Skip to main content

TAK BALIK RUMAH MAK,ISTERI JUGAK YANG KENA

Assalamualaikum...

Saya sendiri pun pernah cop orang macam tu...

"dia tu  jarang balik rumah mak dia..mesti bini tak bagi..."

"mesti bini dia yang tak nak balik.."

hahahah..jahat betul mulut..kan?
Tapi tu dulu la..masa belum kawen..
suka hati je nak cop2 orang..kan??
Bila dah kawen baru tau alam rumahtangga ni macam mana..




Ada kawan saya bagi tau dia selalu ajak suami dia
balik jenguk mak mertua (mak suami) kat kampung
tapi suami dia asyik bagi alasan je..
malam nak main futsal la, nak pi jumpa kawan la..
badan tak larat la..tak de duit la...
(bila balik dah tentu nak kena hulur2 dan
duit kecemasan takut apa2 jadi dalam perjalanan..)

Kampung suaminya jauh jugak..di Perlis ..
Dia dan suami pulak tinggal di Grik
tapi apa salahnya kalau balik 2 bulan sekali..
cuma suami tu lebih suka balik bila ada hal penting saja..
kenduri kawen ke, raya ke, saudara sakit ke...


Dia cuma risau kalau2 ada ipar duai
yang tak suka dengan keadaan macam tu..
takut kalau2 ada yang kata dia hasut suami supaya jangan balik.
sebab dah ada bunyi2 macam tu yang dia dengar masa
balik ke Perlis baru2 ni..

Bila saya dengar masalah dia tu rasa kesian pulak..
tak sangka pulak bila kita sebagai orang luar
yang tak tahu apa berlaku dalam rumah mereka
boleh sewenang-wenangnya tuduh yang bukan2..
dan benda tu boleh menjejaskan hubungan antara si isteri dengan mertuanya..

Lain la kalau memang terang2 dia bagitau kita..

"saya memang tak bagi suami balik kampung dia kerap2.."

menantu hantu namanya nih..hehehe


sekian...

Comments

  1. memang macam-macam cerita, tetapi moral of the story jangan buat andaian sendiri...betul tak? setiap orang ada masalah mereka yang tersendiri...

    ReplyDelete
  2. isk....MIL duduk ngn sya,so,xdelah nak gaduh² balik belah mana pun..hehehe...

    ReplyDelete
  3. nani pun dulu pernah jugak cop cop orang gitu. :(

    ReplyDelete
  4. Mentaliti..dan hati..sukar kita nak menjangka situasi orang lain..

    ReplyDelete
  5. Iya la.. Jgn suka menuduh. Titik.

    ReplyDelete
  6. eda dah nak masok 9 tahun raya ni nak raye kat umah mil.. harap tak de la suara2 sumbang menuduh yang bukan2..

    ReplyDelete
  7. mcm suami kakak sy mcm tu jugak..dia x suka blk kg dia.hehe...pelik kan? pdhl mak dia masih ada lagi..taun ni turn raya belah dia, siap dia plak gtau kite blk 2hari je..Haha.lucu kan? si kakak sy ni risau jugak kang dikata queen kontrol, pdhl si suami sendiri yg xnak.

    ReplyDelete
  8. saya jenis suami ajak balik kampung saya atau rumah mak bapak dia ikut jer.. kalau lama tak balik tu bukan saya la tak bagi balik. selalunya asben bz.. biasa la manusia. Yang buruk tu semua dari perempuan.. apa2 kes pun mesti perempuan je lebih di kecam berbanding lelaki

    ReplyDelete
  9. Culture dah bgitu... cepat ja nak fikir bukan....

    ReplyDelete
  10. Baik jaga hal rumah tangga sendiri dari menyibuk buat andaian kan...kalah salah kita yg dosakan...tapi mmg ramai la mcm ni diana...tak dinafikan...byk betul masa nak judge org..

    ReplyDelete
  11. Singgah pagi...
    biasa la tuh..mulut org..
    suka buat andaian sendiri..

    ReplyDelete
  12. penah jgk buat andaian mcm tu, tp bile dh ade family sendiri ni br paham situasi..nasib baik la umah sy ngan mertua dekat je..

    ReplyDelete
  13. Mereka yg salah sangka akan tanggunglah dosa. Yg kena umpat dpt pahala tak rugi sebab malaikat ada mencatat. Cuma kita ni manusia kan sedih bila ini yg terjadi.. kesian kawan Dee tu..

    ReplyDelete
  14. aku pulak terbalik, kalau boleh tiap mggu nak balik umah mentua, haha

    siap aku yg ngajak suami balik umah mak dia

    ReplyDelete
  15. banyak orang banyak ragamnye kan

    ReplyDelete
  16. MASALAH ORG KITA XTAU..FIKIR YG BAIK2 SAJA ELOKNYA.

    ReplyDelete
  17. Baguslah kalau bini rajin mengigatkan suami. Tp lumrahkan....manusia, kalau suami tak balik kg jer dikatanya bini menghasut hihi....kang hasut betul betul baru tau haha

    ReplyDelete
  18. selalunye gitu la .. tp mil ai tau cam ne perangai anak die ... hehehe

    ReplyDelete
  19. Saya memang tak bagi suami saya balik rumah maknya. Jauh! Lagipun saya tak banyak cuti lepas tolak cuti untuk suami dan anak-anak. Kalau balik sorang, saya pulak merindu separuh nak demam! Makanya okeylah mak mertua den datang setahun sekali. Kalau ada urusan penting nanti kita baliklah anak beranak! Hehehe....

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …