Skip to main content

APA YANG ISTERI BUAT BILA SUAMI BERDENGKUR?

Assalamualaikum...

Nyenyak ke tidur malam tadi.??harap2nya nyenyak la ye..
kalau tak nyenyak agak terjejas segala aktiviti siang kita..kan??

ada jugak tu yang tak nyenyak??suami berdengkur???
dia main ketap2 gigi time tidoq??macam budak kecik ja...
tak pa...dia penat tu..alah..dulu masa mula2 kawen boleh je tahan..kan??

Awal perkahwinan..

Suami:I berdengkur???ye ke??sorry yunkkkk!!!

isteri:tak pe..I tau u penat kerja..kan??dengkuran u,i anggap macam syair yang dodoikan i tidur je..

10 tahun kawen...

Suami:i berdengkur??ye kee??

isteri:ye la..tak nak mengaku la tu.sakit tau telinga i.tidur pun tak cukup ni...sebagai gantirugi u mesti tambah elaun i mulai bulan depan.

ada ka yang macam tu??ada la...tapi bukan kita2 la..
ni orang lain yang tak baca blog ni..hehehheh

nk tau tak apa isteri  buat  untuk mengelak dari suami berdengkur atau dia bunyi2 kan gigi..??
antaranya....




amacam...??
ada berani ka nak berdengkur???
heheeh...
tapi kita berdengkur kita pun tak sedar..
entah2 apa yang kita buat kat suami
kita masa dia berdengkur,dia pun ada buat kat kita...

sekian...

Comments

  1. selalunya orang berdengkur ni
    sebab terlalu penat
    jadi kita tak boleh nak
    salahkan pasangan kita
    sebab kita sendiri pun tak taukan :)

    ReplyDelete
  2. sebaik2nya..jika org tidur berdengkur..eloklah kita kejutlah dgn slow2..bg sedarkan dia

    xeloklah lempang ka, pukul ngan bantal ka,kepit hidung ka..bukan apa..kalu buatnya dia terkejut ka..sakit jantung..camne??

    kalu rakam gmbr tu..bole..mana tau si dia akn buat treatmen ke..sb dengkur ni boleh jadi penyakit tau..

    kalu kita bedengkur pom..kita suka ke org kejut kita cara yg agak kasar itu?? mau kita terkezut wey..bygkn kalu kita terkezut masa tidur..haa..camtulah rasanya..

    ReplyDelete
  3. ahahhahaha kelakor D .. :)
    ieda jarang hubby berdengkur tapi ngigau je selalu .. bila dia ngigau ieda dgrkan dulu bila berlarutan barulah usik2 kat dia .. ekekekek

    ReplyDelete
  4. kira nasib baek lagilah dia berdengkur..bermakna dia masih lagi hidup..hehe!

    kalau MDT, goyang2kan dia punya........







    ...dia punya badan..sampai dia sedar..
    lalalala...

    ReplyDelete
  5. kalau suruh dia sedar, camner dia nak tidur. kesian le... biasanya kak liza suruh dia tidur mengiring, kurang sikit bunyinya.

    ReplyDelete
  6. ganas betul taktik2 para ister mngjutkan suaminya bdengkur tu huhuhu.. xpe suami ada hugak taktik lain nk kjutkan isteri bdngkur muahaha... :p

    ReplyDelete
  7. makdaraterdiva..
    wakakaka...
    komen ni betul2 buat saya gelak...
    heheheh...
    buat suspen je tau..
    mencik!!!mencik!!mencik!!
    hahaha

    ReplyDelete
  8. hahaha.. sdak apo bunyi org dengkur

    ReplyDelete
  9. Amy kalau orang berdengkur amy bagi dia makan garam , letak kat bubir dia nanti rasa masin stop la berdengkur tue hehe..

    ReplyDelete
  10. hihihi..kelakar..
    mcm2 cara la dorg wat.. :D

    ReplyDelete
  11. wani alami masalah ni!

    sangat2 kronik...selalu tu gosok2 lembut dada dia...mesti dia terjaga dan tanya nak apa. then hilang la kejap dengkurnya, tak sampai 2 minit bunyi balik!

    Tapi gosok tu tak boleh terlampau lembut, nanti lain cerita jadinya...kih kih kih

    ReplyDelete
  12. incek su0mi kakD tak berapa berdengkur sgt tapi dia suka ketap2 gigi tu la...

    kalau mcm tu nak try la petua kwn kita tu...

    ReplyDelete
  13. nasib baik ayie tido tidak berdengkur and okay shje lol tido..kehkeh.. tpy tak thu ah kelak ntykan.lalal

    ReplyDelete
  14. boleh tahan jugak cara2 tak nak bagi org berdengkur tu... menakutkan pun ada...

    ReplyDelete
  15. aku macam nak cakap jer..nih semua sebab tak awal2 tau bakal suami seorang yang berdengur.my point is..kena tidur sama sebelum kawen.haha.

    but idea tuh kedengaran seperti melampaui batas.bukan apa,kerna kelemahan suami sebegitu harus diterima kerna kita pilih dia apa yang ada padanya.

    ReplyDelete
  16. Biarkan je la orang tu berdengkur..... dah salur napas dia kecik... nak marah pun tak boleh...

    Baik dengar dia dengkur dari tak dengar langsung dah bunyi dia....

    So.. hargai je laaa....

    ReplyDelete
  17. Kalau tidur dengan cara mengiring tu inshaAllah tak berdengkur :)

    ReplyDelete
  18. Kesian kat orang berdengkur..
    Mungkin stress kut..
    Anggap jelah macam syair gurindam :D

    ReplyDelete
  19. hahahaha yang syair gurindam ni lawak.. serious ke ada yang pkul ngan bantal la slipar la.. yeeee keeee..

    ReplyDelete
  20. pd sy laa kan berdengkur sy bleh terima lg tp kalau berlaga gigi tu...ya ampunnnnn sy jg ngilu dan trs x bleh tido!

    ReplyDelete
  21. Dah biasa dengar somi tidur berdengkur. Tapi bab ketap² gigi tu anak plak yang kena. Rasa ngilu kekadang. Nak try perah limau jugak lah.

    ReplyDelete
  22. Nasib baiklah takda masalah macam ni. Kalau tidak tak tahu nak buat apa :) Suami saya pulak jenis suka komplen kata tak cukup tidur. Tapi bila kita tengok dia tidur rasa macam secukup-cukupnya tidur yang dia dapat tu!

    Eh, terkeluar tajuk perbincangan pulak!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …