Skip to main content

KENAPA KITA DILARANG KENCING DI TEPI JALAN

Assalamualaikum...



Gambar sekumpulan lelaki kencing ditepi jalan hari ni jadi viral dilaman sosial.
Ramai jugak yang dok share gambar orang kencing tu.
"Gambar kencing pun nak share,macam tak pernah kencing tepi jalan je.."
tu salah satu komen yang saya baca.
Bermakna memang ramai yang kencing tepi jalan macam gambar diatas ni.

Tapi ada jugak yang tak pernah buat macam ni.Saya tau tu..
Kalau tak salah saya ada pantang larang mengatakan orang
lelaki kalau tak nak ada masalah tenaga batin jangan sesekali
kencing tepi2 jalan atau tempat2 sebarangan  macam ni..
Ye la..dunia ni bukan ada kita sahaja..
ada makhluk lain jugak.
Bukan saja mengganggu orang lain tapi mungkin mengganggu mahkluk lain tu...kan??

Kencing tepi jalan macam ni tak elok sebenarnya..
dah la tepi jalan.Sah2 orang tengok dan nampak tak sopan.
Lagi2 kita orang islam.kencing macam ni dikhuatiri najis akan terkena pada pakaian .
Nanti nak singgah mana2 untuk bersolat macam mana..kan??
Sebab itu benda macam ni jangan diambil mudah dan jangan dibiasakan.
Kebanyakan siksa kubur  adalah kerana berkaitan air kencing

Kalau tak boleh elak sebab dah tak tahan sangat,
pastikan perbuatan kita tu tak dilihat orang.kalau dah macam gambar
diatas ni tengok la,sampai orang boleh rakam gambar kita.
Mungkin diaorang boleh ke tempat yang tersorok sikit dan tak menarik perhatian orang ramai.
Jangan lupa bawak air.Sebab tu dalam kereta kena ada air sikit pun jadi la..
untuk kecemasan..

Satu lagi yang ada anak2 kecil
jangan biasakan ajar anak kencing macam ni..
lekat sampai ke tua..

>>>>...SCAMs...klik sini supaya kita semua tidak tertipu !!!

sekian..


Comments

  1. tahan kencing berjemaah ke dorang ni...

    ReplyDelete
  2. mcm2, yg tukang snap gmbar pun satu, tak de gmbar lain nak abik..adoiiii...

    apa pun kena sentiasa jaga adap melayu kita kan?

    ReplyDelete
  3. Memang pernah nampak ada lelaki kencing tepi jalan. Macamlah tak da tempat lain nak pancut!
    Yang tak pernah nampak pompuan kencing tepi jalan. Sama ada pompuan lebih bersopan dari lelaki atau ada masalah nak kencing tepi jalan...

    ReplyDelete
  4. Ya Allah.. Memang la jadi viral dah macam berpakat plak kat situ... Kalau Islam.. Pasti ianya juga memalukan agama juga...

    ReplyDelete
  5. masa di cairo.. budaya depa jaa kencing tepi jalan.. tepi2 dinding.. sebab disana hampir tiada tandas awam.. sangat sukar nak jumpe... hingga kami gelarkan keajaiban dunia ke 8 telah dijumpai di cairo.. iaitu.. the great wall of urine.. haha

    ReplyDelete
  6. Tak senonoh. Ish ish ish

    Tp mmh ramai yg buat gini. Kami klu lalu nmpk aksi gini suka tekan hon. Melayu lak tu.. Hahaha

    Ank saya pun sy x ajar kencing berdiri apatah lg kencing tepi jln gini. Agaknya syafiq klu suruh kencing gini mau dia menjerit2 marah kot?

    Aritu masa g taman kat miri ada satu kereta 4x4 tu park sblh kami. Bila turun je terus ank dia dlm umur 7-8 thn kot.. Kencing selamber je dpn kereta. Bila sy pandang mak pak dia buat x tau je. Eh peliknya? Budak tu blh pulak pancut ke kiri kanan buat main air kencing tu mcm pancit pki getah paip bila tau sy pandang. Dah diajar dari kecik kot buat perangai gitu . Lps si abang si adik dia pulak sambung kencing. Aduhai

    ReplyDelete
  7. itu gambarnya lagi kencing berjamaah ya :D aku sering lihat laki-laki kencing di sembarang tempat mau anak kecil atau pun orang dewasa..

    ReplyDelete
  8. kat tempat open macam ni pun sanggup buat ye..ish ish ish..beramai² pulak tu

    ReplyDelete
  9. Tak senonoh dorang ni.. lepas tu ntah cuci ke tidak tangan tu.. yerkk.. geli..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …