Skip to main content

RESEPI CONGO BARS SUKATAN CAWAN YANG MUDAH TAPI SEDAP

Assalamualaikum...

sempena dengan kehabisan biskut raya kat rumah ni 
maka terpaksa lah saya memanas kan oven hari ni..
Anak2 pun dah tanya tak de kuih raya ke..
Saya pun buat la congo Bars..
risau jugak kalau orang datang ke ,tak de kuih nak jamu..setakat keropok ikan 
nampak tak raya langsung..heheheh



Bagi saya congo bars lah benda paling senang nak buat.
Lepas tu ikut suka kita nak masuk kan apa..
kacang ke,coklat ke,conflakes ke,kismis sekalipun..
memang boleh..

Jadi meh la kita tengok resepi congo bars yang mudah dan sedap ni..

 Resepi Congo bars paling mudah tapi sedap.

Bahan-bahan.

250g Mentega
2 1/2 cawan tepung gandung
3 biji telur
 1 cawan gula perang
secubit garam
1 sudu kecil baking powder
 1/2 sudu kecil esen vanila
3 sudu serbuk coklat

*sekeping Coklat bar
*segenggam kacang badam
*coklat chip
*conflakes

Bahan bertanda * adalah mengikut citarasa awak..

Cara-cara nya

- Panas kan oven

- masuk kan tepung gandung , serbuk coklat ,baking powder dan secubit garam dalam satu bekas..ketepi kan..

- Pukul mentega dan gula perang.tak perlu sampai kembang.
masuk kan esen vanila..
kacau sebati..

- masuk kan campuran tepung tadi kedalam mentega dan telur yang dah dipukul tadi.
kacau sebati guna senduk kayu je ..

- masa ni awak boleh la masuk kan apa bahan yng awak nak..saya masuk kan segenggam kacang badam yang di tumbuk kasar.kemudian saya masuk kan pecahan coklat bar jugak..
supaya bila gigit ada la coklat2 tu..sedap...

kemudian masuk kan dalam dulang..ratakan dan atas nya saya tabur kan coklat chip..
ada sikit lebihan cornflakes masa buat biskut raya dulu..
saya tabur kan jugak atas nya..

kemudian saya bakar ..suhu 170 .. bakar selama 45 minit..
oven awak mungkin lain sikit dari saya ye..

ok..kemudian dah siap..tunggu sejuk baru potong..
sedia untuk dihidangkan...

selamat mencuba..


sekian..

Comments

  1. sedapnya...boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  2. Menarik sebab boleh masuk macam macam..yang sunnah sunnah..

    ReplyDelete
  3. Terliur tengok... apa lagi hari ni saya berpuasa, semua rasa macam nak telan...

    ReplyDelete
  4. Congo bar ni orang jual 1 mahal tau diana. Mudahnya resepi mcm nak cuba je, tak perlu mixer kan...perghhh

    ReplyDelete
  5. Ok...bley buat ni. Bahan2 pon ada tu. Thanks for the resepi ☺

    ReplyDelete
  6. Ok...bley buat ni. Bahan2 pon ada tu. Thanks for the resepi ☺

    ReplyDelete
  7. mcm senang je nk buat..tp nape org jual mahal.. :(

    ReplyDelete
  8. butter sy banyak lg.nk buat lah nanti.

    ReplyDelete
  9. oo senang je nak buatnya...bolehlah cuba nanti..

    ReplyDelete
  10. macam sennag buat tapi malas..hahaa

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya maaf zahir batin makcik Diana hihi....Ni ha mak tgh mencari resepi Congo Bar yg senang ni .....jiran pulak nak marhaban weyh....

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya maaf zahir batin makcik Diana hihi....Ni ha mak tgh mencari resepi Congo Bar yg senang ni .....jiran pulak nak marhaban weyh....

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya maaf zahir batin makcik Diana hihi....Ni ha mak tgh mencari resepi Congo Bar yg senang ni .....jiran pulak nak marhaban weyh....

    ReplyDelete
  14. ada masa nanti nk buat la... mcm sedap je

    ReplyDelete
  15. Saya kurang minat tapi masa open house raya baru ni, ramai yg suka terutamanya remaja...kawan2 anak2lah..sampai ada yg bawak balik dan tertanya2 nama kuih ni...

    ReplyDelete
  16. Saya kurang minat tapi masa open house raya baru ni, ramai yg suka terutamanya remaja...kawan2 anak2lah..sampai ada yg bawak balik dan tertanya2 nama kuih ni...

    ReplyDelete
  17. Intai2 resepi ni..hajat hati nak buat

    ReplyDelete
  18. tq kongsi resepi......dh cuba buat td dgn ank2 murid, alhmdulillah jadi....

    ReplyDelete
  19. Macammana nak tahu dia dah masak ke belum? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. cocok dengan lidi..kalau lidi bersih je maknanya dah masak..kalau masih ada adunan melekat tu maknanya tak masak lagi..

      Delete
  20. Jumpa resepi ni.Terima kasih ya.Kak nak cuba...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …