Skip to main content

ADA KE ORANG MAKAN BISKUT RAYA MACAM MAKAN NASI?

Assalamualaikum...

gambar google


Tahun lepas saya pi satu rumah ni..
banyak betul kuih raya dia..sampai penuh meja..
biskut raya je ada dalam 15 jenis..banyak..kan??
belum masuk lagi mee,laksa nasik tomato dia..
erm...banyak sangat saya rasa macam membazir je..

Kalau kat rumah saya
beli kuih raya sikit je sebab dah tentu2 nanti nak masak benda lain
Laksa ke,mee kari ke..kuih raya dalam 4,5 jenis je,.
Tu pun beli balang kecik je..
orang lebih suka makan yang berat2..
biskut raya setakat 1-2 biji je..Bukan macam makan nasik..
jadi beli balang kecik je la..

Pernah nampak tak ada kawan sekerja ke,jiran ke yang
asyik tempah kuih raya..?pantang ada orang bagi sample biskut dia pun
suruh la masuk kan nama dia sekali.
Tau tak kalau biskut tempah ni lagi mahal dari biskut yang jual kat kedai..



Biskut kedai pun dah cukup mahal ni kan pulak biskut tempah.
satu balang ada la 30-50 biji..tapi harga nya sampai 2-3 puluh ringgit.

Sekarang ni baru hari ke 16 berpuasa..
siapa la nak beli kuih raya awal2 ni..kan??
beli hari ni esok dah tinggal setengah dikerjakan anak2..
jadi beli hujung2 je la..
Baru tengah2 bulan puasa dah kata kuih raya tak laku.
Tunggu malam raya nanti tengok makcik pakcik sampai tak pi terawih la
sibuk nak pi memborong kuih raya.

Lagi pun yang jual awal2 tu ,bila la biskut tu dia buat..
sebelum puasa ke??tak mau la beli biskut lama..
nanti belum hujung raya dah kaler hijau2.heheh..

Sekarang ni orang lebih suka beli kerepek2 dari biskut raya..
kan??
teringat kat kawan saya dulu sampai ke indonesia pi beli
kuih raya..kek batik,kerepek.mengaut betul..hahaha
kalau ada yang nak ke Muyanmar,loas atau vietnam semata2 nak beli kuih raya boleh la try tengok2 kat sini..(klik)



sekian...

Comments

  1. ada nampak paper aritu kata biskut raya diorang jual tak laku
    memanglah kan, ko jual awal
    biasa orang hujung2 posa tu baru beli
    sekarang sibuk beli baju raya
    rasa dah lama diorang buat tu

    ReplyDelete
  2. saya pun banyak beli kerepek je.. pergi kat banting aritu, yg kilang faz tu almost nak habis dah kerepek dia.. padahal masa saya pegi baru 10 ramadhan.. huhu.. gila kerepek betul..

    ReplyDelete
  3. Jenis yang gemar makan biskut raya, akan borong banyak2 :)

    ReplyDelete
  4. aku kurang suka dengan yang manis-manis kalo dengan rempeyek aku jago nya makan :D

    ReplyDelete
  5. kalu kuih raya byk sbb buat sendiri lain cite. kalu membeli tu nmpk mcm da ada unsur2 riya' je

    ReplyDelete
  6. Blm puasa lgi kuih raya da berlambak kat pasaran huhu

    ReplyDelete
  7. suka beli kerepek dari kuih sebab orang suka makan kerepek lagi kot so bila menjamu tetamu cepat habis..takde la nak simpan lama :)

    ReplyDelete
  8. aida tempah dgn member opis.
    6 jenis aje. sebab ada 6 balang kuih :)
    kerepek ada beli 3-4 jenis. but not for raya.
    dpt stok minggu depan and terus makan :)
    kunyah lepas terawikh...

    ReplyDelete
  9. Salam kak, owh my God..mintak maaf tapi sy mmg sukeeee makan kuih raye, dan sgt sukeeeee kalau rumah yg sy datang tu sediakan pelbagai jenis kuih raya..xtau lah kenapa, mgkin sbb masa tu hari raya, dan jarang dpt makan kuih raye sbb agak mahal..so sy suka habiskan kuih raya bila pegi beraya umah orang..hahaha

    ReplyDelete
  10. Saya anak beranak mmg suka makan biskut raya...stok biskut raya kena bnyk, ank2 suka..tp kena buatkan yg sedap2 la! Haha

    ReplyDelete
  11. Saya banyak beli kerepek jer. Kuih buat sendiri skang nih. Jimat sket ☺

    ReplyDelete
  12. Saya sama mcm awak kuih raya sikit je. Muat 6 bekas tu cukup la kot sbb kwn nk dtg dorang kan bg tau nnt dh hidang mee bagai dorang x mkn sgt pun kuih.

    Kuih hny utk ank dan majlis raya kat sek je

    Tp mmg ada satu bekas jiran sy ni dulu dia punya kuih berbelas jenis kot. Dua tiga set balang kuih raya. Tmbh lg dgn tupperware besar utk kerepek, balang kaca utk segala jenis candy bagai. Meriah sungguh

    ReplyDelete
  13. Saya pun belum beli lagi kuih raya. Tunggulah minggu terakhir. Kalau membeli pun saya ada tempat yang biasa pergi beli. So, takdalah susah hati. Janji sedap cukup. Akhirnya selalu sayalah yang dok kerjakan sampai habis. Nak buang sayang pulak, penat keluar duit membeli. Saya beli pun tak banyak. Balang kuih ada 6 maka 6 jenis ajelah yang beli. Kerepek-kerepek pun saya suka. Kadang beli juga untuk raya tapi selalunya saya yang beraya dulu makan kerepek ni semua tak sempat nak tunggu takbir hariraya!

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …