Skip to main content

PANGGILAN MANJA..LAGI UNIK, LAGI DIA SUKA..

Assalamualaikum...

Malam tadi kami ke pasaraya dekat dengan rumah ni..
nak beli jam tangan Maisara
tiba2 je berhenti tak mau bergerak..
ingat nak tukar bateri rupanya dah rosak..
maka beli je la jam baru untuk dia..

Masa pilih2 barang lain tu
ada pasangan suami isteri ke pasangan kekasih ke..
entah la..
saya dengar si lelaki panggil pasangan nya tu
"acam"



nak tergelak pun ada..
"Acam " mungkin singkatan untuk "masam.".
atau boleh jadi jugak untuk "mengancam"..
atau pun mungkin jugak untuk "kau ni macam2 ye..."

Hahahha
orang perempuan ni memang macam tu..kan??
lagi unik gelaran yang kekasih tu bagi
lagi dia suka..

Suami awak panggil awak apa??

Sekian..


Comments

  1. kah kah kah ..... ketiak masham ke ape yg masham ni hehehheh

    ReplyDelete
  2. Akk pggl hubs abg...hubs pggl azrine...ngeee

    ReplyDelete
  3. hahaha.. used to use it before... ^_^

    ReplyDelete
  4. ha ha ha... suami saya panggil saya sayang...

    ReplyDelete
  5. sangat unik panggilan ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Achin ...... singkatan bagi bacin haha.....Tak kuasa tau !! Ha suami makcik panggil makcik apa pulak ?hihi

    ReplyDelete
  7. nama penuh dia shamsiah kot hahaha pggl acam

    ReplyDelete
  8. acam??
    hahaha..manja la tu konon..
    klu sy mau mengamok org pggl masam
    haha

    ReplyDelete
  9. hahahaha pacar saya panggil honey sama saya :p

    ReplyDelete
  10. Hahahhaha.... suami.ekin pggl sayang jah...

    ReplyDelete
  11. kalau saya, cukuplah bakal suami panggil dgn nama..hahaha

    ReplyDelete
  12. nak tersembur haaa.. hahahaha... kalau zizie.. hurmmm.. xkisah la asalkan bukan yang pelik2.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Ada yg panggil Bucuk pun ada... Terpulang kpd individu kn.. Asalkan bahgia..

    ReplyDelete
  14. tulah kan jiwa diorang..tapi saya tak suka suami saya panggil saya bukan2..
    kalau panggil cantik ke comel ke baru saya pandang,,,hehehe
    macam Rasulullah panggil Aisyah, Ya Humaira..kan sedap tu

    ReplyDelete
  15. Kalau panggilan spesial, sememangnya si dia special untuk seseorang itu sahaja

    Tapi kalau panggil
    egg oo egg...

    ReplyDelete
  16. hehehe..panggil yang je..ataupun abg...heheh

    ReplyDelete
  17. acam? biasa dengar ucuk je..hihihi

    ReplyDelete
  18. Ish, tak romantik langsung panggil pasangan 'acam' apatah lagi kalau itu memang merujuk kepada 'masam'. Apa yang masamnya? Spesies kuat merajuk kot, jenis masam-masam muka selalu ni.

    Anak-anak kita suruh Daddynya panggil Mommynya 'honey' tapi tak terucap lidah nak menyebutnya. Hahaha!

    ReplyDelete
  19. Aku nk suami panggil aku "Sayang"...tp espon suami negatif...aku sedih Sgt...bila suami panggil sayang...aku rasa happy Sgt...

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …