Skip to main content

SAJA NAK BAGI ORANG KELANTAN MARAH

Assalamualaikum...




Memang ada orang yang bukan orang kelantan,
cukup anti dengan  orang kelantan.
kalau bab2 jodoh ni memang tak mau langsung orang kelantan..
lelaki kelantan tak de dalam senarai..
kawan dengan orang kelantan pun tak mau..
kalau kawan serumah tu orang kelantan ,tegur pun tak mau..
memang ada orang  macam ni tau...


Tapi dalam kes wartawan kosmo ni saya tak tahu la kenapa.
Apa sebab bila berita tentang kelantan terus kena highlight kan KELANTAN tu.
Kenapa kalau kejadian melibatkan lelaki perak tak pulak
dia tulis "LELAKI PERAK DITAHAN EDAR DADAH"..
atau pun "WANITA DI SAMUN LELAKI PULAU PINANG."






Wartawan di Kosmo yang yang menulis ketiga2 berita ni..
jangan sampai kosmo di boikot dikelantan pulak lepas ni.hehehe.
kesian rakan kerja yang lain nak cari makan.

sekian..




Comments

  1. nampak sgt wartawan yang tulis ni..anti giler dgn Kelantan..dulu Fida pun anti kelantan..last2 kawin gak dgn org Kelantan.hahaha

    ReplyDelete
  2. Anti kelantan la tu kot....atau pun saje nk lakukan sorat kabau

    ReplyDelete
  3. Penulis tu anti Kelantan agaknya..
    Tu yang semua berita pasal Kelantan di highlight nya..

    ReplyDelete
  4. wartawan x suka kelantan la tu

    ReplyDelete
  5. jangan anti sgt..kan tak pasal2 jadi warganegeri kelantan..hihi
    Lagi parah..haha

    ReplyDelete
  6. hahaha nanti johor pulak :p

    ReplyDelete
  7. MEmang.... ramai sangat oang yang anti kelantan, even orang kelantan sendiri muahahaha... tapi saya sayang kelantan. btw, orang melayu kita adalah antara yang paling suka semagnat kenegerian dan berpuak2.. believe it or not.

    ReplyDelete
  8. hmm...saja nak bangkitkan sentimen kenegerian ni..nti sure jadi isu :)..tapi seriously akk pun tak suka tajuk mcm ni..no need to mention negeri kot..bukan sbb akk org Kelantan (apapun akak bangga jd ore Klate ;)..tapi sbb buruk baik manusia ats diri masing2 bukannya dr mana aslnya

    ReplyDelete
  9. Boleh pulak begitu... Tak elok la highlight negeri macam tu..

    ReplyDelete
  10. words kelantan tu tak perlu ada kot...

    ReplyDelete
  11. saje jer tu nak lakukan surat kabar dorang...

    ReplyDelete
  12. mungkin ramai di kalangan pembaca kosmo org kelantan. trick nak laku paper..hihi

    tp mesti org kelantan rasa bengang bila wartawan kaitkan nama kelantan.. ada terbaca kat facebook tadi ada sesetengahnya x puas hati paper kaitkan nama negeri diorg..

    ReplyDelete
  13. Pada kakaklah sebab islam lebih terderlah di kelantan. Jadi silap diki je semua nampak. Walhal tempat lain lagi dahsyat tak pulak diwar-warkan.

    ReplyDelete
  14. Sajank wat isu..sbb klntn kn buat hudud...

    ReplyDelete
  15. Mesti wartawan ni ada sejarah silam dgn orang Kelantan ni. Mungkin dia pernah frust bercinta dengan orang Kelantan kot? Tapi yg herannya dlm syarikat akhbar selain dari wartawan ada penyunting, mengapa penyunting setuju dengan tajuk tu? Atau wartawan tulis lain tapi penyunting yg anti-Kelantan pinda jadi lain??

    ReplyDelete
  16. Ni dah kira anti negeri kalau buat entri macam ni kan? Tak professional la.

    ReplyDelete
  17. ni namenye wartawan xde etika...

    ReplyDelete
  18. nak komen jugak lah...errrr no komen la..hehehe jgn marah diana

    ReplyDelete
  19. kalau blog,nak cari trafik..kalau sok kabo..tak taulah nak kata..sakit hati ngan org klate kot..kikiii

    ReplyDelete
  20. boleh pulak!
    kita kan satu malaysia..lg pun xyah la umum sgt cmtu..ape daaa..

    ReplyDelete
  21. macam biasa paper yang suka kontroversi

    ReplyDelete
  22. ermmm...saja je tu...cam anti kelantan pulak

    ReplyDelete
  23. salam. hee penah sy dulu nk sewa rumah smpi tuan umah tanye berkali2 xnak bagi sewa kalo dtg dr negeri pantai timur tuu, dh serik katanya., huhu2 *citer benar belaka

    ReplyDelete
  24. ayu adalah salah sorang anti kelantan tau
    tapi tu dulu
    sekarang ayu bangga jadii isteri org kelantan tauu
    aishh mmg kene boilot kosmo nie
    melampau sangat

    ReplyDelete
  25. Dia tak pandai Geografi ni. Wartawan ni mungkin terfikir dalam Malaysia ni cuma ada negeri Kelantan jerk. Tak pun dia fikir Kelantan ni negara kot sebab itu kena mention nama negara kalau sumber berita dari sana. Hahaha!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …