Skip to main content

PESANAN UNTUK PENDUDUK NEGERI KELANTAN

Assalamualaikum...

Masalah kebersihan longkang ni bukan nya ada di 1,2 negeri je..
saya rasa semua negeri dalam malaysia ni ada masalah dengan longkang.
longkang kotar, longkang tersumbat sampai bau busuk la..

Saya pernah tinggal di Johor Baharu,
saya pernah jugak ke Ipoh,ke Kuala Lumpur..
kat pulau Pinang ni sendiri..
Tak semua tempat2 ni bersih..
ada je yang kotor..Memang sakit mata,sakit hati,hidung apa tah lagi..

Saya ada terbaca di facebook tentang luahan perasaan seorang wanita ni..
Dia sebagai rakyat kelantan agak kecewa dengan
tahap kebersihan di kelantan..
Jom baca..

Kota bharu bandaraya Islam

Ntah di mana Islam,
Kotor,
Antara punca anak sulung tak suka balik bercuti ke kelantan

Pantai2 cantik tapi penuh dgn sampah, 
Lalat ribuan,
Peniaga leka berniaga, 
Untung di kaut, 
Lesen murah di bayar,
Sampah buang merata,
Asyik harap kan bandaran,
Tidak ada self awareness,
Atau self responsibility,
CLEAN UP AFTER YOURSELF,
Jgn harapkan duit royalti untuk mula berubah,
Miskin tak semestinya perlu jadi pengotor!




Tahun lepas rasa mahu tercabut buku lali, 
Kesana kemari jaga husband denggi dan ayah kidney failure,
Admit masa yg sama di HDU,
Kerajaan leka menyaman rumah org,
Satu nyamuk rm500, 
Patutnya kita yg saman dia, 
Longkang besar, kecil air bertakung,
Tersumbat,
Penuh sampah,
Longkang besar kepunyaan kerajaan tak dpt org persendirian terjah ke dalam

Tahun lepas frust dgn jawapan diberi, 
Seolah tiada langsung jln keluar,
Sampai terdetik dlm hati,
Dan terucap di lidah, 
Mungkin perlu datang air yg banyak,
Kautlah Segala sampah ini keluar,
Tidak belajarkan kita selepas bah besar baru2 ini?

A piece of my heart is here,
I wrote this because I love kelantan,
Condemn bersebab,
Even my own family saya tegur,
Letak dulu sampah dlm kereta,
Balik rumah boleh buang properly

To see the change is difficult,
But something admirable,
Each year balik ada2 shj incident,
1st day raya kereta depan kami buang sampah sarap di traffic light,
Handbag di tuang sampah begitu shj,
Seolah kerja org lain perlu pick up your own shit




1 jam di airport dah sound 2 org, 
Tak reti2 nak beratur,
Tiap2 tahun jumpa badut2 seperti ini,
Macam lah dia sorang nak naik flight,
Malu la mat saleh pun beratur,
Dan dia bukan dari bandaraya Islam

***********************

At Kota bharu airport,
Sudah 12 tahun menetap di UK,
Setiap kali MAS berlepas dari Kota Bharu,
Setiap itu lah masih bergenang,
Because too many things I adore here,
Still a big proportion of my heart belongs here,
Rakyat kelantan,
Berubah lah, 
Anak2 educated tegur lah keluarga dahulu, kemudian komuniti kecil setempat, 
Bersih kan lah rumah ibu ayah setiap kali balik bercuti,
Supaya mereka nampak apa yg kita generasi baru mahu katakan

Kiriman: Wan Shaiza Mardiana 
Sumber: Facebook 

Rata2 ramai yang bersetuju dengan pendapat wanita ni..
harap2 apa yang ditulis oleh puan Wan Shaiza ni akan
membuatkan semua rakyat malaysia buka mata  dan
tak payah la nak salahkan pihak itu pihak  ini..
ye la..sampah tu kadang2 kat rumah kita tapi kita nak salahkan perbandaran .
Tak boleh jugak..kan??mereka tu bukan 24 jam duduk tunggu sampah depan rumah kita..

 <<<<...suka aktiviti hiking??ini tempat2 yang dah tentu anda suka
sekian..

Comments

  1. SAya orng Kelantan, and saya tak nafikan perkara ini, in fact saya tak disukai ramai di Kelantan kerana perkara macam ni la, tak boleh ditegur hahahaha depa tegur saya takpa.
    tempat semayang pun kotor, macam mana?

    ReplyDelete
  2. jom sama sama menjaga kebersihan tempat awam :)

    ReplyDelete
  3. Kat mna2 pun pasti akan trjumpa situasi spt ni..memg x d nafikn.x da kesedaran dri org ramai.klau sorg ja yg myedari pun x brbaloi..

    ReplyDelete
  4. ha ah kat mana2 pun sama je..cuma yang ni jadi viral..

    ReplyDelete
  5. KAK MMG XBERKENAN DGN SAMPAH SARAP YG MENCEMARKAN ALAM SEKITAR NI...DI MANA SAJA SERUPA BERGANTUNG KPD MENTALITI PENGHUNINYA..BUKAN DI KELANTAN SAJA...YG MENEGUR TU DEMI KEBAIKAN DAN PRIHATIN SEKALI DGN MASALAH KOTORAN TU TAPI JGN TERDETIK DI HATI BERDOA MOHON ALLAH TURUNKAN BANJIR BESAR UTK MEMBASUH SEGALA KOTORAN...TAKUT TU

    ReplyDelete
  6. tapi kan tapi kan .... mmg betui pun negeri tu .... mmg ade juga negeri lain tp kan yg ketara mmg negeri tu ... hmmmm akceli ni mentaliti rakyat malaysia ... negara kelas ke3

    ReplyDelete
  7. kelantan kat mane tu?? kat tempat sy alhamdulillah xda camtu. tapi tak tau la kot2 sy yang tak perasan :<

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya Dee..

    Apa pun kakak rasa bukan Kelantan aje ada masalah begini. Tempat kakak di Johor pun ada. Kena ada rasa tanggungjawab bersama barulah boleh bersih ceria. Macam di Jepun tu dari budak kecik lagi dah tahu nak buang sampul lollipop sanggup masuk poket seluar selagi tak jumpa tong sampah. Anak-anak tempat kita rasanya tak mahu buat begini kan..

    ReplyDelete
  9. Bukan di Kelantan je..di mana mana negeri di Malaysia pun ada je tempat2 kotor..cuma agaknya di Kelantan ketara...orang orang kita tak begitu mengendahkan sikap berhemah dalam diri sendiri dalam menjaga kebersihan persekitaran...anak2 pun tidak diajar dari kecil agaknya...kadang malu dengan negara berlainan agama yang mampu menanam sikap berdisiplin dalam diri dalam menjaga persekitaran.

    ReplyDelete
  10. Memang memalukan. Pengotoran yang disengajakan ini bukan saja berlaku di Kelantan di tempat lain seluruh Malaya lebih kurang sama saja... Kita kata dalam Islam kebersihan separuh dari iman, tapi di mana iman kita? Iman orang putih, Jepun, Korea dan Singapura agaknya lebih baik dari kita sebab tu walaupun mereka orang kapir tapi negara mereka bersih...

    ReplyDelete
  11. bulan Februari yang lepas saya ke Kelantan, iaitu selepas banjir besar melanda bumi Kelantan. waktu tu saya fikir oh takpelah mungkin lepas banjir memang kotor sana sini... tapi selepas 4-5 bulan saya ke sana lagi, masih sama pemandangannya...

    maaf, bukan nak kenegerian ke apa.. tapi rasanya PBT dan kerajaan negeri perlu buat satu sistem pembersihan kawasan secara terancang dan berkala... tempat bersih, Insya Allah penyakit pun takde..

    ReplyDelete
  12. Semua temapt tak kira negeri mana perlu sangat-sangat jaga kebersihan dan ia bermula dari rumah.

    ReplyDelete
  13. Kesedaran tentang kebersihan masih kurang dititikberatkan. Kat mana2 pon ada masalah macam nih.

    ReplyDelete
  14. semua bgntg pd siri sndiri sbnrnya.. byk tmpt mcm tu.

    ReplyDelete
  15. Salam..

    Ye semua negeri pun ada je tempat yg kotor bkn kat kelantan je.. Setuju juga dgn ayat awak tu sbb sy duk selangor ni pun namoak je tempat kotor tandas jijik. Di johor pun ada tempat kotor juga.. Mana2 pun sama.

    Bila baca nukilan wanita ni teringat saya masa duk ganu dulu. Gi jalan2 kat kb. Mak aii payahnya nk cari warung tempat nk alas perut. Lantai warung kotor, kita buat2 nk tumpang tandas sblm mkn g belakang tandas dan dapur kotor sgt. Mungkin tu kisah 7 thn lalu harapnya dah lebih bersih la anjung mekah tu sbb sy tgk gambar pasar popular tu dah cantik berwarna warni skrg ni.

    Islam amat mementingkan kebersihan. Kita didik ank2 adik beradik jaga kebersihan. Saya cukup ngeri nk masuk tandas dan dapur yg kotor. Kebersihan kita dinilai dari dua tempat tu.penyakit datang dari dua tempat tu juga

    ReplyDelete
  16. Semuanya atas sikap sendiri... Juga corak didikn anak-anak kita... Bukan salah negeri, bukan salah sesiapa... Tapi segalanya tentang sikap..

    ReplyDelete
  17. rakyat kelantan perlu sama-sama bersihkan kalau taknak kotor

    ReplyDelete
  18. deep..
    bkn kelantan je kot..sume negeri perlu ade kesedaran ni..

    ReplyDelete
  19. harap ada perubahan..bukan sahaja di kelantan..di negeri lain juga

    ReplyDelete
  20. kat parit buntar pun cenggini kak !! lagi2 lepas pasar malam.. x faham betoi la CT..

    ReplyDelete
  21. Salam, hmmm saya ni org johor, dan penah 2,3, kali je pergi Kelantan masa hantar / ambil adik balik U...isu ni ada di mana2 tp ini yg jadi viral, mungkin sbb ade keyword kuat kat situ, KELANTAN...

    apapun, masa sy pegi kelantan tu, sy melihat kepada betapa banyaknya sekolah madrasah dan sekolah pondok di negeri itu..betapa sejuknya mata memandang begitu ramai kaum lelaki berjalan kaki, naik kereta, motor beramai2 ke masjid utk solat jummat dalam jubah dan kopiah putih yg bersih seawal jam 12.30 tgh...melihat betapa bahagianya keluarga di sana serta anak2 keciknya walaupun masa tu diorang hanya main permainan yg cekut-cekut anak patung dalam bekas kaca besar tu....entahlah, those are beautiful...sampai saya tak perasan longkang dia tersumbat, jalan dia kotor dan sebagainya...

    We'll see what we want to see...

    ReplyDelete
  22. Bak kata suami saya, Malaysia ni bersihnya di KLCC aje. Keluar aje dari kawasan itu, tengoklah penuh sampah! HD pelik mengapa kita orang Islam tak menjaga kebersihan. Itukan perlu diutamakan! Bila HD tengok keliling even the tempat makan, gerai-gerai, jadi pelik sampai tertanya-tanya adakah orang yang hendak membeli bila kawasan jualan sendiri yang tak sebesar mana pun kotor. Kalau kami pergi makan, selalu aje HD komplen bahagian dapurnya mak datuk kotornya yang pada tahap kita mungkin tak apa-apa, tak kotor melampau sampai loya nak makan sebab di mana-mana pun sama!

    Bila tengok rancangan Bersamamu di TV3 dulu HD selalu tanya saya kalau orang miskin memang kebersihan tak perlu jaga ke? Oh, terkedulah saya sekejap! Tak tahu dah nak jawab apa!

    ReplyDelete
  23. Betul dulu pernah bawak officmte pergi Kelantan jalan2 cari makan tapi sedihhh org Singapore n Korea tu prefer pegi kl,Perak ,melaka n johor.. Paling dia org suka Kedah n Penang.. Dia org cakap Hilang selera negeri ni Kotor. Pantai Kotor.. Kedai2 koto.. Malu plak aku... Pengajaran buat aku..

    ReplyDelete
  24. Betul dulu pernah bawak officmte pergi Kelantan jalan2 cari makan tapi sedihhh org Singapore n Korea tu prefer pegi kl,Perak ,melaka n johor.. Paling dia org suka Kedah n Penang.. Dia org cakap Hilang selera negeri ni Kotor. Pantai Kotor.. Kedai2 koto.. Malu plak aku... Pengajaran buat aku..

    ReplyDelete
  25. Sebagai orang luar yang berapa kali ke kelantan... Kelantan memang agak kotor terutamanya di tempat perniagaan seperti wakaf che yeh... Pasar siti khadijah dan pasar2 malam..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …