Skip to main content

RESEPI NASI LEMAK RINGKAS , MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum.....


 Nampak sedap kan????


kena  la puji masakan sendiri...
boleh bangga2 dan meriak..hahahhah..

Bukan semua orang suka Nasi Lemak..
saya la tu...sebab tu saya jarang masak Nasi lemak walaupun ini antara 
hidangan yang paling mudah nak di sedia kan..
tapi atas permintaan anak tersayang maka semalam saya pun masak la nasi lemak..
Lauk nya cuma  ikan bilis, telur goreng dan ayam goreng untuk anak2 
sebab Maisara dan Mikhail bukan gemar sangat telur goreng dan ikan bilis..

Nak belajar buat Nasi lemak yang mudah dan sedap ni??
meh kita tengok bahan2 dan cara membuat nasi lemak ringkas dan sedap .

bahan-bahan cara masak Nasi.

2 cawan beras(bersihkan dan tos)
1 cawan santan pekat di campur dengan 1 setengah cawan air
sebab saya pakai santan kotak je.. :p
1 sudu kecil garam 
serai di titik
2 biji bawang merah yang dah di goreng
2 ulas bawang putih 
1 inci halia
1 sudu marjerin
Kalau suka boleh bubuh daun pandan(saya tak bubuh sebab tak suka baunya..)

Masuk kan kesemua bahan2 diatas kat dalam periuk dan masak la macam masak nasik tu ye..
paling senang masuk kan je dalam periuk elektrik.
Bila nasik dah masak jangan lupa kacau2 sikit ye...

bahan dan cara buat sambal

5 ulas bawang merah*
5 ulang bawang putih*
10 tangkai cili kering,*
1 biji bawang besar*
belacan 1 inci *
2 sudu gula 
2 sudu sos cili
1sudu kecil garam
5 sudu besar minyak masak

Kisar semua bahan2 yang bertanda *
panas kan  5 sudu besar minyak masak dan tumis bahan2 yang dah di kisar.
masuk kan gula 2 sudu besar dan 1 sudu garam.
bubuh air sikit supaya tak hangus sambal tu..
masak sampai la sambal tu berubah warna dan naik minyak nya..
dah siap..

lepas tu boleh la goreng ikan bilis ke,ayam goreng ke, 
udang ke...
jangan lupa timun dan kacang goreng ye..
tapi saya tak sediakan pun kacang dan timun tu..
tak de siapa nak makan..
saya tak suka makan kacang dengan nasi..hehhhe...

selamat mencuba..




Sekian?


Comments

  1. sedapnya nasi lemak. makan dengan ayam goreng celup tepung lagi terangkat. hihi

    ReplyDelete
  2. ntah kenapa sampai sekarang failed sangat kalau masak nasi lemak.. nasi jadi melekat2.. kita suka makan yang jenis sebijik2 macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk tak bgi melekat petua orang tua2 suh letak 1sudu minyak masak

      Delete
    2. Petua kne letak 1sudu minyak masak

      Delete
  3. Mkn dgn ayam goreng pun sdp

    ReplyDelete
  4. sama lah saya pun tak letak kacang kalau masak kat rumah sbb hsband x suka kacang

    ReplyDelete
  5. wahh.. tetiba rasa nak masak nasi lemak.. ^^

    ReplyDelete
  6. senang guna santan kotak... tak yah nak sukat-sukat bagai kan..

    ReplyDelete
  7. santan kotak mudah..saya suka bau daun pandan

    ReplyDelete
  8. sedapnyaaaaa.....
    aku pun suka guna santan kotak je...sangat mudah!
    ooo, ko tak suka daun pandan ye...aku pulak sukaaaaa...wangi sangattt..

    ReplyDelete
  9. lama gak tak buat nasi lemak ni..sejak² husband dah tak sama cuti ni..

    ReplyDelete
  10. sy kalu mkn nasi lemak wajib ada telur mata ;-)

    ReplyDelete
  11. Sedap betul...

    ReplyDelete
  12. Feveret anak2 saya ni...semgu sekali mesti buat nasi lemak utk diaorg

    ReplyDelete
  13. Senang ke susah tetap nasi lemak dgn bangsa kita tak boleh dipisahkan. Kakak tengok gambar pun dah teringin. Lama kakak tak masak sebab kalau nak biasa kakak beli aje Dee. Org malas hihi...

    ReplyDelete
  14. ooo tak ringkastu sebab akak punya nasi lemak lagiler ringkas.. x buh pun bawang2tu... anak2 tak suka.. marjerin untuk bagi sedap lagi yerk.. boleh cuba tu.

    ReplyDelete
  15. Sedapnya nasi lemak. Dah lama tak buat nasi lemak.

    ReplyDelete
  16. Makan nasi lemak biasalah tapi buat nasi lemak sendiri rasanya macam dah lama tak buat ^_^

    Walaupun simple memang nampak terliur, Diana. Saya suka makan nasi lemak dengan ikan bilis goreng rangup dan telur goreng tapi kalau membeli memang jarang-jarang jumpa ikan bilis goreng yang sedap. Ikan bilis pun kadang-kadang tak ada!

    ReplyDelete
  17. As salam sis ..nk tye sukatan beras sy. 2 cawan beras 4 air .. + 1cawan santan pekat bersama 1 1/2 cawan air
    mksudnya air 5 1/2 cawan air ye ?

    ReplyDelete
  18. As salam sis ..nk tye sukatan beras sy. 2 cawan beras 4 air .. + 1cawan santan pekat bersama 1 1/2 cawan air
    mksudnya air 5 1/2 cawan air ye ?

    ReplyDelete
  19. kalau guna beras basmathi, nak nasi sebiji-sebiji cantik, better kukus nasi lemak tu, sukatannya kalau 1 pot beras, maka airnya pun 1 pot... so, saya 2 pot beras, 1 pot santan, 1 pot air...
    campur semua bahan atas dalam satu bekas, letak dalam pengukus kira-kira 40-50 minit... gerenti sedap

    ReplyDelete
  20. tambahan, basmathi kalau nak sedap beras lagi panjang, rendam dulu beras tu dalam air biasa... dalam sejam... pastu tos... :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …