihi walau goreng telur kisap dengan nasi..semangat dari ibu bapa gabung dengan minat memasak diri anak tu sendiri insha Allah menjadi..

    ReplyDelete
  9. zaman sekarang tak kisahlah mak bapak dia kerja atau tak
    anak-anak era ini memang satu cabaran bagi parent
    tak cakap orang lain, anak sendiri aje
    mudahan-mudahan idaklah sampai ke tua perangai gitu

    ReplyDelete
  10. zaman sekarang tak kisahlah mak bapak dia kerja atau tak
    anak-anak era ini memang satu cabaran bagi parent
    tak cakap orang lain, anak sendiri aje
    mudahan-mudahan idaklah sampai ke tua perangai gitu

    ReplyDelete
  11. Hehehehe.. Kathy mmg keras sikit bab ni,tapi kekadang kasi kelonggaran jugak. Heheheh.

    ReplyDelete
  12. kan..itulah hkikatnya..beza sgt,.rasanya drjah 2 , lya dulu dh pndai iron sdri baju..skarang nmpak gaya asya cam xde potensi j nk buat sdri next year.. haha..

    ReplyDelete
  13. Kakak kerja anak-anak dlm jagaan bibik. Tapi sebagai ibu kena prihatin beritahu bibik jgn manjakan anak-anak. Alhamdulillah mungkin anak kakak perempuan naluri nak masak mesti ada kan.. memula cuba resepi lama-lama jadi suka. Tapi kadang tu malas juga Dee. Macam semalam kakak letih dia pulak banyak homework. Apa lagi call pizza hantar rumah ajelah...

    ReplyDelete
  14. ssh jugak kan.. Fiza anak pun kecil lagi.. tp kalau anak perempuan mst masuk dapur, jgn sampai nak potong bawang pun tak reti.. huhu...

    ReplyDelete
  15. SAYA PUN dilema betul dengan cara nak ajar anak ni.Kadang-kadang kita kena bising-bising baru nak bergerak.Tapibila tak berbunyi, kata kita tak tegur anak pulak.akhirnya redha ajelah...cuba sedaya upaya ajar apa yang patut walaupun dugaannya memang menguji kesabaran juga.

    ReplyDelete
  16. Setuju sgt. Mcm saya juga bkn tak ajar cuma klu dia buat jd lambat. Baik saya buat biar cepat siap dan dia blh study atau cepat2 bersiap nk g tuisyen. Kita dulu kecik2 dh kena siang ikan. Tercabut isi dgn tulang kena bebel berbaldi2. Ekeke. Eh ye ke baldi?

    Menantu pandai masak? Semua org nk menantu pandai masak kan?carik je menantu chef klu gitu. Ehehe. Tak pandai xpe janji rajin masak. Klu malas bkn masak je x buat, mengemas basuh pun x dibuat.

    ReplyDelete
  17. ANAK-ANAK NAK PERHATIAN JE TU ...SBB TU SEMUA MAMA ....
    CAM AKU NI BEKERJA TAPI ANAK TETAP NK MAMA JE BUAT ... ATE AMIKA IR KAT DAPUR ..MAJANSUNGGUH ..SANGGUP TAK MINUM KLU MAMA TAK BGN .... NASIB BAIK KECIK LAGI ..KLU DAH BESAR BUAT GITU MAMA PLAK MOGOK LAPAR ...HAHAHA

    ReplyDelete
  18. memang manja sangat tapi kita kena juga panggil anak tolong2 kita skit kat dapur sejak kecik... tapi tu lah... bila dah besar belum tentu boleh nak duduk dapur... uwaaa

    ReplyDelete
  19. Anak2 dara aida berdua tu manja!
    Meskipun aida keje, semua utk mereka masih aida yg uruskan :-(
    hu hu...

    ReplyDelete
  20. Petikan yang menarik... dari perspektif seorang lelaki yg mempunyai ramai adik beradik perempuan (11 orang perempuan), saya meletakkan tanggungjawab ini dibahu ibu dan bapa. Bukan memilih jawapan popular atau standard, tetapi melalui pengalaman, ibu memang tak sanggup melihat anak untuk kerja keras biarlah ibu sahaja yg buat semua, tetapi bapa ingin anak2 buat apa yg ibu buat supaya anak2 tahu macamana hendak urus keluarga masa akan datang. Apapun pendapat masing2 kan mengikut pengalaman masing2 juga..

    ReplyDelete
  21. Salam, haha sy ni pun kategori anak manja jugak ni, sbb semua kerja rumah or kerja dapur mak yg tolong buatkan..time kasih mak..tapi, sambil2 tu belajar lah jugak..nak masak sendiri kat rumah, segan...kang mak ckp kau kenapa buang tebiat ni..? hahaha..so, sy salin resepi je lah :p tak pandai xpe boleh belajar, jgn malas. malas ni penyakit bahaya~ hahaha

    ReplyDelete
  22. Tak juga begitu, Diana. Macam saya ni yang bekerja, anak-anak bukan main manja. Sampai mandi pun minta hantarkan towel. Semua kita nak buatkan untuk mereka. Sama macam Diana, bukannya tak ajar suruh jemur towel lepas mandi, suruh rendam kasut kotor dalam baldi, suruh susun kasut/selipar elok-elok lepas guna. Tapi bila nampak Mommy mereka, semua pun merengek minta kita yang buat. Yang kecil nak Milo dalam botol, tetiba yang besar pun teringin nak minta kita buatkan Milo dalam mug pulak. Mak-mak biasalah, sayang anak punya pasal memang ikut aje rentak anak lepas tu memekak marah anak sebab mengharapkan kita aje. Eh, sayalah tu bukan orang lain pun!

    ReplyDelete
  23. bergantung pada keadaan jugak
    ade je yang mana dr kecik mmg dah pandai dan ada yang belajar mase dah kawin
    kalau tak pandai mase kecik kene ada usaha bila dah besar

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …