SAYA TIDAK IZIN MEREKA MELACURKAN SENI - OGY AHMAD DAUD

Assalamualaikum...


Susah jugak jadi juri ni..kan??
kritik je peserta yang ramai peminat memang kena hentam la..
Itu la yang dilalui oleh kak Ogy kita ni..
macam2 orang dok marah kat dia gara-gara komen2 pedas beliau dalam rancangan Bintang Mencari Bintang Yang berlangsung di TV3 malam tadi..

Tapi memang betul apa yang dia komen tu..
dan setiap komen dia tu sebenarnya untuk mendidik peserta2 Bintang Bersama Bintang tu
supaya buat lebih baik lagi di minggu2 akan datang..
baru la lawak2 tu akan lebih berkualiti.tak de la sampai sudah kita asyik dengar lawak basi je..kan??




Tertarik dengan penjelasan kak Ogy di laman IG dia..

"saya tidak mengizinkan peserta2 itu melacurkan seni..
melawak pun seni..."



Nampak tak??peserta2 tu dibayar oleh tv3 tau..
dah la dibayar lepas tu dapat hadiah kalau undi dari penonton tinggi..
kalau persembahan nya sambil lewa saja nampak sangat
diaorang ambik kesempatan saja nak raih undi kita..
sebab tu tak boleh undi kalau setakat dia popular..
kena tengok gaya persembahan diaorang jugak..
jadilah pengundi yang bijak..hehehh
kalau setakat lawak yang buat kita gelak tak lepas je ,
baik tak payah undi la...membazir je..

Antara peserta yang persembahan nya hambar.
tak best langsung...


Kumpulan Chilok..
pun gagal buat saya ketawa..


Juara mingguan..Bocey...
persembahan mereka juga dikritik juri Ogy Ahmad Daud
walaupun mendapat sorakan kuat dari penonton...

Nak buat apa marah kat kak Ogy..?
itu kan kerja dia..kalau dia tak bagus dah tentu TV3 jemput orang lain jadi Juri..
tak best jugak kalau juri asyik puji saja padahal lawak hancur dan suram..
penonton gelak pun sebab terpaksa..nak macam tu??
sekurang2 nya bila ada juri macam kak Ogy ni peserta2 tu tak la sambil lewa je...

sekian...




SAYA TIDAK IZIN MEREKA MELACURKAN SENI - OGY AHMAD DAUD SAYA TIDAK IZIN MEREKA MELACURKAN SENI - OGY AHMAD DAUD Reviewed by Diana Rashid on May 11, 2015 Rating: 5

12 comments:

  1. dah lama nani tak tengok rancangan ni

    ReplyDelete
  2. alaaa... biasa lah, tegur salah, tak tegur salah, tegur/ marah org kata memalukan, tegur lembut kang orang kata tak bertulang, baik xyah tegur la, makan gaji buta la hapela... so... abaikan... hahahaha

    ReplyDelete
  3. Pandang dan ambil dari sudut yang positif..

    ReplyDelete
  4. Tgk pun sbb smlm makan kat luar..xd satu pun yg best..huhuhu

    ReplyDelete
  5. kak ogy mmg outspoken.. suka.. kalau takut malu.. tak tahan tebal muka, carikla kerja lain. hahahaha

    ReplyDelete
  6. sy tertgk cite ni m;lm td.serius ckp sikit pn sy x ketawa. tp komen ogy mmg ada bnr nyer... nk tggu ada penyingkiran br laa nk buat keje betul2

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tengok rancangan tu sebab anak-anak tak minat, depa akan tukar channel lain bila tiba rancangan tu. Kata depa rancangan tu cuma sesuai utk pakcik-pakcik dan makcik-makcik yg tak ada kerja, hehehehe...

    ReplyDelete
  8. Aku tengook jugak program ni sebab ada artis jemputan,
    berdasarkan pemerhatian aku..memang patut kena marah pun.

    ReplyDelete
  9. Susah jadi juri ni sebenarnya. Bila pendapat juri tak sama dengan kehendak penonton, memang teruklah kena hamun. Kalau diambil jadi juri tapi dok puji aje takda tegur kelemahan pun takda faedah juga. Lebih baik jadi penonton merangkap juri tak dibayar.

    Eh, saya tak tengok rancangan ni sebenarnya sebab saya tak larat nak tatap wajah pengasas Qu Puteh. Saya dah cukup putih untuk diputihkan. Hahaha!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.