Skip to main content

DIAM!!!

Assalamualaikum...


Orang kata diam tu bagus..
Lagi2 kalau tak dak apa nak cakap baik diam ja..
tok sah dok bercakap sangat takut jadi merapu ja..

tapi sebenarnya dalam keadaan tertentu
diam tu akan jadi masalah pada orang lain..

Diam dalam kelas..
mesti cikgu2 ramai yang tak berapa suka anak murid
dia diam sangat dalam kelas..
Bila bercakap pun sampai tak bergerak bibiaq dia..
Bila tanya.."paham dak..?"
pun dia diam ja..
paham ka dak budak ni..
bila tanya dia diam..cikgu naik pening la..

Diam masa merajuk
yang ni saya la..
kalau merajuk saya lebih suka diam.
mujuq suami jenis paham..
kalau saya marah ,saya diam dia pun akan diam..
tapi saya ni diam sat ja..satgi saya dah ok..
saya sendiri pi terkam laki saya kot belakang..
ekekekekk(eh!tercerita kisah rumahtangga pulak..sorry!)

Tapi bagi setengah orang dia punya diam merajuk ni
sampai orang tak tau awat yang dia diam..
Bila tanya.."hang pasai pa dok buat muka ketat semacam?"
dia diam ja..tak jawab apa pun..
orang pun pening nak layan..
salah apa yang orang buat sampai dia tak mau bercakap apa..
last2..mampuih pi hang la..
hehheh..

Diam saja2...
tiba2 ja dia diam..
call tak berjawab..pi rumah tak buka pintu.
kerja tak pi,ni biasanya kes orang kejar  mintak hutang la..
hahahah...Diam macam ni pun orang tak suka..
kalau ada hal2 penting terus tergendala kerja orang lain
gara2 diam kita tu..

Makna kata diam tu memang perlu..
tapi biarlah diam kita dalam keadaan tertentu sahaja..
Ada masa diam,ada masa kita kena juga buang sikap diam kita tu..

Diam tak semesti nya baik..
ada orang yang diam2 ubi berisi..
dia diam tapi bila dia bercakap bisa nya oi..
sampai ke tulang...
yang hat ni kalau dia diam lagi baguih ...


ekekek...


sekian...

Comments

  1. betul tu.tp diam tu hati kita la yg sakit..sbr jelah

    ReplyDelete
  2. lebih prefer diam. cakap byk kang org lg sakit hati

    ReplyDelete
  3. diam je la ubat terbaik, kang cakap banyak orang un nyampah.. kan kak...

    ReplyDelete
  4. diam dan bercakap biar kena pada tempat...

    ReplyDelete
  5. sy jenis yg tak suka bercakap. so diam je lah. hehehe. tp lebih baik diam dr banyak cakap benda yang tak berfaedah.

    ReplyDelete
  6. Diam2 ubi berisi.. hehe..

    Apapapun.. setuju.. diam hanya bila kita boleh berkata benda yang baik.. memang patut berdiam kalau kes marah ni.. hehe

    My blog :

    http://segalaceritera.com/

    ReplyDelete
  7. diam / b'cakap.. biar kene pd tempatnye.

    ReplyDelete
  8. Ayu xleh nak masuk dgn org y diam
    sbb ssh nak bace hati org cmni
    suke pendam
    n pendendam
    ehh yeke?

    ReplyDelete
  9. Saya spesies tak diam - di alam maya mahupun di dunia nyata. Kalau saya diam, memang ada masalah dalaman yang teramat sangatlah tu sampai tak nak buka mulut bercakap! So, lebih baiklah saya banyak cakap, nanti orang susah hati pulak tengok saya diam seribu bahasa.

    Tapi saya ni kalau orang tak kenal, memang akan kata saya spesies sombong. Saya bukan jenis kalau dok tunggu teksi, boleh borak dengan orang sebelah. Memang spesies tak reti mulakan perbualan tapi kalau dah kenal, oh my... hilaian tawanya persis langsuir ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …