Friday, 7 August 2015

5 TANGGAPAN SALAH MASYARAKAT PADA PASANGAN ROMANTIK

Assalamualaikum..


Romantiknya....
kalau tengok pasangan suami isteri yang romantik2 ni
apa pandangan dan pendapat awak??
"beruntung nya dia...dapat suami/isteri yang romantik.."
"sweet nya diaorang ni.." Tapi jangan marah kalau
saya kata tak semua orang macam tu..
ada yang bila nampak je pasangan yang buat aksi2
romantik ni mula la disalah anggap dan ada yang sampai tarik
muka konon menyampah sangat...Antara tanggapan masyarakat
bila melihat pasangan romantik ni:-


1- Tak tahu malu
Kadang2 tu aksi suami isteri tu tak de la melampau sangat.
Dia cuma panggil isteri "sayang" didepan orang ramai je..
Tapi ada pulak yang kata.."tak malu betul.."
dah nak buat cemana kalau memang itu yang dipanggil isterinya sejak
mereka berkahwin..

2- Belum kahwin la tu..
Orang dah kahwin pun ada yang naik motor peluk rapat2..
orang dah  kahwin pun ada yang jalan berpimpin tangan.
Bukan tu saja,ada yang minum air segelas kongsi berdua dan makan bersuap2 lagi tau..
jadi jangan la berprasangka buruk.
Mungkin benda2 macam tu awak cuma buat masa bercinta tapi masih ada lagi pasangan
yang mengamalkan nya walau dah bertahun2 berkahwin.

3-suami nya takut isteri .
Bila suami layan isteri dengan baik.cakap dengan lembut..
tolong bawak beg isteri bila isteri pimpin anak ..
Suami tolong basuh berak anak,
Ikut kehendak isteri yang nak kan tudung baru,
Dia pulak cop suami orang tu sebagai takut isteri.
hehehe..Romantik ada macam2 cara..bukan setakat berpegang tangan dan
meluahkan kata2 indah saja..

4-suami nya curang
Ramai yang kata kalau suami layan isteri dengan
baik maknanya suami dia ada buat silap .
Bukan semua macam tu..Saya percaya
lelaki yang jujur dan ikhlas masih banyak di dunia ni.


5-Isterinya tak matang
Suami buat lawak,isteri ketawa ...
suami dan isteri kadang2 bergurau ..
Sesekali isteri merajuk,suami pun pujuk...
Orang yang melihat.."tak matang nya isteri dia..macam budak2."
Tak enak di mata kita tapi
mungkin di mata suami nya si isteri nampak comel..

Tapi mulut orang kita tak boleh nak tutup..
Rumah tangga kita,hanya kita sahaja yang tahu...
Orang yang melihat memang suka "mengacau"
lagi2 bila kita nampak terlalu bahagia..

sekian...

11 comments:

  1. Salam, ya betul! saya setuju, kak...org ni mmg mcm2 pendapat..

    ReplyDelete
  2. Nak romantik... Biar berpada... Dan jangan melampau publish kat laman sosial...

    ReplyDelete
  3. Kesian pada yang suka dan sering memandang serong..yang sentiasa bersangka sangka..lebih baik diam dari mengurangkan pahala sendiri..

    ReplyDelete
  4. salam singgah sini sis...nak beromantik ni biarlah bertempat kan...

    ReplyDelete
  5. Susah nak puaskan hati orang kan sis? Namun,berpada² dan pilih tempat sesuai nak beromantik. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Kan its all about perception. Next time have to be more Positif la kan.

    ReplyDelete
  7. tumpang gembira tengok pasangan romantik berbahgia tapi berpada-pada menunjukannya.

    ReplyDelete
  8. Pendapat masing-masingkan. Tak semua yang disenaraikan di atas ni saya rasa romantik perbuatannya. Nasiblah saya memang bukan spesies romantik dan dapat suami pun tak suka romantik tak bertempat di depan orang, so ikut ajelah rentak pasangan hidup kitakan ^_^

    ReplyDelete
  9. btl tu kak
    pandangan org kita mmg xleh nak ttup kan
    walaupon asben ayu bknnla romantik
    tapi kalau bab anak dia utamakan dulu
    takat tuka pampers mandi anak tak semestinya dia takot bini
    tapi rasa tanggungjawab
    kadang tu kita kene pikir org yang berckp mungkin xde pengalaman mcm tu, sbb tu dengki

    ReplyDelete
  10. Tapi ada beza antara romantik dan ngengada.. hehehee.

    ReplyDelete
  11. bagi kita yang melihat memang kita kata mengada2..bagi diaorang pulak tu romantik..sama macam kita jugak..bila kita buat kita rasa romantik,tapi kita tak tahu orang kata tu mengada2..hahahah

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();