Skip to main content

CARA MEMBERSIHKAN KESAN HANGUS PADA KUALI

Assalamualaikum...

Pernah tak awak guna kuali sampai kuali jadi rentung..
lepas tu awak gelabah sebab dah sental sampai
nak tercabut jari pun masih tak hilang rentung tu..

Meh nak ajar cara nak bersihkan
kuali yang kena rentung dek kepandaian kita ketika memasak..
ekekkek...

Sebelum tu nak pesan cara ni hanya untuk kuali yang besi tu ye..
yang berat semacam tu..hehehe..
kalau yang kuali leper ada lapisan non stick tu
saya tak pasti pulak cara ni sesuai ke tidak..



Jom tengok cara-caranya..

1-memula bilas kuali tersebut ketika dia masih panas.
keringkan kuali..

2- Ambil segengang garam kasar dan sapu di atas kuali..
ratakan diseluruh bahagian dalam kuali sehingga bersih









3- Bilas dengan air.

4-Letak kuali diatas dapur

5-ketika kuali kering diatas api gunakan kain kering dan
lap dengan berhati2 dibahagian dalam kuali sehingga kering.




6- tutup api..dan sapukan minyak masak didalam kuali tersebut..


dah siap..
cara diatas juga sesuai untuk
membersihkan kuali yang telah berkarat.






menyapu minyak di bahagian dalam kuali
selepas membersihkan nya juga dapat membuat kan kuali lebih tahan lama.


sekian..

Comments

  1. kuali mcm besi, tapi ringan..saya ada. Tapi dah simpan sbb stress tengok buruk beno rupa dia dek kepandaian kita menjaga dia.

    ReplyDelete
  2. Bagus la tips diana ni...nak buat la...ada kuali yg naik karat huhhh

    ReplyDelete
  3. Boleh d try. Mna taw berkesan kan

    ReplyDelete
  4. ni biasanya klu goreng yg betepong la kn melekat2 tepung nya kt kuali T__T

    ReplyDelete
  5. tips yg bagus....boleh saya share kpd wife saya ni

    ReplyDelete
  6. lps ltk garam tu biarkan sementara or trs bilas?

    ReplyDelete
  7. Anies..

    letak garam lepas tu sental kat kuali tu guna garam tu...sental sampai bersih ..lepas tu baru bilas..

    ReplyDelete
  8. tips yg menarik sbb aku selalu biar kuali hangus hehehehe

    ReplyDelete
  9. Tak pernah cuba pun tips ni. Lain kali bolehlah cuba juga. Saya kalau keluar dah terentung tak tahu nak buat apa, saya buang jerk. Ini boleh guna untuk Indian pot juga kan? Baru-baru ni saya terleka panaskan minyak dalam periuk tetiba tengok dah menjulang api :) Saya dah buang dah periuk tu (sebab murahkan) tapi lain kali kalau terjadi periuk hangus terbakar dek api, saya nak cuba jugalah cara ni!

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…