Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

SUAMI SAYA MEMANG CAP TANGAN ..hehe

Assalamualaikum...

Saya selalu perhatikan suami saya bila dia
luangkan masa dengan anak2.
saya terfikir jugak kalau la saya ada ayah,
agaknya ayah saya tu adakah sebaik suami saya
bila bab2 melayan anak2 ni..

sabarnya dia..
itu lah yang selalu saya fikir kan..
walaupun ada masa2 nya bila anak2 dah tidur
dia akan cerita pada saya ,Maisara macam ni Mikhail macam tu..
Tak de pun riak2 wajah dia stress dengan anak2..
padahal kalau nak tau Mikhail dan maisara tu
ya ampun,lasak nya Allah je yang tahu..

Saya sendiri kadang2 sampai jadi tarzan dalam rumah ni..
tapi dia rilek je bila anak2 buat sepah atau
melompat2 atas dia time dia nak tidur.

Tu kat rumah..
kalau kat luar lagi la...
memang dia yang jaga anak..
Dulu masa Maisara dan Mikhail kecil
bila makan kat luar,dia akan suruh saya makan dulu..
makan kenyang2..semenatra tu dia la jaga anak..
saya dah kenyang baru la dia pulak makan..

Baik kan suami saya..
Benda2 macam ni kadang2 anak2 tak perasan..
contohnya macam yang dalam senarai ni..
ada…

OK LA DARI TAK DE...

Assalamualaikum...



Kesian kat laptop saya..dah uzur..usia nya dah masuk 5 tahun .
memang patut la dia uzur pun..dah jadi slow kalau kita buka..
Jadi mulai dari hari ni kena la guna komputer suami..Ok la.kan??
Tapi tu la bila guna barang orang ni tak berapa best..

Nak kena tukar mouse, mouse pad, keyboard,headphone..
semua nak guna yang sendiri punya.
hahahah...

Cakap pasal guna barang orang ni..
pernah tak alami perkara yang lebih kurang dengan apa yang saya citer kat atas ni.
Orang tu bagi je guna barang dia
tapi kita yang rasa tak selesa..Tak selesa bukan sebab malu
tapi sebab barang yang dia nak pinjam kan tu tak best.
tak menepati dengan apa yang selama ni kita suka.




Contohnya dia nak pinjam kan buku..
tapi buku tu..Mak aih..dengan koyak rabak..
dengan ada calit2 sambal la,minyak la.

Atau pun  dia nak pinjam kan kita helmet tapi
helmet macam jumpa tepi jalan..heheheh

Kalau korang la,korang ambik pinjam tak??

Nak buat cemana dah terpaksa..
Mujur ada dari tak de..kan??
Mungkin itu j…

RESEPI PAU SAMBAL SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...

Rasa kelakar pulak bila ingat kejadian
memasak pau sambal beberapa hari lepas..
Saya tak pernah buat pun pau sambal ni..
hari tu baca bloh Okje dia sebut pasal pau sambal.
petang tu jugak terus buat pau sambal untuk berbuka..

Elok dah goreng ,tiba2 je anak dara saya kata
dia tak makan kuih ni..
Ha!!sudah.ni siapa nak makan dan siap adunan sampai 10 biji..
Mujur la baru goreng 2,3 biji je..

Jadi kena la buat sesuatu supaya budak ni makan pau sambal yang saya buat.
Saya terus je ambik dohh tu buat bentuk tak berapa nak bulat..
siap tanduk la..senget benget dah serupa cucur udang.
terus goreng..wah!!makan pulak dia time berbuka tu..
sebab dia memang makan cucur udang..jadi dia ingat tu cucur udang la..
berjaya jugak buat dia makan pau sambal .
hahahah...

Nak tengok resepi pau sambal saya yang bertanduk tu?/hahahah...
ni dia..resepi pau sambal mudah dan sedap.


Ni la pau sambal saya yang sedap tu tapi bertanduk. hahahah
bahan-bahan(doh)

3 cawan tepung gandung
Yis (1 paket…

PERKHIDMATAN MEMASANG KARPET MASJID DAN PEJABAT

STICKY POST !!
Assalamuaalaikum...

D Strike Solution merupakan satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan memasang karpet di premis dan masjid-masjid.Kepuasan pelanggan adalah keutamaan D Strike Solution kerana itu mereka memberikan harga yang mengikut kemampuan pelanggan.

Dengan menyediakan berbagai jenis karpet mengikut kehendak pelanggan , D Strike Solution  juga mempunyai pakar pemasangan karpet yang terdiri dari 100% orang islam.Jadi anda tidak perlu was-was tentang tahap kebersihan dan sudah tentu urusan anda dijamin berlandaskan kejujuran.

Pilihan karpet yang terdiri dari corak-corak moden dan terkini malah berkualiti tapi dengan harga yang cukup menarik .

Pemasangan bukan sahaja boleh dilakukan di premis-premis dan masjid-masjid malah untuk rumah/kediaman juga, D Strike Solution sedia menawarkan khidmat nya.

Untuk mendapatkan perkhidmatan memasang karpet dari D Strike Solution sila hubungi :-

Alamat: 

PUTRAWALK
JALAN PP25
TAMAN PINGGIRAN PUTRA
43300 SERI KEMBANGAN
SELANGOR


TEL. …

MACAM MANA PUN KENA LA BERSYUKUR..

Assalamualaikum..



Bulan2 puasa ni kalau masak ,
tak banyak sikit mesti nak bagi kat jiran2 ..
kadang2 tu masak cekodok pisang je..
tapi mengenang kan jiran tetangga tu terus hantar sepinggan.
Tak kisah la orang nak kata  'ala ..cekodok je?"
yang penting kita ikhlas..kita bagi apa yang kita mampu..

Tapi tu la..
kadang2 mulut puaka manusia yang jenis tak bersyukur ni,
buat kita malas nak sedekah2 benda makan..
masak bihun sebungkus pulun laki bini habiskan satu kuali.
malas la nak hantar kat si anu-anu tu..
diaorang suka komplain itu ini..

Ha!pernah tak jumpa orang macam tu?
hantar je mee..
"suami akak tak makan mee goreng ni..
lagi2 kalau ada sawi.."

"anak-anak saya cuit sikit je mee yang akak bagi tu..
diaorang kata kurang garam.."

alah..terima je tanpa banyak bunyi tak boleh ke?
kalau tak sedap diam2 je la..
nak buang ke,nak bagi ayam makan ke..
tak payah la bagitau kat tuan punya mangkuk tingkat.
kecik hati dia tau..



Orang dah masak,hantar kat kita time …

GAMBAR JUBAH DAN DRESS YANG MURAH

Assalamualaikum...

Nak tengok jubah2 yang cantik dan murah..jemput ke Divalovafashion...
Menjual jubah dan dress yang cantik2 dan murah..
cakap banyak tak guna 
jom tengok gambar2 ni..











Aih..kalau nak di letak gambar mau sampai esok tak habis.. macam ni la..awak singgah je ke Divalovafashion.. ada beratus-ratus jubah dan dress muslimah yang boleh awak pilih.. harga pun murah..tak sampai seratus pun..
sekian..

BELI JUBAH DAN DRESS DENGAN HARGA MURAH..

Assalamualaikum..

Ha..boleh la beli banyak2..

"Buat apa beli banyak..siapa yang nak pakai banyak ni?."

Ish..akak nih..beli banyak bukan untuk kita pakai sorang..
boleh jual kat kawan2 sepejabat,
dengan jiran2.bagi kat sedara-mara..kan??
sebab tu beli banyak-banyak  ni memang murah..
Jimat duit kita tau..

jadi ,kat mana nak beli jubah banyak2 dengan harga murah??
Ha..ni dia..boleh try tengok2 risik2 dariAmy Syaquena.. Dia ada jual banyak jubah2 yang cantik dan dress yang memang
memukau.Murah pulak tu..macam tak percaya je bila tengok harga2 nya..







...dan banyak lagi.boleh dikatakan semua jubah dan dress dijual dengan  harga nya tak sampai seratus.

Selain tu juga Amy ada menjual beberapa produk kecantikan.
Biasa awak beli mahal2 tapi dengan Amy ni
barang yang dia jual saya jamin
awak akan suka dengan harga yang ditawarkan..

Nak beli??cari Amy lekas..
boleh add dia di facebook

Amy Syaquena

tel /whatsapp: 011 39142561

sekian...

HARGA JUBAH DAN DRESS YANG TAK SAMPAI RM100 .

Assalamualaikum,.....

Dah buat persiapan raya ke?
baju raya dah ada??
Kena pilih betul2 tau..
jangan sampai membazir..
Biar murah yang penting cantik dan selesa..

ha!!jumpa dah satu online shop yang jual jubah dan dress muslimah
Jom ke ke facebook Amy Syaquena
macam2 jenis jubah dan dress ada..
semuanya murah2..sopan dan cantik..
tak payah sampai nak ambik2 cuti nak pi shopping..



Beli kat sini untung sebab korang boleh
kongsi2 beli dengan kawan2..
lepas tu boleh dapat harga yang lebih murah.
Ada beratus2 pilihan jubah untuk kawan-kawan pilih..
rambang mata nak memilih ni..
rasa macam nak beli semua je..

Amy dah lama menjual barang2 kecantikan ni..
dah ramai yang jadi pelanggan tetap nya..
Jadi memang boleh dipercayai..
Kawan-kawan boleh dapatkan dress dan jubah yang
berkualiti,ada jenama dan gaya yang terkini.


Tak rugi beli dress dan jubah2 macam yang dijual nya ni..
sebab kawan2 boleh jugak pakai dress dan jubah2 ni
kat mana2 je disebabkan gabungan warna-warna yang terkini
buatkan ju…

SEGALANYA BERUBAH HANYA DALAM 3 MINGGU DENGAN EPHYRA SKIN BAR

Assalamualaikum....

Sebulan yang  lepas saya ditegur kakak saya tentang kulit wajah saya..Bukan jerawat tapi kulit saya nampak kusam dan kering.Rasa malu jugak la..Dia pun surirumah jugak tapi licin je muka..Saya pulak kulit nampak kusam dan kering.Sebenarnya kulit kering tu la yang jadi punca kenapa wajah kita nampak kusam kerana ada bahagian2 wajah kita jadi kering dan mengelupas.


Saya ambil keputusan untuk bebaskan kulit saya dari sebarang krim wajah dan hanya menggunakan Ephyra Skin Bar untuk pulihkan kembali kulit wajah saya.Awalnya saya ragu-ragu juga nak menggunakan ESB kerana mengikut pengalaman saya jika kita kerap mencuci wajah akan membuatkan wajah kita lebih cepat kering.


Tetapi saya silap .Sebenarnya Ephyra skin bar tak sama macam pencuci muka yang lain.Ianya lebih kepada memperbaiki kulit wajah kita.Dia seimbangkan supaya kulit wajah kita nampak bersih berseri.Pertama kali menggunakan ESB ni , dah terasa ianya lain dari yang lain.tekstur nye seperti gel tapi keras.Buihn…

GUMPALAN RAMBUT SEPANJANG 5 KAKI DITEMUI DALAM PERUT

Assalamualaikum...


Gumpalan rambut sepanjang 5 kaki berjaya dikeluarkan oleh pakar bedah di India dari perut seorang gadis .Kavita Kumari ,15 tahun yang berasal dari india.Kavita dikatakan ketagih makan rambut sejak setahun lalu  dan dia kerap makan rambutnya sendiri dan sesekali mengambil rambut rakan-rakan sekelasnya.

Kavita dikatakan mengalami sindrom yang dikenali sebagai sindrom Repunzel.Dimana pengidap akan menarik rambutnya sendiri dan menelan nya.

Ketika dibawa ke hospital Kavita dalam keadaan yang lemah,kurang zat dan dia tidak mampu berdiri sendiri.Dia juga dikatakan sudah hampir setahun tidak mampu untuk minum air.


Buat masa ini dia dalam keadaan stabil dan dia akan diberikan rawatan bantuan psikologi untuk mengatasi ketagihan nya pada rambut.

Rambut mempunyai sifat yang tidak boleh terurai apa lagi jika berada dalam sistem pencernaan manusia.Kerana itu sindrom Repunzel sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

sekian..

PEREMPUAN DAN VAPE

Assalamualaikum...



Seminggu yang lepas saya ada nampak gambar sorang
artis wanita yang menghisap vape.
saya pun baru tahu pasal menatang nama vape ni..
Tu pun tengok kat facebook , blogger Anarm
dok menunjuk2 vape dia...hahahh..



cerita pasal artis wanita tadi...
saya tak tahu pulak vape ni orang perempuan pun boleh
hisap sebab saya ingtkan  ianya untuk menggantikan rokok
pada lelaki2 yang nak tinggalkan tabiat merokok diaorang.
Tapi mungkin jugak artis wanita tadi
pun hisap vape untuk tujuan yang sama..
menghilangkan tabiat merokok ...

Cuma tak berapa elok la kalau wanita  hisap vape tapi
tayang2 kat orang..siap ambik gambar lepas tu upload kat media sosial.


Beberapa hari lepas pun saya ada tengok satu
gambar gadis berhijab yang hisap vape ni.
nampak kurang sopan la..
benda yang lelaki buat ,perempuan pun nak buat memang
nampak kurang sopan.walaupun benda tu tak salah..

Contoh macam ni la..
Orang perempuan ,kita kan suka bercakap macam "perempuan"
lembut nya,liuk lentoknya, …

BARU KAHWIN TAPI DAH MACAM 10 TAHUN KAHWIN

Assalamualaikum...

Cuti raya nanti ada dapat jemputan kahwin la..
Ada la 2,3 tempat.. Seronok la tu nak kawen tak lama je lagi..
mesti sekarang ni dah sibuk2 ke sana sini cari pelamin la,
cari katering dan yang penting sekali jurugambar.



Saya tengok kat facebook dah keluar
iklan2 jurugambar untuk perkahwinan ..
Sempat la jamu2 mata dengan aksi2 pengantin yang
nampak hampir2 nak sama macam pengantin barat nun.
Siap ada yang berdukung,
Bini panjat suami..suami dan isteri berlaga hidung..
memang romantik la tengok...
macam tak kekok je buat aksi2 tu sedangkan baru je kahwin..


Betul la orang kata perempuan sekarang dah kurang rasa malu..
tak tahu la benda ni bagus atau pun tidak..
tapi bagi saya kalau pun nak bergambar untuk kenangan di hari bahagia
rasanya baiklah kita tinggalkan kenangan yang baik..
yang tak kan dipertikaikan oleh orang dimasa depan kita,

Bayangkan kalau anak cucu kita tengok gambar kahwin kita
yang ada aksi berlaga hidung,bergesel pipi,
hang  panjat aku,aku panjat hang…

UNIT VISITOR WWW.DIANARASHID.COM SEMENJAK RAMADHAN

Assalamualaikum...

Sejak masuk Ramadhan ni saya macam dah tak sempat n ak blogwalking macam biasa..kalau saya dapat blogwalking ke 3,4 puluh blog sehari pun dah cukup baik..Sejak ramadhan rasanya saya sempat ke 10-20 blog je sehari.Line internet kat sini macam ada masalah je..Slow sangat.tak pernah2 slow macam ni sekali..

Mujur la Uv tak jatuh pun..Ada peningkatan jugak la..


 Terima kasih pada yang selalu singgah walau entry tak berapa nak best..hahah
kalau ada siap2 berminat nak review sila PM saya ye..
cara nak hubungi tengok kat sidebar atas sekali,.harga boleh bincang..ikut kemampuan awak la.

sekian..


TEMPAHAN SERUNDING - MURAH DAN DIJAMIN SEDAP

Assalamualaikum...

Saya pernah buat serunding..susah betul..nak kena sentiasa kacau..serik dah nak buat..hahhah.
Nak buat sendiri bukan senang.Nak senang beli je denganAlia Haryanie..
Dah tentu2 sedap sebab dia memang berpengalaman dalam menghasil kan serunding yang sedap..

  tempah serunding Alia Haryanieyang sedap dan murah:-




serunding daging tempatan 250 gram rm 18,
serunding ayam 250 gram rm 18,
serunding ikan 250 gram rm 12,

selain dari serunding  Ada juga kuih2 yang dibuat menggunakan serunding..:-



mini karipap rm 32 sekilo,
mini popia rm 32 sekilo

Serunding daging dan ayam bukan saja sesuai di makan dengan ketupat dan nasik impit di Hari Raya , malah kalau nak mkan dengan nasi putih panas2 pun boleh.Nak makan dengan roti pun sedap .Boleh dikatakan serunding ni memang sepatutnya kena ada kat setiap rumah..malas nak masak makan je nasik dengan serunding .Pun sedap dan menyelerakan..tahan lama pulak tu..

Untuk dapatkan serunding Alia Haryanie boleh hubungi :- 

Pembekal serunding daging a…

ORANG KAYA TAPI KEDEKUT

Assalamualaikum...



Semalam saya terbaca tentang seorang pengasas produk kecantikan ni yang dikatakan sangat kedekut dan berkira.Kalau bayar kat model2 yang buat iklan produk dia setakat rm50 je..tak setimpal dengan kerja




Tapi kalau tengok dari cara dia yang ramah mesra tu tak percaya pulak dia macam tu maklum la zaman sekarang baca boleh percaya jangan..takut jadi fitnah..Bulan2 puasa ni pun kalau datang hasad dengki tolak tepi puasa tak puasa..Asal kan puas hati dapat buruk2 kan orang.

Ada orang kata memang orang kaya sangat kedekut. mereka tak kan senang2 keluarkan wang kalau tidak ada kepentingan untuk diri mereka sendiri.Tapi saya rasa tak semua la macam tu..Ada jugak yang ikhlas memberi dan bayar setimpal dengan kerja.betul tak??Sorang orang kaya buat perangai tak kan nak cop semuanya perangai macam tu..tak patut...




Sejak saya terima bayaran untuk iklan kan produk dan servis di blog saya ni ada la beberapa kali jugak saya berdepan dengan orang macam ni.salah satu nya ,Kalau saya …