Skip to main content

SENDIRI POST TAK PE,ORANG LAIN SHARE JADI AIB..

Assalamualaikum...

Masa depan dihujung jari...
itu lah yang saya boleh gambarkan dengan keadaaan
yang kita sedang alami sekarang.
Apa yang kita kongsikan di laman sosial
akan ada kesan 2nya di masa akan datang.





Pernah dengar tak orang kata baik dan buruk tu awal nya dari kita sendiri?
kalau awak post gambar yang tak senonoh..
itu salah awak..
bukan salah orang lain..
Tak kan awak nak salah kan orang yang mula2 mencipta kamera?
atau awak nak salah kan orang yang Mark Zuckerberg
yang mewujudkan facebook?kan??

Tapi yang hairan nya masa dia post gambar2 peribadi
dia tu tak de pulak dia fikir tentang aib..
Bila gambar tu tersebar,orang yang share gambar dia tu
pulak yang dituduh mengaiabkan dia..
siap nak saman menyaman..

Bagi orang yang share gambar2 tu ,
mereka bukan fikir pun perasaaan tuan punya gambar.
bagi mereka kalau tuan punya gambar pun
tak kisah kongsi di laman sosial,
maknanya ianya tak salah untuk mereka pun berkongsi
gambar tersebut dengan orang lain.

jadi sebelum awak nak  post gambar2 awak
ada baiknya awak fikir2 dulu adakah gambar tersebut patut dan tak patut
untuk orang lain tengok.
jangan lepas dah tersebar baru awak nak kata,
mereka mengaibkan awak.
masa tu awak cakap apa pun keadaan tak berubah..
segalanya dah terlambat..


sekian...


Comments

  1. betul tu.. benda tu takde kalau tak di wujudkan. kena kaji puncanya dari mana sebelum nak salahkan orang lain

    ReplyDelete
  2. Masa post tu cuma ikut hati, then bila dapat feedback -ve mulalah salahkan orang lain..
    Sebab tu myra bila nak post kt FB fikir dlu pepanjang, kadang elok di mata kita xkan sama dengan mata orang lain kan

    ReplyDelete
  3. Kena hati2...kalau ramai berfikiran positif tak pe...

    ReplyDelete
  4. di laman maya ni bnyak foto n catatan yg melayang-layang kerana diri sendiri yg melayngkannya...kalau terasa ianya mendedah aib diri elok disimpan molek2...

    ReplyDelete
  5. sangat setuju.. sebenarnya bukan setakat gambar jer.. tapi apa sahaja yang kita post termasuklah yang melibatkan hal keluarga, rumahtangga dll.. sebab kadang-kadang bila baca, kita sendiri rasa macam memalukan.. hurm..

    Promosi Shaklee Jun 2015 (Klik Di Sini)

    ReplyDelete
  6. Salah diri sendiri. Sendiri buat sendiri lah tanggung.

    ReplyDelete
  7. betul tu..sekarang nie ramai sangat dah keyboard warriors..suka hentam2 orang..macam2 sekarang T_T

    ReplyDelete
  8. Salam, betul tu kak!! Dia sendiri yg mulakan, xaib. Hahaha kelakar sgt manusia cmni :p

    ReplyDelete
  9. banyak yg jadi macam ni retis la.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Tu sbbnya skang akk kurang suka post gmbr dlm fb..even gmbr sndirikan sis..sat g ada kata saje nk tnjuk muka kat fbla..tnjuk makan tmpt best..byk duit..haih...serabut

    ReplyDelete
  11. Betul tu Diana, jangan syok sendiri saja masa post gambar, akhirnya bila orang dah syok kat gambar kita hati kita juga yang sakit dan tak syok...

    ReplyDelete
  12. Betul tu DR....kekadang takut pulak okje nak post gambo selfie walaupun gambo sopan hihi.....sopanlah sangat ....

    ReplyDelete
  13. Jgn main asal upload atau asal update je... Klu dah terkena nak melenting pun dah takda makna.

    ReplyDelete
  14. Haha... Tau tak pe.. Ramai jadi cmtu kan.. Masa post tak ingt plak.. Sendiri salah nk salahkan org lain..

    ReplyDelete
  15. btl tu.kdg2 dorg ni bodoh jugak..dh slh sendiri lps tu nak slhkan org lain.sendiri x tutup aib lepas tu nak org lain tlg tutup aib dia.adeh

    ReplyDelete
  16. Itulah jadinya bila buat sesuatu tak guna akal. Menyesal kemudian hari siapa yang rugi. Bila dah jadi bahan cemuh, mulalah nak tunjuk jari menyalahkan orang lain. Masalahnya, satu jari tunjuk kat orang lain, empat lagi tunjuk balik kat kita. Kenalah fikir waras-waras sebelum buat sesuatu. Jangan harap nak glamour cara salah jerk!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …