Skip to main content

MAKNANYA BETUL LA ADA KES CULIK BUDAK-BUDAK UNTUK DIJADIKAN PENGEMIS

Assalamualaikum...



Ingat tak beberapa bulan lalu ada kenyataan keluar dari ketua polis negara kata
rakyat diminta jangan panik dengan cerita2 penculikan kanak-kanak
yang dijadikan pengemis kat dalam negara ni.
masa tu walau  dia kata jangan panik pun
hati mak ayah tetap berkata2 jugak suruh berhati2
walau disangkal oleh pihak berkuasa..

Pelik kan??

Sepatutnya Kita disuruh berhati2..
ni tidak..dia kata jangan risau pulak..
ish ish..patut la orang asyik pertikaikan kredibiliti pihak berkuasa sekarang ni..kan??

Tup2 semalam keluar berita kata ada budak yang hilang disebuah masjid
di kota Bahru  telah ditemui oleh orang awam sedang meminta sedekah di KB Mall.



 nampak????
lagi nak suruh kita jangan risau ke??
walaupun kejadian tu tak berlaku di negeri kita
patut kah kita tak panik??

tu yang berjaya jumpa..
yang tak jumpa2 tu cemana la nasib nya kan??

Bertambah risau sebab budak ni hilang dalam masjid.
dalam masjid pun penyangak ni boleh buat kerja.

Pada semua ibu bapa tu jaga la baik2 anak kita..
bukan yang umur 2,3 tahun tu je patut di jaga..
yang dah besar ,paham apa kita cakap tu pun kena di pantau..
yang besar2 tu lagi senang orang culik nak suruh buat kerja macam2..

Bila keluar dengan anak2 jangan la asyik tengok enpon je..
simpan enpon tu dalam beg..dah balik rumah nanti belek la puas2.
kalau rasa tak boleh nak tinggal tabiat asyik2 tengok enpon tu,
jangan la bawak anak2 keluar..
tahan je dok dalam rumah diam2..


sekian..

Comments

  1. Rakyat Malaysia selalu dimomokkan dgn kata-kata semuanya baik belaka Dee. Bila dah depan mata terpapar hal sebenar pun akan dikata kes terpencil. Hakikatnya kita semua kena alert dan tak leka walau apa pun pihak atasan katakan. Macam juga GST ni kata tak membebankan rakyat, cubalah lihat hakikat sebenarnya..

    ReplyDelete
  2. mntk di jauhkn jdi kt anak2 kita...parents kna hati2 la kn lepas ni

    ReplyDelete
  3. Memang kena hati2 sekarang ini.. Pada saya biarlah x bawa sangat anak berjalan.. Risau.. Kalau kat Manjung, Perak sekarang ni memang tgh hangat cerita cubaan mencuil oleh perempuan warga asing menggunakan pukau.. Jadi ibu bapa memang kena hati-hati...

    ReplyDelete
  4. KAK TENGOK DRAMA RTM BARU NI BOLEH ADA BABAK ANAKSEKOLAH YG KECIL MERAYAU DALAM BANDARAYA BERSEORANGAN MENCARI IBUNYA YG BERIKAN HADIAH MENARA DAYABUMI KPDNYA...JIKALAU ANAK2 SEKOLAH MENONTON DRAMA TENTU MRK INGATKAN TIDAK MERBAHAYA BERADA DIMANA SAJA TANPA PENGAWASAN PENJAGA...DI BANDAR NI NAK HIDUP TANPA MASALAH MMG PERLU SGT HATI2 LBH2 LAGI ANAK2 KECIL YG PERLU DIPERHATI.

    ReplyDelete
  5. Walaupun tak terjadi dalam negeri yg lain tapi masih berlaku didalam negara kita ni Diana, yg sangat dikatakan aman damai.. akak pun nak suruh anak buang sampah kat depan rumah pun takut.. kalau balik kerja tu cepat2 kunci rumah.. sebab jiran selang beberapa rumah akak ni turun dari kereta utk masuk dirumah pun kena ragut oleh lelaki bermotor. Pada hal dah sampai depan rumah, pun masih tak selamat.. Ohh Malaysia tercinta ..

    ReplyDelete
  6. Itu kes menculik di luar rumah. Tahun lepas ada satu kes di Malaysia (tak ingat di mana), ada seorang gadis sunti dicolek ketika sedang tidur dalam bilik bersama ibunya. Dalam bilik pun orang boleh masuk untuk curi anak kita! Tapi itulah realitinya Malaysia, jenayah berlambak, tembak guna pistol setiap minggu ada, mungkin polis sibuk dengan kerja lain..

    ReplyDelete
  7. Aduh kesianya, kejam owhh diorg ni kan

    ReplyDelete
  8. Mujur budak ni pandai ckp yg dia dipaksa mengemis. Blh juga org tu bantu hantar dia pulang

    ReplyDelete
  9. tu la dia ....
    sbb tu aku jarang sgt nk lepas anak aku leuar ...selain dengan aku dan suami even mak sedara diorg pun aku tak bg kadang tu ....
    aku mmg cukup risau .. takut sgt la ....

    nasib baik la jumpa balik ...dan tak sempat di bawa ke negera lain ...

    ReplyDelete
  10. bahaya betul kes culik yang berleluasa ni..kat masjid pun buat jahat.

    ReplyDelete
  11. Dalam masjid pun ada penculik...Allah....rasa tak selamat dimana2 shaja...mmg mata ngan anak

    ReplyDelete
  12. Salam, hmmm mmg ade pun kes2 camni..cuma disembunyikan atas alasan xnak timbulkan panik dan spekulasi dpd org ramai...tp tu lah...benda cmni mmg sedang berlaku..

    ReplyDelete
  13. btl tu kak diana
    kadang tgk mak bapak dok ralit tgk tepon
    anak tah main kat mane2 tak perasan

    ReplyDelete
  14. Aduh, takutnya.... Kes macam nilah yang paling tak boleh nak baca. Saya ni memang jenis super freaking tapi sebenarnya takut saya tu berasas tau. Inilah yang kita tak mahu terjadi!

    ReplyDelete
  15. betul tu rakyat ni selalu disorok benda2 mcm ni.sll duk ckp Malaysia ni masih aman, pdhl kat luar tu dh mcm2 jadi..

    ReplyDelete
  16. Scarynya. Macam² kes lah skang ni. Smoga anak² kita sentiasa dibawah lindunganNYA.

    ReplyDelete
  17. syukur alhamdulillah.a.dik ni dijumpai dgn selamat..mujur x dibawa ke negara lain lg..

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …