Skip to main content

TIKUS DALAM KOTAK AIR SOYA - LOGIK ATAU PUN TIDAK?

Assalamualaikum...



Saya ada tulis sebelum ni tentang
dalam kotak soya ada tikus tu..
Saya baca komen 2 kat facebook ada yang kata benda ni palsu..
kat blog saya pun ramai yang tak percaya tentang ni
dan ada yang tanya..
"betul ke kak..kenapa air tu tak busuk.."

Sebenarnya kalau ikut logik memang tikus tu tak kan busuk..
Sebab dalam air kotak tu dah ada pengawet...

Cuba awak buat air soya guna kacang soya tu..
dah tentu kalau home made kita tak letak pengawet..kan?/
lepas tu awak masuk kan dalam belas yang kedap udara.
Awak tunggu sampai esok je..busuk tak air tu..
dah tentu busuk..soya pun basi..
kenapa??sebab tak de bahan pengawet..

Tapi dalam kes ni soya tu ada pengawet..
jadi tikus pun tak kan membusuk..
dia tak kan mereput macam awak rendam tikus dalam air kosong..

Ada jugak yang tanya macam mana tikus boleh masuk sebab
lubang kotak tu kecik je..
heheh..yang ni orang yang pernah mengalami rumah dimasuki tikus je yang tahu..
lubang besar duit syiling 20 sen
pun dia boleh masuk  tau..
lubang bawah  pintu tu pun dia boleh lepas..
apa lagi lubang perangkap tikus..dia sondol2 dah boleh keluar..


Apa fungsi pengawet makanan?
pengawet makanan digunakan untuk memanjangkan tempoh baik sesuatu makanan.
dan mencegah kerosakan pada makanan .Try la google
tentang pengawet makanan ni ye..

Sebab tu bahan pengawet ni tak elok untuk kita..
jadi kurang2 kan lah maknan yang siap proses ni ye..
menakut kan..
 
terserah nak terima pendapat saya ni atau tak..apa pun hati2 je la..
saya tak rugi awak pun tak rugi..saudara  yang alami tu je yang tau..kan??
sebelum tu nak tanya..nak duit lebih tak???
kalau nak klik kat sini..(6 aplikasi yang awak boleh buat duit tanpa modal)

sekian..


Comments

  1. Moga tidak berulang kembalilah ye..

    ReplyDelete
  2. huihh! boleh kna kencing tikus tak ni bahayaaaa.... >_<

    ReplyDelete
  3. tak nak benda ni terjadi lebih baik buat air sendiri kan :)

    ReplyDelete
  4. Salam..urghh stress tgk benda2 camni..puntung rokok di sebalik roti, tikus di sebalik kotak...cuba kalau sy makan mi, takdepun nak ada udang di sebalik mi..wuwu..owh maaf, merapu..em, betullah part pengawet tu..smpi tikus pun elok segar je lagi dlm tu haa..

    ReplyDelete
  5. gegege..
    geli geleman bace kak..sy paling geli binatang tu..
    tapi kan, ade logiknye ape yg akak ckp tu..nampak sgt bahan pengawet ni xelok sgt utk kita..

    ReplyDelete
  6. pengawet makanan ni mengawet segalanya tapi kesihatan kita xterawet..malah membahayakan..

    ReplyDelete
  7. saya tak pasti pengawet dalam air soya tu mampu mengawetkan tikus atau tidak.. so saya stay neutral.. dan lagi.. kalau minum air kotak.. masa tuang tu, bila air dah makin sikit.. tentu ada rasa pelik.. tapi wallahualam.. mintak dijauhkan kena benda macam ni..

    ReplyDelete
  8. Hmm... Tak tahu nak percya atau tak kan... Kalau buat video masa dia potong kotak tu.. Baru org percaya kot...

    ReplyDelete
  9. Kembang tekak sy.

    Betul la diana.. Kan air tu ada pengawet. Apa nk heran . Mmg la x reput klu betul tikus tu benar2 masuk dlm tu pun

    ReplyDelete
  10. Saya baca entri sebelum ni tapi lupalah dah komen ke belum tapi masa baca tu tengok gambar aje dah mual semacam. Saya ceritakan pada HD teruslah dia pun suruh tutup mulut jangan cerita lagi. Nasib baiklah tau sebabnya petang tu saya nak pi beli air soya 3 kotak RM6+ tapi jenama lainlah. Saya memang suka air soya ni, cuma bab buat sendiri aje saya tak suka! Tak glamour dok dapur lama-lama.Hehehe!

    Saya rasa sebab pembuatannya di kilang, tak mustahillah tikus ni termasuk ke dalam air kotak tu. Kira ni bukan tikus nak commit suicide tapi tergelincir masuk ler, malang tak berbaukan!

    Saya konfirm memang tak mahu beli air soya kotak lagi!

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…