Skip to main content

"NAK MAIN BOLEH..TAPI JANGAN BISING"

Assalamualaikum...



Meriah betul bulan puasa tahun ni..
Suami saya kata kat masjid pun lebih ramai dari tahun lepas.
Apa lagi saya terbaca di facebook ada ramai rakan2 kita yang bukan islam
turut sama berpuasa dan kata suami saya ramai kawan2 sekerja nya yang bukan islam
seronok dapat pergi bazar ramadhan setiap hari..

Tapi kata kawan suami saya tu tak ramai yang berniaga macam tahun lepas
Agaknya sebab terkesan kot dengan kata2 seorang ustaz yang
menyampaikan kuliah nya beberapa hari lepas..
Ustaz tu kata..kalau nak berniaga jangan berniaga macam setan..
nak untung semata2..
Bila barang jualan semalam yang tak habis,tak elok ,hangus,baru nak sedekah kat orang
atau baru sibuk nak hantar ke masjid (bazar ramadhan di sini sebelah masid je..)
hehhehe...agaknya sebab tu ada yang cuma berniaga masa hari pertama dan kedua puasa je..
hari ke tiga  terus tak buka sampai la hari ke 4 semalam..hehheh...

Satu lagi suami saya kata ustaz tu siap pesan
kalau ada siapa2 yang bawak anak kecil ke masjid tolong kawal..
Bukan tak boleh bawak tapi biar ada orang yang kawal anak tu..
kalau dah ada anak kecik tapi mak ayah dua2 sibuk nak solat terawih
takut anak tu main kat luar ka, kacau orang solat ka..
bahaya jugak tu..

Tapi kan..saya selalu  jugak la dengar mak ayah  ni
pesan kat anak dia macam ni..
"bukan tak boleh main kat masjid tapi jangan bising.."
pelik pulak nasihat dia tu..
nama pun budak2 ,main mesti lah bising.

Bagi saya baik lah dia pesan kat anak yang kat masjid
time orang solat,kuliah agama,
kena solat sama..time kuliah kena dengar kuliah..
tak boleh main2.kalau nak main2 tunggu orang dah habis solat dah habis kuliah.

Kita ni kalau nak bagi nasihat kat anak jangan sampai anak keliru.
kalau tak , dia sendiri tak boleh ikut apa yang kita nasihat kan..
sebab dia tak paham...

sekian..



Comments

  1. yela...kat bazar mmg dah kurang org meniaga...

    ReplyDelete
  2. Walaupun ustaz...cara nasihatnya sepatutnya berlapik...agar tak ada yang berkecil hati..

    ReplyDelete
  3. betul la tu. kat bazaar harga banyak yang mahal melampau. memang tak membeli sangat pun sekarang,

    ReplyDelete
  4. semuanya dah mahal sekarang dekat bazaar

    ReplyDelete
  5. RAMAI YG DH BERJIMAT CERMAT MASAK SENDIRI DI RUMAH N KURANG SAMBUTAN YG MEMBELI JUADAH BERBUKA LA NI...MODAL PENYEDIAAN PUN MAHAL...MENJUALNYA TENTU LBH SIKIT DARI HARGA MODAL..
    BAWA ANAK2 KE SURAU/MASJID MMG OK TAPI AJAK ANAK2 SAMA2 SOLAT DI SISI KITA...BIMBANG HILANG DIBIARKAN BERKELIARAN KE SANA SINI...MASJID KAN LUAS...TERLEPAS PANDANG RISAU JUGA.

    ReplyDelete
  6. betui2... setuju sangat ..mak pak sgt suka kelirukan anak

    ReplyDelete
  7. Mak ayah kena sediakan foundation yg kuat kat rumah sebelum bawa anak2 kecil ni ke masjid. Tapi budak2 kecil ni ok lg la. Yg tak ok yg dah bosa2 pun buat bising...

    ReplyDelete
  8. Baru sekali lya pergi bazar..kekadang makanannya yg d jual x berpatutan..

    ReplyDelete
  9. sebaik2nya, tak payah bwk anak kecik ke surau / masjid.
    ganggu.
    mana la anak2 nak dok diam.
    nature of anak2 kecik kan?

    ReplyDelete
  10. Saya belum sampai lagi ke PARAM. Harapnya tak payahlah nak membeli tahun ni. Masak aje sendiri. Kalau teringin nak makan kuih, pandai-pandailah simpan keinginan tu kalau dah malas nak buat. Hahaha.

    Saya ni anak dah 4 tahun pun masih tak sanggup nak bawa ke masjid. Setakat solat 5 waktu tu mungkin dia boleh tahan duduk senyap sebelah kita. Tapi kalau bab tarawikh ni, saya takut dia memekik ajak balik masa orang tengah khusyuk solat.

    Saya diam-diam buat kat rumah ajelah. Biar anak sulung dan suami aje pergi masjid.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …