Skip to main content

KENAPA SUAMI MESTI BALAS PESANAN RINGKAS ISTERI

Assalamualaikum...



Semalam saya terbaca status kawan saya yang kata dia pelik dengan orang lelaki ni..
kalau keluar rumah,bila isteri kat rumah hantar sms,whatsapp
mesti susah sangat nak balas..
Entah kenapa la sampai nak balas 'ok' pun jenuh nak kena tunggu sampai setengah jam..
Mustahil tak tengok enpon sebab kat rumah menatang
yang nama enpon tu la yang dia asyik tenung siang malam..
hahahha...Kadang2 kena paham jugak la..mungkin si suami tengah memandu ke..
atau pun telepon nya dia tinggal kat kereta..
Mungkin jugak dia ada perbincangan penting 'sangat' ..heheh..

Ini yang saya nak bagitau pada kaum suami ni..
Bila isteri hantar pesanan bukan lah dia nak menyibuk atau kongkong suami.
tapi ada sebab2 nya..



contohnya kalau biasa awak balik kerja sampai rumah jam 6 petang..
Tapi hari tu jam 6 suku awak tak sampai lagi..
Bila isteri hantar pesanan tolong lah balas sebab dia tengah risau kan awak.
Jangan lah pandang ringan perasaan isteri ni.
Orang perempuan  ni memang suka fikir bukan2..
entah jatuh ke,kemalangan ke,kereta rosak ke..
sila bagitau pada isteri keadaan awak supaya dia tak risau.


Ada jugak yang hantar pesanan sebab nak kirim barang.
entah malam tu lauk pun tak de,
dia pun hantar pesanan suruh beli itu ini..
awak pulak tak balas..anak tengah mengamuk sebab dah lapar..
awak balas "ok ..saya beli kan" itu pun dah cukup buat isteri bertenang.



Satu lagi kalau ada kecemasan seperti anak sakit atau ada saudara yang meninggal.
macam mana kalau awak tak hiraukan pesanan dia waktu tu?
Jangan menyesal kalau apa2 yang tak elok berlaku.
memang kadang2 anak ni sakit sikit je mak dia je yang gabra semacam..
tapi bila suami balas pesanan suruh bertenang atau bersabar sedikit
sebanyak ianya boleh memberi kesan baik pada isteri.


Dan yang last sekali mungkin
ada tetamu yang tak diundang di rumah awak semasa ketiadaan awak.
masa tu pulak isteri berharap sangat awak ada di situ..
contohnya bekas rakan sekolah awak yang datang melawat.
kebetulan hanya isteri awak sahaja yang ada dirumah.
dah tentu dia pun serba salah nak melayan kawan awak tu.
nak disuruh balik,orang tu datang dari jauh..
terpaksa lah kawan awak menunggu awak diluar rumah sampai awak balik..



Tapi kan..ada jugak isteri yang asyik hantar pesanan kat suami
hanya sebab betul2 nak tahu suami kat mana,
dengan siapa,buat apa..
tapi yang ni kes cemburu buta la..
kalau kes macam ni tak tahu la suami larat layan ke tidak..
kata sayang..layan kan je la..
heheheh

sekian...



Comments

  1. Kalau abang kan Dee dia memang malas nak berWS atau sms jadi kalau kakak WA dia akan call balik - lagi cepat. Jari nak WA dah tak lancer sebenarnya tu:)

    ReplyDelete
  2. yup , memang stress kalau tunggu si suami tak reply msg ..
    Pengalaman berdasarkan my mum . semua kat ats ni sejibikk

    ReplyDelete
  3. Setakat ni suami PC ok..walau balasnya cuma satu abjad je..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. Hehe...bagus alasan2 yang dikongsi tu...ada benarnya...

    ReplyDelete
  5. Suami kita macam tulah. Kalau ada kerja kita call sebab urgent, memang tak angkat. Lepas dah free nanti barulah call balik. Makanya yang urgent dah tak urgent lagi jadinya!

    ReplyDelete
  6. biasanya saya call jer.. memang sentiasa berjawab. lagipun asben saya kalau kat luar memang rajin call.. ada je benda dia nak cerita hahaha

    ReplyDelete
  7. lelaki ni biasanya mlas nk lyan bnda2 remeh ni tu yg dia ignore je

    ReplyDelete
  8. memang penting membalas tu.xkisahlah penting atau tidak sekalipun :)

    ReplyDelete
  9. Sebab tu wujudnya lagu 'awak kat mana' tu..hahhah

    ReplyDelete
  10. Haha klu saya pun stress sms tak berjawab. Tp sy tau dah sejak kerja sini mmg laki meeting online tak henti2. Biasa sy sms nnt dia call balik. Klu call lg bertambah stress sbb x berangkat(silent)

    Saya la tu.. Klu pkl 7 x smpi je mula lah call x henti2. Cer bg tau ada meeting ke g carik barang ke . Kan? Haha.

    ReplyDelete
  11. salam ramadhan, hee saperlar x syg laki tp ada mak kann., kannns ;p

    ReplyDelete
  12. Hehe... Sy terbalik... Dia meseg sy yg tak sempat balas... Hehe... Senang call aje la... Kalau call berbunyi tu... Alhamdulillah... Moga Allah lindungi dia... Gtu aje cara saya... Jika risau... Doakan yg baik2... Kdg syaitan mmg suka hasut bagi kita fikirkan yg bukan-bukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula..lg dok umah.mcm2 fkran yg kuar dlm minda..

      Delete
  13. Salam, hahahaha setuju dgn entry ni, kak....guna whatsapp tu mmg paling sadis lah siap ade 2 tick dah..read and ignore..huaa pedih! haha!

    ReplyDelete
  14. asben aida malas nak balas.
    kekadang benda penting pun dia x balas.
    geram betul aida!

    ReplyDelete
  15. klau double tick tu tp x reply mmg spoil, hikk...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …