Sunday, 30 August 2015

BAJU MUSLIMAH YANG TAK CANTIK

Assalamualaikum...
Hari ni bebudak memaksa2 ajak bejalan..
Walaupun ayah nya kerja tapi siap whatsapp ayah 2,3 x nak ke Ecoworld.
Tak sempat2 nak tunggu esok dah..
jadi kena la siap kan kain baju dalam beg..
saya ni walaupun nak berjalan dekat2 je tetap ada baju2 anak bawak sekali..
sebab kami ni memang suka perjalanan tanpa di rancang..hehee

Satu benda yang paling susah bila nak siapkan
baju2 anak ialah nak suai padan kan baju anak2.
baju anak2 pun kadang2 kita pening nak pilih yang mana.
sebab ada setengah baju dan seluar baru pakai 2,3 kali
tapi tengok2 dah tak muat..
sebab tu kena pilih betul2...
tengok kat sini cara betul nak berfesyen..

Yang tu baju budak2..
macam mana dengan baju kita2 yang dewasa ni>??
lagi la pening..silap suai padan terus nampak ala badut.
Saya perasan banyak baju2 muslimah yang kat pasaran tu
nampak macam baju badut..
bertampal-tampal dengan warna yang "meriah"



Pernah juga terbeli baju muslimah ala badut ni..
memang last2 dok dalam almari je..
nak bagi orang pakai pun tak tergamak..
sebelum beli tengok gambar kat Instagram kemain cantik lagi..
tapi bila dah depan mata,dah cuba pakai rasa nak gelak kuat2 je.
ahahhah

Sekarang ni semua orang nak guna #OOTD betul tak??
walaupun gaya nya entah hape2..heheh
tapi dah katanya fesyen kita hadap je la..
nak gelak,gelak kat belakang je la ye..
kalau gelak depan2 nanti orang kata kita tak tau fesyen pulak walaupun
fesyen dia tu "alamakkk"!heheh

Nak tau ta gaya 2015 yang mesti awak suka
meh tengok kat sini..
yang ni baru lah #ootd..


sekian..

Saturday, 29 August 2015

DUA BERADIK DIJATUHKAN HUKUMAN DIROGOL WARGA SETEMPAT



Mahkamah adat Desa Baghpat, Bahagian Uttar Pradesh, India, memerintahkan rakyat setempat merogol dua beradik. Hukuman keji yang diterima Meenakshi Kumari (23) dan adik perempuannya yang masih berusia 15 tahun itu adalah kerana abang mereka bersenggama dengan perempuan berbeza kasta.

Dua beradik itu lari ke Ibu Kota New Delhi. Mereka mengadu ke Mahkamah Agung India, menuntut hukuman adat tersebut dibatalkan. Kumari melaporkan polis tempatan juga menyokong hukuman rogol ini, sehingga dia tidak mempunyai tempat berlindung.

Bukan sekadar diperkosa, seandainya tidak lari, Kumari dan adiknya itu akan di arak keliling kampung dalam keadaan bogel, dan wajah mereka akan di conteng arang hitam sebagai simbol mengaibkan warga setempat

Kumari dan adiknya adalah ahli keluarga dari etnik Dalit, kasta terendah di Negeri Sungai Gangga. Abang kandung mereka dianggap bersalah kerana menjalinkan hubungan dengan perempuan bersuami dari kasta yang lebih tinggi.

Untuk menutup malu keluarga Kumari harus dijadikan korban dengan merelakan diri dirogol beramai-ramai. Badan-badan bukan Amnesty International kini menjadi pelindung Kumari dan adiknya.

Petisyen agar kerajaan India mencabut ketetapan adat itu telah ditandatangani lebih dari 16 ribu orang. "Hukuman seperti ini jelas tidak adil dan perlu dihapuskan," ujar jurucakap Amnesty International cawangan India.

Mahkamah adat, atau disebut Khap Panchayats, biasanya terdiri daripada ketua lelaki di kampung itu. Walaupun secara hukum tidak diiktiraf mahkamah rasmi, banyak kampung di pedalaman India masih menyelesaikan pertikaian warga setempat melalui mekanisme tersebut.

sekian..

sumber:merdeka.com

MEREKA TAK JATUH PUN...

Assalamualaikum...

tengok gambar bawah ni tertanya2 pulak cemana dia orang ni boleh tak jatuh ye??
kalau kita memang dah tersembam ke depan kot..kan???
Gambar di bawah ialah perarakan oleh tentera wanita di China sambil 
menaiki kenderaan yang bergerak.



Kagum tak...??


ha..ramai yang tengok gambar ni dan kata ,
ada tempat khas untuk tentera-tentera wanita ini berdiri supaya tak jatuh..
ada yang cakap ni edit..
heheheh.

sebenarnya tentera2 wanita2 ini telah di latih untuk ini selama berbulan2..
salah satu latihan yang mereka perlu jalani ialah 
dengan berdiri dengan hanya menggunakan tumit sambil meletak kan botol air diatas kepala.



ini salah satu latihan oleh tentera wanita di china.
hebat lah diaorang ni...



Sekian..




JANGAN PANDANG RINGAN DENGAN AMALAN BENGKUNG SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum..



Salah satu perkara yang sangat penting selepas bersalin ialah amalan berbengkung.
Tapi zaman sekarang dah tak ramai yang nak
pakai bengkung selepas bersalin.
alasannya tak sempat,susah nak pakai dan leceh dan ada yang kata
bersalin melalui pembedahan tak boleh pakai bengkung.

Tapi sekarang wanita tak perlu beri macam-macam alasan lagi.
sebab kita dah ada bengkung moden untuk wanita selepas melahirkan anak melalui pembedahan
Lebih mudah nak dipakai,tak menyakitkan  dan kalau dah lepas
pantang pun boleh terus guna bengkung ni sebab dia juga boleh
membentuk semula bentuk badan kita supaya lebih langsing dan menarik.



Bengkung moden ni akan membantu wanita supaya mudah bergerak
dan sesuai dipakai seharian.
Dia menyokong perut supaya wanita boleh berdiri dan duduk tegak.
kalau batuk atau bersin pun bahagian luka tu tak sakit pun.

cara memakai bengkung..mudah dan cepat!



Satu lagi yang istimewa tentang bengkung ni ,
ianya tak mudah bergulung dan terlipat macam bengkung2 biasa tu..
Dia buat badan kita lurus walaupun kita menyusukan bayi.
jadi tak de lah sakit2 belakang

Walaupun direka untuk wanita yang bersalin dengan pembedahan
tapi bengkung ni juga sesuai untuk wanita yang bersalin normal.
Dalam masa 44 hari berpantang,perut akan kembali kempis
sebab ini juga adalah sebahagian dari fungsi bengkung moden ni.

Terdapat dalam saiz yang sesuai untuk anda

Bila badan tak sakit2,tempat luka pembedahan pun tak de nanah,
nak menyusukan anak pun mudah jadi susu badan pun senang nak keluar.
Tak perlu risau tentang sakit sana sini..
sebab tu wanita yang nak bersalin perlu dapatkan bengkung moden ni segera.
tahan lama dan boleh pakai berulang kali .
lepas habis pantang pun boleh pakai untuk elak kan perut kembali buncit.
Jadi penggunaan nya bukan saja untuk ibu2 seleas bersalin tapi
untuk semua wanita boleh gunakan bengkung moden ni..


berminat nak beli bengkung moden ni..

Hubungi : Puan sara Newshop (fb)

Laman web: http://sitimaisarahmohdyusof.blogspot.com/

Tel: 0148371485

facebook: Bengkung Moden ceaseran

Instagram: @bengkungmodenceaseran


sekian..

Friday, 28 August 2015

KOMEN TAK PENTING..BAGUSNYA KALAU SAYA PUN FIKIR MACAM TU..

Assalamualaikum...



Hari ni hari yang sesuai untuk cashout bayaran Nuffnang..
Saya dengan Nuffnang maintain tetiap bulan cashout..
Baru awal bulan 7 lepas saya cuba dengan 8share..
saya dah cashout pun tapi tak dapat lagi duit nya..
Dah tahu cara nak naik kan earning dengan 8share
rasa nya boleh la kot tetiap bulan cashout duit 8share pulak..
Berguru dengan blogger Suria Lekat lekit je..hehhe
jadi la.kan??Walaupun tak ribu2 tapi mebantu jugak
saya untuk kumpul duit beli barang2 idaman .

Eh!!ada yang marah saya pulak kat komen entry 
sebelum ni..Oleh sebab bahasa awak tu tak sedap untuk
tatapan mata jadi saya delete komen awak ye..
jangan kecik hati pulak tau...
Orang yang kurang adab dan lagak macam tak de agama
memang saya buang jauh2,,jadi itu sebab saya delete komen awak..

Orang lain pun ada beza pendapat juga.
tapi mereka komen dengan beradab..

Terkejut sebab saya penting kan komen??
ye la..saya sendiri terkejut sebab ramai blogger yang
rasa komen kat entry tu tak penting..
kalau lah saya pun boleh berfikiran seperti mereka ..kan bagus.
Saya rasa sesuatu yang tak kena kalau entry saya tak de siapa yang komen.
kalau baru hari ni saya jadi blogger itu lain cerita la..
ni dah lama.dah 5 tahun lebih...dah tentu rasa pelik kalau tak de komen..
Lagi2 saya pun jenis suka komen2 kat entry orang.

tapi kan saya dah kata , itu antara saya punya sasaran bila menulis satu2 entry..
Blogger lain , lain pulak sasaran dia..
jadi jangan la marah kalau hala tuju kita tak sama..

Saya tau ada yang kata ,
tak komen pun tak pe kalau komen mengarut2 dan keluar tajuk.
Huh!!jangan main2 tau..
sebab ni la saya pernah bergaduh dengan sorang blogger dulu..
Ianya sebab tiap kali saya pi blog dia saya tak komen..
terus dia cakap saya tak singgah blog dia..
tak minat nak baca entry dia..
memilih blog2 yang popular saja..dia kata saya macam tu..
hanya sebab saya tak komen..

geram sangat saya masa tu terus saya terus terang dengan dia kenapa saya tak komen.
sampai sekarang tak nampak dah blogger tu..Hahhaha...

Ada satu kes lain  pulak blogger yang satu ni,siap tinggalkan komen
kat satu entry blogger lain yang tulis tentang blog saya..
Katanya "saya tak pernah singgah blog dia
walaupun dia selalu datang blog saya.."
Ha..padahal kita memang pergi blog dia dan baca ..
tapi sebab tak de apa nak komen jadi kita tak komen la..
tak tahu pulak disebabkan tu dia anggap saya tak pernah baca entry kat blog dia.
siapa yang ingat kes ni ??tak ingt tak pe la..
heheh

jadi sebab itu kalau saya ada peluang saya akan komen juga entry2
awak semua walaupun awak kata komen saya sambil lewa saja..
komen pendek2 tak semestinya sambil lewa.
mungkin sebab tak de apa nak di komen..
tapi saya tetap tinggalkan komen juga supaya perkara lama tak berulang kembali.

Masih ramai lagi  blogger seperti saya yang pentingkan komen.
sampaikan ada yang sanggup laburkan wang ringgit untuk hadiah kan kepada
mereka2 yang rajin komen di blog dia sebagai tanda menghargai
dan menggalak kan orang untuk komen..
Ada juga yang sanggup buat kontest
komen siapa paling banyak,
jadi tak pelik pun kalau saya ni seorang yang pentingkan komen di blog.



sekian..

MASALAH BESAR KE KALAU ENTRY TAK DE KOMEN?

Assalamualaikum...




Setiap kali saya tulis satu2 entry,saya berharap entry saya dapat banyak komen.
Bukan satu dua komen je..Paling sikit saya nak ada 10 komen untuk satu entry..
Blog saya ni blog yang santai je penulisan nya..
Saya tulis macam saya berbual2 je dengan awak..
Jadi bila tak de komen tu rasa macam bercakap sorang2 la..

Lain la kalau blog yang copy artikel2 berita kat Sinar ke,Hmetro ke, kan??
Yang tu kalau tak de komen pun tak kisah..
Dah tentu2 target dia ialah pageview dan jumlah pelawat sahaja.


kadang2 saya tengok ada blogger yang sangat ramai rakan blogger
yang rapat dan mesra dengan dia..
Saya agak blogger ni mesti mudah dapat banyak komen
dalam setiap entry dia.Tapi saya silap..
Mesra berbual di Facebook dan twitter bukan jaminan
 rakan blogger lain akan singgah dan komen2 kat entry kita.
padahal kalau di lihat entry yang dia tulis tu kadang2 melibatkan blogger lain jugak.
Contohnya tentang perjumpaan blogger , event blogger dan entry kipas lipas..hehe
entry yang puji2 blogger la maksudnya..

Bukan masalah besar pun kalau tak de komen,,kan??
Tapi saya terbaca kat blog HH..
antara sebab blog kurang komen ialah tak blogwalking,sombong,entry tak best.
Jadi awak fikir lah sendiri
awak yang mana satu ye..hahhaha..



Ada yang kata..
tak banyak komen tapi pageview saya tinggi tau..
Tipu la..entry personal cerita pasal anak,pasal beli barang dapur,
pi mandi kat kolam renang , kalau tak de komen ,jangan harap pageview pun tinggi..
kecuali kalau awak memang blogger terkenal ala2 Hanis zalikha ,Cik Epal, dianarashid
atau awak artis.

Jadi kalau nak komen banyak sila datang komen2 blog orang.
kalau tak nak dok je diam2 kat situ..
(pesanan untuk diri sendiri..heheh)

Eh!pernah tak masuk blog yang awak tak pernah baca pun sebelum ni..
 ,lepas tu awak baca2 ,cerita dia beli baju,beli sudu,
lepas tu awak nak komen sekali awak tengok tak de siapa komen..
awak pun kata.."tak de siapa pun komen entry dia,malas la aku nak komen.."
pernah??

sekian..

PANDAI BUAT TEH TARIK KE TIDAK NI??

Assalamualaikum..

Dah sarapan ke??
Ada sorang rakan di facebook saya dia kalau sarapan mesti nak
kena minum teh tarik.Kalau tak de teh tarik memang tak senang
duduk la pagi tu...dah macam ketagih..
Pernah terbaca tak satu cerita yang agak viral jugak dulu,
tentang leaki yang cari isteri nak yang pandai buat teh tarik?

Ada sorang rakan blogger yang saya kenal pun ,
dia cerita masa memula
jumpa keluarga bakal mertua nya , yang ditanya ialah
"pandai buat teh tarik tak?"
hahahah..mujur la dia lulus..kan Ida??
Sekarang anak dah 3 , penangan teh tariknya..ehheeh

Saya tak berapa gemar teh tarik..
minum jugak la sekali sekala..yang penting teh tarik saya
mestilah yang saya buat sendiri.jangan orang lain buat.
kenapa???entah la..tapi kalau saya buat sendiri memang saya rasa2 la
mamak nasik kandaq pun boleh kalah.




Pelakon Hanez Suraya yang tengah hamil pun
dikatakan seorang penggemar teh tarik.
sampaikan wajib la kena teh tarik sepanjang dia mengandung ni..

Tapi kan..kalau awak seorang penggemar teh tarik
itu bukan jaminan yang awak pandai buat teh tarik.
Ada orang yang memang pandai minum je..buat tak reti..
kalau dia cuba buat pun mesti tak jadi..
tak berbuih,kaler pucat, terlebih manis,
tarik pun tak reti,habis tumpah bersepah lantai dapur...memang tak jadi la..

Kalau awak teringin nak belajar buat teh tarik, kena tau sikit pasal teh tarik ni..
meh baca kat sini..lepas tu tanya diri sendiri 'mampu ke tidak??'
heheh..

sekian...

Thursday, 27 August 2015

KENAPA RAMAI YANG SUKA DRAMA MAK CUN?

Assalamualaikum...




Drama mak Cun adalah drama kegemaran anak perempuan saya, Maisara.
Kalau bukan hari rabu dan khamis pun
dia akan kata.."malam ni nak tengok citer Mak Cun ye.."
padahal hari tu bukan ada pun drama Mak Cun..
Jadi saya tertanya2 jugak kenapa dia suka drama Mak Cun..

"sebab kawan2 kat sekolah tengok.."

Saya fikir ianya cuma pengaruh kawan2 kat sekolah..

"Mak ayah diaorang pun tengok..
sampai gelak keluar air mata tau ibu.."

Selalu nya waktu dia tonton drama Mak Cun
saya sibuk depan komputer.sesekali saya jeling2 juga
dan keluar juga tawa2 kecil saya bila dengar logaht2 kedah dalam drama ni..

Semalam suami saya turut menonton drama ni..
Terkejut saya dengar suami saya ketawa.
Suami saya ni susah nak ketawa bila tengok drama melayu.
Bagi saya drama ni memang kelakar
dengan aksi kepoh Mak Cun dan anak nya Atol.

Dulu saya teringin tengok drama ni sebab ada Nora Danish je.
hehehe..tapi bila dah tetiap episod layan rasanya
tak de Nora Danish pun drama ni memang seronok di tonton seisi keluarga.
Cukup ada Mak Cun dan anak nya Atol  dah boleh buat pecah perut ketawa.
Budak2 nak tengok pun kita tak risau
Lagipun ada banyak pengajaran dalam drama ni..
cara kita nak menhadapi fitnah manusia..
cara kita nak majukan diri sendiri.
cara kita bila berhadapan dengan orang yang obses pada kita.
dan tengok saja bagaimana Atol melayan mak dia 'yang suka membebel.
dia tetap sayang mak dia walau pun kena marah dan kena tengking hari2..

Bagi saya ini lah drama komedi yang bagus.Tahniah Erma Fatima
satu lagi drama tv3 yang saya dan anak2 suka..WADI...


Sekian.

ISTERI KECEWA ADI PUTRA DI FITNAH TERLANTAR SAKIT

Assalamualaikum...


Kenapa entah ada manusia2 macam ni ye??
merosak kan nama blogger je..
padahal dia sebenarnya bukan blogger.
dia cuma nak kejar duit untuk iklan dia je...
Dia buka satu blog semata2 untuk iklan dia.
TAJUK ENTRY TAK DE KAITAN LANGSUNG DENGAN
ISI ARTIKEL NYA TU..

Tadi ternampak gambar diatas ni yang di muat naik
oleh isteri kepada pelakon Adi Putra ..

aidayusof15 Ya Allah swt...ku ampunkan org yg buat fitnah kpd keluargaku Amin 😔😔😔 walaupun keadaan kesihatan diriku yg sakit...terima kasih dan alhamdulillah cc @adp_adiputra


Tak pasal2 Adi Putra pulak yang di kata sakit kanser.
Sedangkan yang sakit tu adalah isteri Adi Putra.
Walaupun dia letak tanda soal kat tajuk post tu tapi
kalau di baca caption kat atas tu jelas
dia nak kata adi putra yang sakit.
Siap ada "amanah dari Adi.."
nampak sangat tau...

Sedih lah hati seorang isteri bila
ada yang membuat cerita macam2 tentang suami nya.
benda yang tak de diada-adakan..
Sebelum ni ada yang kata Adi Putra sombong sampai tak layan
peminat yang datang tengok dia buat pengambaran kat satu felda ni.
Siapa tahu mungkin masa tu Adi tengah runsing memikirkan
keadaan isterinya yang terlantar sakit.


Isteri Adi putra dikatakan sakit
dan baru saja menjalani pembedahan..
jadi dalam keadaan orang yang disayangi terlantar sakit
 siapa la yang mampu bergelak ketawa??

sekian..


APA PENDAPAT AWAK TENTANG BLOG SAYA...

Asslamualaikum...

Sejak awal bulan ni saya dah mula mengurangkan
banner iklan kat blog ni.
Saya tumpukan pada iklan review sahaja.
sebab tu saya kurangkan iklan banner
supaya pengunjung akan mudah view entry2 saya.
Sebelum ni ada yang bagitau blog saya nampak semak dengan iklan banner kat
bawah header tu.

Biasanya kat bahagian header saya
hadkan iklan banner hanya 4 sahaja.
kat sidebar pulak cuma ada iklan affiliatte dan nuffnang.
Tapi sejak awal bulan hari tu saya had kan 2 iklan banner sahaja.
insyaAllah..awal bulan ni saya buka semula 2 lagi iklan banner di bawah header tu..
saya harap kawan2 boleh view entry saya dengan mudah ye..

Saya sentiasa menglu-alukan
pendapat kawan-kawan tentang blog saya.
Walaupun saya dah kurang update blog macam dulu tapi
setiap hari tetap 2 entry akan saya publish.
Jadi pendapat kawan2 tu sangat penting untuk
saya memperbaiki blog saya.
Soal gaya penulisan tak best,entry tak menyengat tu
saya tak mau ambik kesah sangat dengan cakap2 orang sebab
pendapat orang lain2 tentang benda ni..

Ada orang suka menulis macam tu  atau macam ni..
ada orang suka penulisan yang santai tapi ada juga yang tidak.
Bagi saya,saya suka gaya menulis seperti sekarang.
Dan tak mungkin saya akan mengubah nya.
Kalau saya ubah ,mungkin makin kurang saya update blog
sebab itu bukan gaya saya.

bagi yang suka dan setia...terima kasih..
Yang tak suka..Terima kasih juga sebab
tak mungkin awak tiba2 je tak suka tanpa membaca entry saya..kan?/
jadi terima kasih sebab pernah membaca dan menilai saya..


sekian..

Wednesday, 26 August 2015

PERLU KE BERHENTI SEKOLAH SEBAB KENA BULI?

Assalamualaikum...



Pada ibu bapa yang ada anak bersekolah ni..
pernh tak anak2 di buli??
apa tindakan korang??adakah korang terus berhentikan anak dari sekolah??

Ramai yang tak setuju dengan cara tu..kan??
Bagi saya kalau anak dibuli,yang patut di ubah ialah
orang yang membuli.bukan anak kita.

Saya kurang setuju dengan tindakan ibu bapaartis cilik  yang
berhentikan anak dari sekolah hanya sebab anak di buli.
Rela berhentikan anak dari sekolah ,
dan pembuli dibiarkan macam tu je..
cara yang salah tu..

Satu masa dulu adik beradik Bell Ngasri juga
dikatakan hanya belajar dari rumah.
Tapi menurut ayahnya ianya supaya tak mengganggu
jadual pengambaran anak-anaknya,.
Bukan sebab dibuli dan sebagainya.
Tapi pelakon2 cilik sekarang berhenti sekolah
hanya sebab di buli.

Patutnya mak ayah pergi la kesekolah dan berbincang dengan guru.
Kadang2 rasa was2 pulak betul ke kena buli??
setakat ejek mengejek tu semua orang alami nya.
saya ni dari sekolah rendah sampai habis sekolah orang dok ejek2.
tak pernah pulak fikir pasal berhenti sekolah.


Agaknya terpengaruh dengan pelakon lain kot..
pelakon A guna alasan kena buli dan belajar kat rumah lagi best,
terus dia pun buat alasan nak berhenti sekolah juga.
hehhehe..Apa pun terserah la kat mak ayah dia.
Mungkin dia memang nak anak nya jadi artis sampai besar kot..
pelakon budak2 ni masa kecik ,masa comel ni nak la
orang ambil berlakon pegang watak2 utama..
bila dah besar muka pun jadi tak berapa nak pi,
siapa la nak ambik..kan??nak jadi hero pun tak de sapa pandang.
Cer ingat2 balik pelakon kanak2 dulu,
yang mana bila dah besar ni dia kacak dan ensem
bila belakon asyik jadi hero????
tak de..kan??



sekian..









KAMI TAYANG-TAYANG ADA SEBAB NYA.BUKAN NIAT UNTUK MENUNJUK-NUNJUK!

Assalamualaikum..



Semalam saya baca di facebook ramai kawan2
kata takut nak pi bercuti kat luar negara sekarang ni.Takut pokai.heheh..
Untung la siapa yang kaya raya tu..
waktu2 macam ni pun boleh lagi
pi makan angin dengan senang hati keluar negara..

Ha!yang selalu berlagak menunjuk-nunjuk
kejap2 pi luar negara tu,masa ni la nak buktikan
yang korang memang banyak duit.
hahahhaah..Kalau korang pun macam kami2 yang tak mampu ni,
sila tekup muka dan tahan nafas ye..ekekek..
Jangan risau tak boleh pi luar negara pun kita boleh jalan2 jugak..
nak tahu kemana dan kenapa??klik kat sini..

Cakap pasal menunjuk2 ni semalam
suami saya tunjuk la satu video ceramah dari sorang ustaz ni..
Katanya tak baik tayang2 benda makan
kat laman sosial takut ada orang yang teringin tapi
tak mampu nak dapatkan benda tu.,
Sebenarnya wajib bagi kita untuk hantar makanan
yang kita tayang2 tu pada orang lain.



Wah!!boleh ke hantar??kalau seratus orang telan air liur
,kena la hantar kat seratus orang tu ye??
pengsan makcik!!
Bukan lah nak bantah apa ustaz tu cakap..
tapi kita post gaMbar makan bukan sebab nak tayang2 menunjuk.
kalau saya kongsi gambar makanan ,siap dengan resepi nya saya bagi.
mana lah tahu kalau ada orangg lain cuba resepi tu..kan??
Bagi yang memang niat nak menunjuk2 semata2 tu tak tahu lah nak cakap apa.



Sama la jugak macam blogger lain yang kongsi gambar maknanan.
ianya lebih pada nak mempromosikan tempat2 makan.
ada yang terima bayaran untuk promot semua tu..
tak kan itu pun salah jugak..kan??
bukan kah itu juga salah satu cara nak melariskan jualan??
Saya rasa  ustaz tu belum tahu tentang tujuan blogger yang
kongsi2 gambar makanan ni..kan??
Harap2 dia tak tujukan juga pesanan tu pada blogger2 macam kita ni..heheh



Mungkin jugak kebanyakan rakan fb dia memang jenis
suka tayang gambar makanan tanpa sebab musabab.
ambik gambar megi,letak caption."sedap!"
Berbeza dengan blogger..
bila dia post gambar makanan tu makna kata ada la sebab nya..
betul tak bloggers???

Jadi pada sesiapa yang suka ambil gambar
makanan dan share di laman sosial tu
apa kata kau jadi blogger je..hehehe


sekian...


Tuesday, 25 August 2015

ISU BERKELAKUAN KURANG SOPAN DI RUMAH ANAK YATIM, NAD ZAINAL MOHON MAAF

Assalamualaikum..

selepas berdiam diri selama beberapa hari ,
Nad Zainal hari ni memuat naik status memohon maaf kepada semua 
diatas kelakuan nya di rumah anak yatim .
Video kelakuan Nad Zainal yang dikatakan 
tidak melayan anak-anak yatim,
dan duduk dengan gaya kurang sopan telah tersebar sejak 2 hari lalu.



Namun sejak itu Nad Zainal mendiam kan diri dan 
hanya pengurus nya sahaja yang 
tampil membela pelakon ini.




nad.zainal Salam , Saya mengambil keputusan untuk berdiam diri buat sementara, bagi mengelakkan dari mengeruhkan keadaan dan Nad hanya akan komen tentang isu ini di Platform social media Nad dan yang lain, Nad serah pihak pengurusan baru Nad, A Klasse Management untuk menjawab. Sekali lagi, Nad minta maaf pada sesiapa yang tersinggung dengan apa-apa perbuatan saya terutamanya penyebaran video berdurasi 30 saat di rumah anak yatim. Inshaallah Nad akan berusaha untuk jadi yang lebih baik.

Selepas isu ini tersebar ramai yang tampil dan
mengakui pelakon ini memang mempunyai sikap yang
kurang mesra dengan peminat tidak seperti
yang digambarkan oleh pengurusnya Asyraf Khalid.



Diharapkan apa yang berlaku ni memberi pengajaran kepada nad Zainal.
Dan kita juga ambil la pengajaran dari kesilapan orang lain.
Mungkin kesilapan dia hari ni adalah kesilapan kita di masa depan.
Tiada manusia yang sempurna dan tanpa kita sedar setiap hari kita juga
buat silap.
Tapi itu bukan bermakna kita tidak perlu untuk cuba jadi lebih baik.


sekian..

Monday, 24 August 2015

LELAKI INI MENGURUSKAN RUMAH HANYA MENGGUNAKAN KAKI

Assalamualaikum...

 Kisah mengharukan seorang lelaki yang kehilangan kedua-dua belah tangan nya akibat kemalangan ketika dia berusia 7 tahun. Chen Xingyin ,yang sekarang berusia 48 tahun berasal dari Chongqin,mempunyai seorang ibu yang berusia 91 tahun.



Dalam keadaan ibu nya yang uzur,Chen la tempat ibunya bergantung.Walaupun tidak mempunyai tangan Chen menjaga malah menguruskan segala keperluan ibu nya.



"Saya mempunyai kaki yang baik walaupun saya tidak mempunyai tangan," Kata Chen.
 Pernah juga ada orang yeng menyarankan supaya dia menjadi pengemis kerana dengan cara itu dia boleh mendapat beribu ringgit dengan  keadaan diri nya yang kurang upaya.


Selain mengerjakan ladang Chen juga memelihara babi dan ayam.Dia menjelaskan tidak boleh meninggalkan ibunya sendirian dirumah kerana keadaan ibunya yang  sudah tua.


Chen mempunyai saudara perempuan namun mereka sudah berkahwin ketika usianya 14 tahun.Ayah dan abangnya juga sudah meninggal dunia sebelum dia berusia 22 tahun..Sejak itulah Chen memegang tanggungjawab besar untuk menjaga ibunya.Dia belajar bagaimana untuk memasak dan menguruskan kerja2 rumah hanya dengan menggunakan kaki nya.


Dia dengan mudah boleh memotong makanan dan  menyalakan api  menggunakan kaki.Walaupun kakaknya ingin membantu namun Chen menjelaskan itu semua adalah tanggungjawab nya dan ianya bukan lah satu bebanan..


 Sekian..

INI LAH MASA NYA....

Assalamualaikum...

Isnin kan??memang lambat la nak update..
Pastu kan minggu ni astro bagi siaran percuma..
jadi pagi2 lagi dah buka tv ,
tengok siaran2 yang tak pernah tengok tu..
kalau orang yang dah biasa langgan siaran2 tu mesti
dah naik cemuih asyik dok tengok rancangan sama je..



Tapi bagi kita yang tak langgan ni boleh lagi la layan..
tengok dalam 10 hari ni berapa kali dia nak ulang rancangan yang sama.
hahaha...Harap2 tak la..
sebab ni la masanya astro kena tunjuk kan
pada pelanggan2 dia betapa ruginya kalau tak langgan siaran2 yang dia bagi percuma tu..
betul tak??

kan best kalau bulan ni punya bil ada potongan 10%..
dah katanya bagi percuma..ekekek...

Ada yang kata kat saya.
"untung la pakai astro..kami dok tengok tv 1,2,3 ja..
rasa nak lain sikit tengok tv7..tak mampu nak bayar bil bulan2 sampai ratus2
untuk astro ja.."

Eh!tak tahu ke..
sekarang ni dah ada siaran berbayar yang 
harga nya rm8 je sebulan??macam2 filem,macam2 rancangan
luar negara boleh di tonton..
Kalau nak tahu cepat2 klik sini...
Ramai yang dah langgan tau...


sekian..

Saturday, 22 August 2015

NAK MAKAN SAMBIL DITEMANI BATMAN DAN SUPERMAN TAK??

Assalamualaikum..

Saya rasa cafe ni tak ramai blogger yang review lagi..
cer pergi try jap..
sedap ke tidak ye??

Tak ramai yang tahu tentang cafe ni agak nya..
Saya tengok kat IG memang nampak menu dia macam best je..
sebab semuanya diilhamkan dari watak2 komik
iaitu Batman dan Superman..

kita belanja gambar satu la..


peminat-peminat Batman dan Superman kena pergi nih.
Saya dengar2 kalau awak ada shopping kat tempat2 tertentu
pun akan dapat rebat untuk hidangan di cafe ni.

Nak tahu lanjut klik kat sini(tempat makan best!!)

sekian..

Friday, 21 August 2015

GAMBAR-GAMBAR ANAK BERUANG PANDA YANG COMEL

Assalamualaikum...

Saya tengok kat facebook kemain ramai yang
tak sabar2 nak tengok baby panda yang baru lahir beberapa hari lepas..
Ada yang dah plan hujung minggu ni nak
pi tengok panda yang tengah berpantang tu..
Kalau nak tengok baby nya memang tak dapat kot sebab
setahu saya anak panda tu kena tunggu 1-2 bulan baru boleh
dideahkan pada umum..

Tapi tak pe..
kalau tak dapat tengok baby panda tu..
meh saya jamu dengan gambar2 comel baby panda ni.
Tengok yang mula2 tu macam geli je nak pegang..
tapi bila bulu dia dah banyak comel pulak..



Ini semua adalah anak2 panda 
yang dilahirkan di Ya'an , Sichuan, China.
Mereka ini didedahkan pertama kali kepada orang ramai pada hari ni..
Lingkungan umur mereka antara seminggu hingga 2 bulan.





Mereka ni memang dijaga rapi
oleh satu pasukan khas yang ditugaskan untuk 
menjaga dan mengawasi anak2 apanda ni.
Maklum la..panda ni haiwan yang cerewet sikit nak di jaga..
Kos nak jaga pun tinggi..bukan macam jaga anak kucing..eheheh



 Ada sepuluh baby panda semuanya..
tergolek2 dah macam anak patung je..
dapat kat Mikhail habis la ampa...
hahahha

<<<..pilih bunyi yang menggambarkan kegembiraan anda..dan menang seutas Apple Watch .cepat!ini terhad..

sekian

DALAM IKLAN DAH TENTU ADA TAWARAN.TAK MAU KLIK KAMI TAK PAKSA.

Assalamualaikum...


Saya dan ramai blogger lain memang suka share2 entry
dalam bentuk iklan di facebook dan twitter.
Tapi ada beberapa rakan yang tak paham benda ni
dia akan pandang benda macam mengganggu dia nak baca
status kawan-kawan..

Bagi dia apa yang kita kongsikan tu
semua tak berguna untuk dia..

"tak mau la klik..kalau klik dia yang dapat duit.."
"menyesal la add dia,asyik kongsi iklan je.."


Alahai cik kak..satu klik tu 20-50 sen je cik kak...
kecik je nilai tu kalau nak dibanding kan dengan
apa yang awak akan dapat bila klik..

kalau awak tak nak klik pun ,awak abaikan je la..
scroll je la ke bawah..
tak kan la tu pun dah merungut sakit jari,
sakit mata,sakit hati..

pernah la ada yang tanya saya..

"macam mana ye akak dapat barang2 percuma semua tu.."
"macam mana akak akak tahu tentang promo tu  ye"
"kenapa awak dapat murah saya beli mahal?"

Kadang2 benda yang rakan2 kita kongsi tu
mungkin ada tawarkan kita sesuatu..
sample percuma,hadiah, kupon , promo ,
tawaran potongan harga , laman web untuk jana income ,
macam2 lagi la..
Tapi sebab kita tak pernah nak pandang iklan2 yang kawan kita
kongsi jadi tak hairan la kalau kita ketinggalan benda2 yang
kita boleh dapat tanpa mengeluarkan belanja yang besar..

Yang kita tahu cuma nak baca status kawan-kawan.
Lepas tu bila orang dapat itu dapat ini,
kita juih2 mulut sebab dengki,cemburu,meluat dan sebagainya.

Kami memang tak paksa orang klik.
tapi percaya la bila dikongsi tu maknanya
ada lah sesuatu kat dalam tu yang ditawarkan untuk awak.
Tak semua benda tu untuk awak.
mungkin untuk orang lain tapi ambil la ia sebagai ilmu
atau untuk pengetahuan am.

Tak de la bila orang sembang awak tau  nganga je..

Ada orang yang entry promot barang dan tempat2 best
pun dia tak mau klik..takut  nak klik sebab kalau klik
tuan punya post dapat duit..katanya..!
heheeheh


sekian..

CIRI-CIRI ORANG YANG BAIK-BAIK..

Assalamualaikum...




Siapa la nak mengaku diri nya jahat..
Lagipun islam pun tak galak kan kita aib kan diri sendiri
dan mencanang dosa2 lampau kita..
"aku dulu banyak buat dosa..
"saya dulu jahat sangat.."
Kita tak boleh cakap macam tu..kalau kita cakap macam tu
kita kena bagitau jugak yang kita dah bertaubat,dah berubah dan insaf..
Itu apa yang saya tahu la..



Jadi kebanyakan dari kita akan mengaku diri kita ni dari orang baik2..
Tapi betul ke apa yang kita akui tu
setanding dengan apa yang kita tonjolkan??



Orang baik2 tak kan sesekali menghina
apa lagi memandang rendah orang lain..
tak kira dari mana orang tu berasal,siapa keluarga nya
kita manusia tak de hak nak menghina dia..

Orang yang baik2 tak kan berkasar
secara fizikal dan mental pada orang lain.
Tutur katanya lembut dan sopan.


Orang baik2 tak kan bertindak dengan melulu..
setiap masalah akan di nilai berdasarkan logik melalui akal.
Bukan hanya mengikut kata orang
dan dipergunakan dengan sewenang-wenang nya..
Orang baik2 akan menyiasat sebelum bertindak.

Orang baik2 tahu menjaga adab nya.
Tak kira dengan orang yang lebih tu atau pun muda.
Orang baik2 akan menjaga amal ibadat dirinya dan keluarga nya.
Dia juga akan menjaga hubungan baiknya dengan tuhan, keluarga ,jiran dan
sesiapa sahaja.

Orang yang baik-baik akan memberi kepada yang memerlukan.
Dia tidak akan mementingkan dirinya sendiri
apa lagi menganiaya orang lain dan bersikap tamak haloba.
Harta didunia bukan kepentingan nya.
Orang baik2 akan menerima pandangan dan pendapat orang lain
dengan hati yang terbuka.



Jika awak tiada semua ni..
tidak kah awak berasa malu menggelarkan diri awak
adalah dari kalangan orang yang baik2??


sekian..