FACEBOOK- CARA BARU MENILIK NASIB

Assalamualaikum...

Saya nak cerita tentang menilik nasib ni..
dulu orang nak tilik nasib dia pi kat tabib2 cina tu..
jumpa bomoh la , ada yang teka2 kertas la..
tapi sekarang dah ramai yang tau cara tu haram..
Tak boleh tilik2 apa nasib kita pada masa depan..
apa yang terjadi dimasa depan adalah Rahsia Allah..
hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Kita orang islam kena percaya pada ketentuan Allah dan redha dengan apa yang jadi.

Tapi tak boleh cara tu depa guna pulak cara lain..
tilik nasib guna facebook.

Boleh tau anak berapa orang..
ada duit berapa juta dalam akaun..

"eh..benda tu suka2 je kak..
kita pun tau benda tu main2 je..
bukan kita percaya pun..."

main2 pun tak boleh la adik kakak..
untuk suka2 pun tak boleh...
Baca zodiak kat majalah pun tak boleh ni kan pulak
menilik nasib kita dengan cara letak tarikh lahir..
ada juga yang kena letak gambar..
tak boleh tu..

saya tengok hari ni kat facebook pun masih ramai yang guna
aplikasi menilik nasib tu..
Padahal sebelum ni yang saya tahu mereka2 tu
orang2 yang berilmu jugak..
menilik nasib- 40 hari solat tak diterima tau..
bukan benda main2 ni..

harap2 kawan2 saya jangan kecil hati dengan teguran ni.
saya pun masih belajar..
tapi kita kena la saling berpesan2..
kita manusia.tak lari dari kesalahan..

satu lagi tak boleh tau kalau kita menentukan masa depan..
contoh macam ni..
awak tengok anak orang tu suka guna tangan kiri..
lepas tu awak kata..
"dia ni mesti pendek umur.."
"dia ni nanti kaya raya.."
"dia ni akan terkenal.."
macam tu pun tak boleh..
Tapi kalau kita doakan nya ,itu baru boleh..
contohnya.. "besar nanti harap2 jadi orang terkenal.."
saya pun baru tau yang ni sebab saya suka bergurau2 macam ni..erm..

<<<..ingat surirumah tak boleh ada kerjaya ke??tak percaya??baca kat sini..

sekian..
FACEBOOK- CARA BARU MENILIK NASIB FACEBOOK- CARA BARU MENILIK NASIB Reviewed by Diana Rashid on July 30, 2015 Rating: 5

11 comments:

  1. sebab tu saya tak pernah nak main aplikasi macam tu. kita dah tau menilik even untuk suka2 pun tak boleh.. permainan yang berunsur tilikan macam tu elok la tak payah nak main sangat.

    ReplyDelete
  2. bagus perkongsian ni kak..sama² belajar dan faham :)

    ReplyDelete
  3. itu bahana main klik klik.
    zaman semakin canggih
    zaman semakin senang,
    bila dh senang gni ler jadinya kak.

    ReplyDelete
  4. Errrr baru je klik td.tp seyes saje suka2.sbb fb ni bodoh sket.komputer kan yg generate.hehe

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas peringatan..

    ReplyDelete
  6. orang2 ni buat semua tu sbb nak lalaikan kita semua.. dlu rajin gak la tngk zodiak bagai.. dgn alasan suka2 tu la.. tp dlm x sedar kita akan percaya.. da lari jauh konsep iman.. nice sharing kak ^^

    ReplyDelete
  7. Ye.. Ada jugak tengok kat facebook td.

    ReplyDelete
  8. Salam, a'ah saye pun pernah guna juga, mcm biasa utk suka2..tp okaylah lepas bace ni, baru perasan..ia mcm kaedah tilik nasib secara moden..hmm betul2, thanx kak..insyaAllah, xbuat dah lagi.. :)

    yg last tu, mmg xsuka..sedap2 je tilik nasib utk anak org tanpa diminta..huhu~

    ReplyDelete
  9. Lebih baiklah saya tak tahu masa depan daripada tahu. Kalau baik tentu berbunga hati. Kalau tak baik, bukan ke buat susah hati dan putus harap? Setiap yang akan berlaku tu dah ditentukan. Takdir kitakan.. Biarlah Allah sahaja yang tau. Bab tilik-tilik ni memang tak suka betullah. Kalau tahu ada orang suka menilik pun kita tak suka nak rapat!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.