SANGGUP SEWA KERETA SEBAB NAK BALIK RAYA

Assalamualaikum...



"kalau boleh nak sebelum raya la..."
Ayat biasa bila beli barang mahal2..
terutamanya kereta..betul tak??hehehh..
Balik kampung bawak kereta baru...
bukan niat nak menunjuk2 macam orang dok kata tu..
tapi bila ada kereta ni senang la sikit raya ni nak bawak
mak ayah pi masjid untuk solat sunat aidlfitri..
senang nak angkut anak2 bawak pi bejalan..
tak da la anak2 setakat jalan dekat2 rumah ja lepas tu
balik rumah tido..ataupun tengok tv ja..
Bila ada kereta ,raya kedua boleh la jalan2 pi makan angin pulak..

Saya teringat pada seorang kenalan dulu..
Raya 4,5 tahun yang lepas dia sanggup sewa kereta untuk
bawa balik ke kampung...
Semuanya sebab tak tahan tengok kawan2 sekampung semua dah ada kereta.
Bila balik beraya dia je yang asyik tumpang kereta kawan2..
Jadi dia harap tahun tu kawan2 pulak tumpang kereta dia..
tapi yang bagusnya dia tak menipu kata tu kereta dia..
dia mengaku tu kereta sewa..heheheh

Nampak tak betapa pentingnya kereta ni..
Kereta ni dah jadi satu keperluan ..
tapi kalau dah ada kereta yang bagus,
dia nak beli lagi yang lain itu semua kehendak je..
Apa yang utama kena pentingkan keperluan dulu sebelum kehendak..

sekian.

Post a comment

14 Comments

  1. Memang satu keperluan dah sekarang... Mudahkan nak bergerak dan ziarah...

    ReplyDelete
  2. Salam, haha nasib dia mengaku ye kak...
    itu takpelah, sbb dia sewa sbb dia xde kereta, so dpt mudahkan perjalanan dia sendiri lah xde nak tumpang2 kawan...
    tp ade juga yg dh ade kereta, tp snggup sewa kereta yg lebih gah utk dibawa menunjuk di kampung..huhu~

    ReplyDelete
  3. malaysia paking bnyk ada kereta..1 rumah tu dh brape bnyk kete yg die ada..hhuhuh

    ReplyDelete
  4. kereta dah jadi satu keperluan.. bukan lagi tanda kemewahan melainkan orang yang pakai kereta mewah la. hehehe... Dulu masa kecik2 kami tak dak keta, mak ayah tak dapat nak bawak pi jalan rumah sedara mara.. sedara mara yg ada keta boleh la usung anak2 depa mai umah kita tapi yang tak sedap bila ada yang kata mak bapak kita tak ajaq kita berkunjung ke rumah sedara mara.. tak macam depa tiap kali raya naangkut semua mai...

    ReplyDelete
  5. kereta memang penting bila nak balik raya. yang kereta kecik macam saya ni pun fikir nak sewa kereta yang lebih besar sebab nak bawak mak dan adik beradik balik serentak...huhU~

    ReplyDelete
  6. pada aku kereta sekarang dah jadi satu keperluan...tak kira lah pakai kereta kecik sekali pun, janji ada kereta...nak pulak kalau ada emergency, mmg kereta sangat diperlukan la...

    ReplyDelete
  7. yoorin selesa bawak kereta kecik my viva forever je balik kg..walaupon semua sepupu sepapat ramai yang pakai kereta mewah..besar2// kadang2 mak abah bg hint jugak..suruh beli kereta besar.. 1 sebab lg sebab x berani bawak..huhuhu.. x berniat nak menunnjuk2.. sebab tau tahap kemampuan kita..

    ReplyDelete
  8. yoorin selesa bawak kereta kecik my viva forever je balik kg..walaupon semua sepupu sepapat ramai yang pakai kereta mewah..besar2// kadang2 mak abah bg hint jugak..suruh beli kereta besar.. 1 sebab lg sebab x berani bawak..huhuhu.. x berniat nak menunnjuk2.. sebab tau tahap kemampuan kita..

    ReplyDelete
  9. kereta dah jadi keperluan kan sekarang. senang nak ke mana mana

    ReplyDelete
  10. Memang antara yang di perlukan pada masa kini.

    ReplyDelete
  11. Teringat zaman kecik n susah dulu....abah mst sewa kereta sb nak p beraya umah pakcik kat perak....hehehhee

    ReplyDelete
  12. Sekurang-kurangnya dia mengaku itu bukan keretanya, tapi cuma disewa aje untuk balik raya!

    Kereta sekarang bukan barangan mewah tapi satu keperluan. Kalau takda, memang patah kaki rasanya nak ke mana-mana, bukan setakat nak beraya aje :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)