Skip to main content

BOLEH KAH DEDAH AURAT ATAS ALASAN BERSUKAN?

Assalamualaikum...

Macam makin  panas je cerita tentang atlit gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi yang dikecam ramai apa bila gambar beliau selepas memenangi pingat emas untuk negara dalam keadaan yang dikatakan kurang sopan dan tidak menjaga aurat disiarkan di facebook buletin tv3.


Ramai sungguh ustaz ustazah yang muncaul..bagus la..nampak orang ramai semakin berhati2 bab2 aurat ni.jangan pandang ringan hal2 agama.Lagi bagus dunia ni dipenuhi ustaz ustazah dari dipenuhi dengan makhluk jahil .Terbuka sangat sampai boleh jatuh akidah bahaya jugak.

Islam tidak melarang umatnya untuk bersukan kerana ia merupakan elemen penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat.Badan yang sihat juga memudahkan untuk kita melakukan amal ibadat.Namun ada beberapa perkara terutamanya tentang aurat yang harus kita titik beratkan dalam penyertaan kita di bidang sukan.


Tidak ada kelonggaran menurut syara‘ dalam hal menutup aurat ketika bersukan sungguh pun di antara sesama lelaki ataupun sesama perempuan.Bagi perempuan , jangan dia memakai pakaian yang mempunyai wangi - wangian dan jangan pakaian itu berhias-hias kerana yang demikian itu akan menarik perhatian lelaki dan sekaligus mengundang fitnah.

Abu Sa‘ed al-KhudriRadhiallahu ‘anhu berkata bahawa RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya : “Janganlah seorang lelaki memandang akan aurat seorang lelaki (yang lain) dan janganlah seorang perempuan (memandang) akan aurat seorang perempuan (yang lain).” (Hadits riwayat Imam Muslim)

Jelas lah..tak kira bersukan untuk negara ke.untuk  agama ke..yang pasti aurat kena jaga.jadi jangan marah kat  ustaz dan ustazah tu ye..

sekian..

Comments

  1. dia masih ada peluang untuk bertaubat selagi masih hidup.

    ReplyDelete
  2. kena ambil iktibar dari semua ni.mungkin ada cara lain atau pakaian yang tidak menampakkan benda yang tak sepatutnya kan..

    ReplyDelete
  3. Atlet wanita Iran bersukan dengan menutup aurat dan selalu menang pingat pulak. Kalau Iran yang Syiah itu boleh berpakaian mengikut tatacara pakaian Islam mengapa kita yang Sunni ini tak boleh...? Heran!!

    ReplyDelete
  4. Betul tu jgn dimarah ustaz&ustazah klu dh trng b'salah cuba baiki mne yg xbtl.... Tp nape baru skunk ye nape xdr dulu

    ReplyDelete
  5. Cikna..
    sebab dulu orang tak boleh nak luahkan pendapat.facebook , blog, twitter belum ada..dulu anak gadis pakai tudung pun takat tutup rambut je..mak2 pun berkebaya ketat..

    ReplyDelete
  6. Salam, terima kasih kak kongsi info tu...skang ni, xtaulah..bila kita cuba nasihat baik2, kita pulak yg dipandang serong dan tak sporting...hmm

    ReplyDelete
  7. Oh, saya tak tengok pun bab sukan ni tapi HD sibuk betul tunjuk gambar kata dia ni kena hetam sebab berpakaian begini. Itulah, lain kali tengok pun dah takda selera. Habis semua aurat bagi tayang percuma.

    ReplyDelete
  8. Betul tu... Byk sukan lain boleh pilih kan... Knp nk pilih yg tu.. Tepuk dada tnya iman... Jgn marahkan org sbb kata itu ini... Cuba tnya diri kita sendiri..

    ReplyDelete
  9. tiada kompromi dgn syariah islam.
    tutup aurat = wajib.
    da takde alasan!

    ReplyDelete
  10. Aurat tetap aurat.. Wanita islam kena ambik berat tentang aurat apatahlagi bila sampai tayang lurah dendam ni..

    ReplyDelete
  11. yess..betukl tu..apa2 keadaan pon aurat kena jaga..

    ReplyDelete
  12. Cantik je saya tgk dia mcm tu. Takde mslh la dah memang dia sendiri tak kisah. Sorry la, mungkin sebab saya ni open kot. Lgpun dia dah biasa mcm tu. Kalau gi mana2 pun, samada gimnas sekolah rendah ke menengah ke memang pakai mcm tu. Takde masalh pun

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …