Skip to main content

PUTIH SEBAB SUNTIKAN JE...

Assalamualaikum...



Sekarang ni ramai artis2 yang saya tengok
kulit diaorang dah berbeza dengan yang dulu.
Sekarang makin putih..
Nak kata sebab bedak tak kan lah sampai satu badan sapu bedak..kan??
tertanya2 apa lah yang dia orang sapu kat kulit sampai
cerah ketara..

Rupa-rupanya diaorang guna suntikan..
sebab tu lah cerah...
Macam ada artis AF yang juga isteri pada salah seorang pelawak tu..
dulu kulit hitam je..
rambut perang kulit hitam bayang kan la betapa tak lawanya..

Tapi sekarang terkejut la tengok kulit dia jadi cerah..
dah berani ambik gambar dekat sampai penuh skrin..

Kalau ditanya tu sah2 tak mengaku dia ambik suntikan.
Berani betul diaorang ni..
Tak de kesan buruk ke kalau ambil suntikan tu
untuk masa yang panjang.?
Setahu saya suntikan tu kena ambik selalu.
baru kulit cerah dan cantik.

Suntikan vitamin c ni kena ambik 2,3 minggu sekali rasanya.
kalau tidak kulit akan nampak tua.
saya google jap pasal suntikan vitamin c ni..
ini yang saya jumpa..


Er,..ada kesan buruk juga rupanya..
Kos nya jugak bukan murah tau..
kalau sebulan kena ambik 4 kali,banyak tu duit nak pakai..

Tapi ada jugak vitamin c yang dalam bentuk pil dan krim sapu..
Ada yang kata kesan nya lambat sedikit berbanding suntikan.
sebab suntikan ni dia terus ke bahagian bawah kulit.

kesan buruk untuk kesihatan akibat pengambilan vitamin c yang berlebihan tak diketahui..
sebab setahu saya Vitamin C memang elok diambil.
kalau vitamin c terlebih ambil pun
ianya akan disingkirkan melalui air kencing.

Setakat ni saya tak perlu kan suntikan ni..
saya suka kulit hitam saya ni..hahahah..

Dalam islam suntikan vitamin C  dianggap pembaziran..
kecuali untuk merawat kecacatan..
kalau untuk cantik semata2 untuk tayang kat orang,
untuk menipu (contohnya awak suntik tapi awak kata awak guna krim yang awak jual),
yang itu hukumnya haram.Atau pun awak nak goda lelaki kaya guna kulit putih awak tu..
yang tu pun haram..nak dapatkan pujian pun hukum nya haram..

kalau ada apa nak tambah tinggalkan kat kotak komen..
terima kasih..

sekian..





Comments

  1. Salam, erkkk...gila kerap kena ambik suntikan tu ek??? gigih lah diorang ni, mahal pulak tu, bahaya lagi..huhu..terima je lah hakikat klw kulit kita ni xsecerah artis korea~ haha..yg penting, sihat Alhamdulillah (n_n)
    p/s: selamat berpuasa kak :)

    ReplyDelete
  2. Lama dulu ada kawan pelawa suntik vit c ni.....yg buat pun doktor bertauliah yg makcik kenal.....tapi tak berani nak ambik risiko....dah la kurang lawa, silap2 bertambah tak lawa jadi ya

    ReplyDelete
  3. skang aida telan vit c.
    dulu pernah hampir2 nak enjet vit c.
    kat doktor la.
    bukan kat kedai kecantikan.
    tapi mahal la plak :(
    tak jadi...
    ada dosage nyer...

    ReplyDelete
  4. Jenuh pikir sapalah bini pelawak tu.....nak tau jugak hihi... Benda ni rasanya dah lama dah....tp mmg betul ada gak perasan artis artis dah semakin putih sekarang ni. Gasaklah depa.....asal depa bahagia .... Mak pun dah syukur sangat ngan kulit sawo matang mak ni....

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni.. banyak yang nak nampak cantik, berseri-seri, tapi.. bila kat rumah.. serabut-mabut.. walhal. untuk suami, itulah yang penting.. hehe..


    My blog :

    http://segalaceritera.com/atik

    ReplyDelete
  6. Ooo kena ambik kerap rupanya suntikan tu ye. Ish ngeri sy membayangkan.

    Eh eh smpi skrg x tau siapa isteri pelawak tu. jenuh dok memikir.

    Salam ramadhan diana. Maaf saya pinta atas keterlanjuran kata sejak berkawan dgn awak di alam maya ni

    ReplyDelete
  7. seram bace psl cocok2 ni..
    klu dh sebulan 4x, skali cocok dh bape rm kan?
    haihhh..utk cantik org sanggup buat ape je..

    ReplyDelete
  8. As-salam diana..

    akak pilih yang asli.. biarlah wp biasa-biasa saja..

    ReplyDelete
  9. Biarlah tak putih pun... Takut btul suntik2 ni.. Hehe

    ReplyDelete
  10. Ooo.. yg nilah yg diambil rupanya...

    ReplyDelete
  11. Memanglah disebabkan segala 'bantuan luar' macam tu, bukan kecantikan dari dalam yang sebenar. Kawan saya dulu doktor, katanya pernah aje satu 'Dato' ni datang berjumpa nak dapatkan suntikan kolagen. Bila masa nak suntik, aduhai berketul-ketul six pack. Ish....

    Kalau tengok artis sekarang sebelum mereka jadi artis, memang jauh bezanya. Mana mungkin muka dulu gelap tetiba jadi putih melepak. Tapi kalau tanya, siapa yang nak mengakukan...

    ReplyDelete
  12. Saya pun baru terjumpa dekat insta ada Saudari kat Utara Malaysia offer service cucuk Vit C and several other stuff lagi. Benda ni legal ker?

    ReplyDelete
  13. Saya pun baru terjumpa dekat insta ada Saudari kat Utara Malaysia offer service cucuk Vit C and several other stuff lagi. Benda ni legal ker?

    ReplyDelete
  14. Teringin nak putih gak ,tapi bila bnyk yg comment side effect dye takut pun ada .

    ReplyDelete
  15. Terima kasih berkongsi dari sudut pandangan islam sama...itu yg paling penting sebenarnya

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …