Skip to main content

AHLI POLITIK YANG MEMECAH BELAH KAN RAKYAT

Assalamualaikum..



Hari ni kat pulau pinang cuti..
sebab ada pilihanraya di Permatang Pauh..
Macam sepi sikit la cerita pilihanraya di Permatang Pauh ni..
sepi sebab malas ambik tau lebih2  pun ye..
Tak habis2 kau mengata aku,
aku mengata kau..
Lepas tu bergaduh maki hamun..
ahli politik pulak dok rumah tidur nyenyak..
rakyat bergaduh bermasam muka..
sebab tu ahli politik la orang yang menyebabkan
politik tu dipandang jijik oleh orang2 macam saya..

Malas nak komplain banyak2 sebab 
semalam ada blogger dah dapat cop blog cabuk
gara2 update status tentang politik..

Sesuka hati nak mencabuk kan blog orang..
nampak tak???
Sebab politik je terus ada babak 
hentam orang tak tentu pasal..
padahal status blogger tu tak de pulak hentam siapa2
cuma dia kecewa dengan mainan politik sekarang je..
tapi ada yang salah faham..

Bila ahli politik berucap..
dia kata parti tu tak betul..parti ni tak betul..
rakyat yang dengar jadi geram, ada yang rasa tertipu..
mula la jadi perbalahan..
bermasam muka..hanya sebab terhasut dengan
 kata2 ahli politik.

Kenapa tak berkempen dengan elok..
cerita je la kebaikan parti sendiri dari A sampai Z..
kenapa mesti diselitkan juga
ucapan2 berunsur fitnah dan mengapi2 kan jiwa pengundi.
itu lah sebab nya ahli politik la
punca rakyat berpecah belah..

Dah la..sebelum dapat gelaran blog cabuk..
jom la kita update cerita2 artis , 
cerita pasal baju dan kasut apa nak pakai,
dan resepi2 best..cerita pasal anak la jap lagi..hehehh



Sekian..

Comments

  1. malas layan politik ni diana, eh.. ada belita artis condem blogger.. urmmpp... kerana nila setitik.

    ReplyDelete
  2. POLITIK ITU KUASA..MENGUASAI POLITIK NEGARA TANDANYA MRK BERKUASA BERBUAT APA SAJA..TU YG DUK BEREBUT SGT TU..YG BERKUASA TAKUT KEHILANGAN KUASA...BIARKANLAH. TAPI POLITIK LA NI KERJAYA YG MENGUNTUNGKN.

    ReplyDelete
  3. layan sbb nak mengundi.. nak ambik tau lebih2 lantak korangler..
    betoi2.. ahli politik tu relaxjer.. harini mengata2 esok lusa tengok deme duk semeja.. kita orang bawahanni bertekak tak habis2 per hal.. so kita duk senyap dahler...

    ReplyDelete
  4. mamaT YG DOK HENTAM KATE KE BLOGGER TU ..DIE TU YG CABUK ...CEH ...

    ReplyDelete
  5. setuju..orang lain sibuk duk berpecah belah yang atasan sedap je rileks kat umah hehe

    ReplyDelete
  6. Politik ni mmg busuk ada kalanya kan....okje tak pandai dan tak suka ckp pasal politik.....
    Gasak depalah nak bergaduh....mls nak pikior...bokeh gitu?

    ReplyDelete
  7. demi kuasa...depa peduli apa! janji dpt apa yg diidamkan..bohonglaa kalau depa msk politik sbb x nk kuasa

    ReplyDelete
  8. Tak suka politik. Politik skang ni politik kotor.

    ReplyDelete
  9. isu politik mmg xkan habis..
    tak keterlaluan jgk klu ckp bole memporak perandakan kita rakyat malaysia..xkisah la anda dr parti mn..xyah la fanatik sgt..

    ReplyDelete
  10. Mls nak.layan politik isu paling panas... suami n isteri leh gaduh

    ReplyDelete
  11. Tak kan hbis layan isu politik ni.

    ReplyDelete
  12. dulu org kata duit lagi lagi berkuasa, tapi sekarang politik lagi power 0o

    ReplyDelete
  13. biasalah politik..malas nak koemn lebih-lebih sebab sedar diri tu kerja ngan suratkhabar..hehehe.

    ReplyDelete
  14. Memang betul tu, Diana. Politik tak kotor, tapi orang-orang yang berpolitik ni yang menjadikannya kotor bersalut lumpur gitu. Kalau tak condemn orang lain memang tak sah bila berpolitik sekarang ni. Saya ni bab politik memang tak suka baca dan ambil tau. Yang penting-penting ajelah kita baca. Kalau Diana ada hati nak selit-selit selalu kisah politik, nampaknya saya terpaksalah mengundur diri jadi pembaca setia gitu. Hahaha!

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …