Skip to main content

RESEPI PAU SAMBAL SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...

Rasa kelakar pulak bila ingat kejadian
memasak pau sambal beberapa hari lepas..
Saya tak pernah buat pun pau sambal ni..
hari tu baca bloh Okje dia sebut pasal pau sambal.
petang tu jugak terus buat pau sambal untuk berbuka..

Elok dah goreng ,tiba2 je anak dara saya kata
dia tak makan kuih ni..
Ha!!sudah.ni siapa nak makan dan siap adunan sampai 10 biji..
Mujur la baru goreng 2,3 biji je..

Jadi kena la buat sesuatu supaya budak ni makan pau sambal yang saya buat.
Saya terus je ambik dohh tu buat bentuk tak berapa nak bulat..
siap tanduk la..senget benget dah serupa cucur udang.
terus goreng..wah!!makan pulak dia time berbuka tu..
sebab dia memang makan cucur udang..jadi dia ingat tu cucur udang la..
berjaya jugak buat dia makan pau sambal .
hahahah...

Nak tengok resepi pau sambal saya yang bertanduk tu?/hahahah...
ni dia..resepi pau sambal mudah dan sedap.


Ni la pau sambal saya yang sedap tu tapi bertanduk.
hahahah

 bahan-bahan(doh)

3 cawan tepung gandung
Yis (1 paket)
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar susu pekat
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air

cara-cara -:

-masuk kan Yis dalam tepung,,kacau rata..
(kalau awak pakai Yis basah,guna 1 sudu yis dah cukup..
masuk kan Yis tu  dalam 3-4 sudu air ,kacau2 terus masuk kan dalam tepung..)
-masuk kan minyak masak
-lepas tu guna hujung jari je untuk sebatikan minyak dengan tepung dan yis tu..

-masuk kan garam dan susu pekat ke dalam 1 cawan air
-kacau sebati dan tuang di tengah2 tepung.
-uli sampai jadi doh.
-Buat bulat2 ikut saiz besar mana awak nak.
-rehat kan doh..tunggu dia naik kembang.
-kemudian goreng dalam minyak yang banyak.dah perang2 angkat la.Guna api kecik saja..

bahan-bahan (sambal)
1 genggam 1kan bilis
3-4 tangkai cabai kering
2 biji  bawng merah
2 ulas bawang putih
belacan sikit je,.

garam

Cara-caranya:-
-tumbuk ikan bilis bagi hancur sikit.saya tak suka ikan bilis sekor2 dalam sambal..tak sedap.jadi tumbuk bagi hancur2 sikit..tak de la sampai lumat..cuna nak ikan tu terbelah je..:p
-kisar bahan2 selebihnya
-tumis bahan kisar dengan sedikit minyak..(anggaran 2 sudu)
-kemudian masuk kan ikan bilis dan sedikit air..(anggaran 3-4 sudu)
-masuk kan garam.masak sampai kering \

Bila sambal dah siap.boleh la belah tepi pau yang dah goreng tadi dan masuk kan sambal ikan bilis .nak bubuh timun bubuh la..saya tak suka bubuh timun sebab nanti pau macam basah2 kembang..geli sikit nak makan..hahahah..

ok..tu je..selamat mencuba..

sekian..

Comments

  1. lebih kurang mcm buat donat
    nnt nak cuba buat la

    ReplyDelete
  2. tak apa yang penting rasanya sedappp...

    ReplyDelete
  3. sedapnya pau sambal...1st percubaan..oklah kan..

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat buat... Hmm.. Tapi balik kerja tak larat dah nak menguli bagai.. Hehe

    ReplyDelete
  5. wah kreatif diana mancing selera anak.

    ReplyDelete
  6. Bertanduk pun bertanduklah...janji sedap. :)

    ReplyDelete
  7. Menu kuih kegemaran suami ni diana, sedap yer diana pandai buat...hehehe kelakar baca tang anak dara x mau makan ye diana kikiki...

    Seronok baca review diana ttg ephyra skin bar...suami pun suka pakai ye...alhamdulilah...teruskan ye insyaAllah lama2 nanti lg seronok guna bahan semulajadi tu.

    ReplyDelete
  8. hahaha berjaya jugak buat maisara makan

    ReplyDelete
  9. hahhaha pandai mama nye manipulasi ye ;p

    ReplyDelete
  10. tanduk pun tanduk lah DR, janji sedap haha :)

    ReplyDelete
  11. Kuih kegemaran ni...bertanduk2 pun bertanduklah...lain skit dr yg lain kan...hehehhe

    ReplyDelete
  12. arini pun yumida buat kuih guna yis. tapi dalam tu letak sosej. kengkdg tepung lembut, kengkdg kurang lembut. belum expert lagi buat kuih guna yis ni..hihi

    ReplyDelete
  13. saya suka pau sambal ni....sambal musti terbaikkk..makan 3-4 biji selamba badak je

    ReplyDelete
  14. tak pernah try buat lagi pau sambal ni..tapi kalau fiza suka letak timun lagi..kena makan fresh la..kalau dah lama memang xsedap

    ReplyDelete
  15. Yg bertanduk itulah yg special Dee
    Kakak selalu beli aje Dee. Tempat kakak ni dua ringgit dapat 5 ketul.

    ReplyDelete
  16. bertandukpun bertandukler yerk...
    asalkan budak2tu makan..
    memang frust kalau buat banyak2 tapi tak makan..
    membazir sangatkan...

    ReplyDelete
  17. bjaya juga perdayakan ya..hihi.. xkisahlah jnji deme mkn..

    ReplyDelete
  18. sangat membantu kak sebab saya punya pau sambal jadi bentat.. keras paunya tu

    ReplyDelete
  19. bertanduk pun bertanduk la kak..
    maisara nak jgk makan..hihi..
    peberet sy jgk ni..

    ReplyDelete
  20. Salam, hahahaha okay kelakar sgt! Gigih betul ko kak dalam mengusahakan agar anak nya tu makan kuih pau sambal tu.. hahaha tak tanye pulak dia mana udangnya eh..haha nice!

    ReplyDelete
  21. hahahaah bagus betul trick akak utk buat anak makan >_<

    ReplyDelete
  22. ya rabbi sedapnya nok...kalau time tak puasa ni mmg kuih feveret aku ni...
    tapi time puasa kuih feveret aku ialah kole kacang....ekekek...

    ReplyDelete
  23. Hahaha patut la rupa senget benget bertanduk rupanya nak main drama dengan anak dara

    ReplyDelete
  24. yang penting rasa dia kan.. rupa nombor dua. hihihi

    ReplyDelete
  25. Saya suka pau sambal ni tapi yang ada timun tu memanglah tak suka. Lain macam pulak rasanya walaupun tenyeh timun tu kat tepi sikit jerk tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …