Skip to main content

RESEPI IKAN MASAK ASAM YANG SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum....

Memula dulu tengok kak Zakie masak kuah asam ni  terliur  je..
tahan je lagi...
malas nak masak punya pasal...
lepas tu tengok pulak Mummydearie masak kuah ni terus rasa
tak tahan2 dah..kena buat jugak la nampak nya..
petang tu terus ke dapur dan siap lah ikan masak asam yang mudah dan sedap ni..
memang mudah masak nya tak de guna bahan banyak pun..
apa yang ada campak kan je..



saya guna ikan kerisi sebab 
kat rumah ni ikan ni dengan ikan tenggiri  je yang depa makan..
ikan lain , saya sorang je la yang hadap..

Meh la kita tengok resepi nya ye adik2..

1 ekor ikan kerisi (di goreng)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji bawang merah
kunyit hidup 
1 batang serai
1 tangkai daun ketumbar
air asam jawa

3/ 4 biji Cili -di potong..saya tak potong sebab saya suka gigit cili
lagipun anak tak mau pedas cili.

2 sudu minyak 
garam
tomato (saya tak bubuh sebab anak kata jangan bubuh :p)

cara-caranya...

Bawang putih,halia,bawang merah,kunyit hidup di tumbuk.tapi saya hiris2 je.
kalau tumbuk lagi bagus sebab anak2 tak nampak semua tu jadi depa telan ja..hahhah
saya ni malas nak angkat lesung batu..saya sayang lemak saya nih..ahahahah..

kemudian tumis bahan2 tu..masuk kan serai yang dah di titik.

lepas tu masuk kan daun ketumbar yang dah dihiris2..
daun ketumbar ni tak payah bubuh pun tak pe..
saya suka bau nya sebab tu saya letak..

 masuk kan air asam jawa.masuk kan cili.
letak tomato kalau nak.masuk air sikit kalau macam pekat je..tunggu mendidih..

letak garam secukup rasa dan kemudian masuk kan ikan..

dah siap..

sedap tau walaupun simple je..mesti bertambah2 nasik kalau ada masak asam ni kat meja makan.
selamat mencuba..

sekian..

Comments

  1. time kasih atas perkongsian resipi..

    ReplyDelete
  2. sedapnye kak..
    ni mkn ngan nasik panas2 pun dh ckp ni..

    ReplyDelete
  3. ni lauk fav kite ni ... mmg rajin buat sejak dr zaman remaja ni .. hehhe lauk org utara ni ...


    lg sedap klu letak byk bawang besar dan cili api ..hmmm

    ReplyDelete
  4. Suka makan masak asam ni. Best..

    ReplyDelete
  5. sedap je nampak gayanya tu . saya ni dah la kurang mkan ikan . huhuu

    ReplyDelete
  6. belum pernah masak macam ni lagi..nampak sedap je..boleh cuba

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan.. Mak sy suka la buat mskn ni dulu.

    ReplyDelete
  8. lebih kurang macam masak acar ikan kan DR, enak juga sesekali tukar2 selera.

    ReplyDelete
  9. Memang terbukti sedapkan, Diana. Tak rugi mencuba. Saya pun tengah berkira-kira nak buat lagi. Lauk paling mudah nak masak bila balik kerja katanya.

    Samalah macam kat rumah saya. Kena tengok ikan apa. Kalau tidak, kita jerk yang syok sendiri makan sorang-sorang sambil mengenang nasib tak payah share rezeki! Hahaha!

    ReplyDelete
  10. tqtq,,,,nk try..asik2 masak ikan sambal, taucu, ikan bakar,,,x penah mkn lg resipi giini..klu xde daun ketumbar...xpe ke??,,ke sbgai bau shj??

    ReplyDelete
  11. Cari resepi ni dan jumpa blog akak. Hihi.. nak try untuk berbuka japg. Terima kasih!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …