Sunday, 31 May 2015

MAJLIS AQIQAH DAN CUKUR JAMBUL ANAK AIDIL DAN ZAREMA

Assalamualaikum...

Saya ni penggemar warna Biru..
memang suka betul warna biru..
selain dari warna hijau,biru juga bagi saya warna semulajadi yang sesuai dengan apa saja majlis..
malam tadi berlangsung majlis aqiqah dan cukur jambul Ayden Zeeyad , 
anak pemain bolasepak Aidil zafuan dan isterinya Zarema zainal.
Jom tengok gambar2 cantik ni..
Credit: Gambar dari Zarema Zainal












Comel anak pasangan ni..
mesti besar kacak macam abang-abang nya..


sekian..




MAJLIS AQIQAH ANAK TOMOK , ANDRA DAN ULANGTAHUN ARRIAN YANG KE 3

Assalamualaikum...

Cuti sekolah ni mesti ramai yang nak buat majlis harijadi ataupun majlis Aqiqah,.
termasuk la penyanyi dan pelakon , Tomok
Dengan tema Animal Kingdom Tomok mengadakan majlis Ulangtahun yang ke 3 untuk anak nya Arrian.
Majlis berlangsung pagi 31 Mei 2015 dilangsungkan bersama dengan majlis Aqiqah anak kedua nya ,Andra.
credit:gambar dari @projeect2pi











Cantik isteri Tomok..
patut la anak2 comel..:)

sekian..



WHITENING SOAP DAN BABESKIN DOUBLE SERUM PREMIUM - SERUM TERBAIK DAN BERKESAN

STICKY POST..!

Assalamualaikum...



Sekarang memang trend la orang pakai serum untuk kulit cantik..Memang best sebab  serum ni lebih cepat bertindak .Bila sapu je cepat dia meresap ke kulit.Sebab tu ramai yang  lebih suka memilih serum.Nak tahu serum apa yang sesuai dengan semua jenis kulit?

Dah 10 hari saya guna Babeskin Double Serum Premium.Sesuai untuk semua jenis kulit.Sebab fungsi utama Double serum ni ialah memulih kan masalah kulit wajah kita.Masalah Jerawat,kulit berminyak,kulit kering,kulit kusam dan tak bermaya,kulit gelap semuanya boleh diatasi dengan penggunaan Double Serum Premium ni.

Ada dua botol kecil serum dalam satu kotak. Ditanda dengan NO 1(Repairing booster)  dan NO 2 (Ultimate mega lift)

Cara nak guna pun mudah je.


1-cuci muka dengan menggunakan whitening  Soap
-whitening soap ni sabun untuk  mencerahkan kulit..Kulit saya memang tak de jerawat besar-besar.tapi jerawat halus2 tu banyak kat dahi.tapi lepas 3 hari guna jerawat beransur2 hilang...Boleh guna sabun ni untuk badan juga.




 2- Sapu Repairing Booster (botol NO 1)
Picit 1-2 titis je kat atas tapak tangan.kemudia tepuk2 kat muka.Ingat tau..1-2 titis je.jangan pi picit satu tiub tu pulak.benda boleh pakai sebulan tengok2 habis dalam seminggu je.
Fungsi Repairing Booster -
✔ Mengurangkan Kulit Berminyak
✔ Mengurangkan Jerawat
✔ Merawat Jeragat
✔ Mengembalikan Tona kulit tak sekata

3- Sapu Ultimate Mega Lift (botol NO 2)
Yang ni awak guna 1 titis pun dah cukup sebab dia likat dan pekat.Titis atas tapak tangan dan tepuk kat muka perlahan-lahan.
Fungsi Ultimate Mega Lift -
✔ Mengurangkan Kedutan
✔ Meningkatkan Keanjalan Kulit
✔ Membantu Melembapkan Kulit
✔ Mengekalkan ketahanan Kulit

Mudah kan??Guna 2 kali sehari.pagi dan malam.



Muka tak pakai bedak dan kanan muka pakai bedak....Hilang sudah jerawat2...:)
kulit pun bersih je.takde bekas2 cela...keluar rumah sapu bedak je dah cukup..
tak payah makeup beriya semata2 nak tutup jerawat...


harga :whitening soap :rm29.
Double serum:rm119

Nak dapatkan Babeskin Double Skin Premium ni ??
kat mana nak beli Babeskin Double Premium ?
cepat2 hubungi :-

012-2444 014 (Nurul)
012-2444 041 (Jane)
018-2444 988 (Fiqa)
011-1888 9948 (Shila)

Follow IG babeskin365 untuk dapatkan banyak maklumat tentang Babeskin Double Serum premium

sekian..


Saturday, 30 May 2015

FAIZUL SANI TERKENA VIRUS KENCING TIKUS

Assalamualaikum..





Ada yang tertanya2 siapa Faizul Sani?
Faizul Sani adalah  juara AF 2013.
Selepas keluar dari AF dia popular dengan lagu "perempuan"


Melalui kabar yang disampaikan oleh
penyanyi Indah Ruhaila ,
Faizul kini di masuk kan ke hospital Kota kinabalu
kerana disahkan terkena virus kencing tikus.

Semoga faizul cepat sembuh

sekian.

Friday, 29 May 2015

INI ARTIS MALAYSIA YANG GARANG

Assalamualaikum...

Susah betul kalau bersembang dengan orang yang garang ni..
kadang2 tu tercuit sikit ja ..
habis la keluar semua ayat pedih dia tu..
Ada beberapa artis dan selebriti  yang
boleh dikategorikan sebagai garang.



Baru2 ni ada terbaca di blog Lekatlekit ..
Cerita tentang sorang peminat dimaki hamun oleh
seorang selebriti popular.
Siapa lagi kalau bukan Azwan Ali..
Sampai keluar kata2 kesat.
garang betul Azwan Ali ni..
kalau saya la memang tak berani nak berbual2 dengan orang macam ni.

Kemudian hari ni pulak saya terbaca komen2 di 
salah satu gambar di IG Rozita Che Wan..



Marah sungguh Che Ta bila ada yang salah menjawab 
bila dia bertanya kalau2 ada sesiap terambil beg 
kakak nya semasa penerbangan ke London baru2 ni., 
Mungkin yang menjawab tu sekadar bergurau,
tapi mood Che Ta waktu tu bukan dalam mood nak bergurau..
maka mendapat la peminat tersebut.,.heheh..
Sebelum2 ni pun dah banyak kali dia bergaduh dengan orang yang silap
cara komen di IG dia..


Seorang lagi selebriti yang garang ialah Abby abadi.
kalau dia kata A,A la sampai akhirnya..
tak suka dengan pendapat dia,
mendapat la korang dengan hujah dia yang panjang berjela.
Walaupun apa yang dia sampai kan tu ada benarnya tapi
masih ramai yang tak bersetuju dengan Abby Abadi..


Pelakon lelaki yang satu ni satu masa dulu kalau bercakap memang macam samseng.
sikit2 nak ajak bertumbuk.tapi sekarang dah kurang la sikit bahasa garang Sharnaz Ahmad ni.
lagipun dah berjinak2 dengan dunia perniagaan ni mulut lidah kena la jaga..
takut ada yag tabur pasir dalam periuk nasi.


Jadi pada siapa2 yang ada follow IG,fb atau twitter artis tu..
sekadar baca je cukup la..
tak payah la nak komen2 nak tunjuk ramah mesra tu..
simpan je la mesra kau untuk kawan2 dan keluarga sendiri.
Takut2 kau komen betul dah..
dia baca pulak dengan nada yang tak betul.
erm..tak pasal2 malu muka..hhehe..

#ada orang kata saya blogger garang!

sekian..


BINI DIA MEMANG MACAM TU...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...hari ni genap 10 tahun usia perkahwinan saya dan suami..
Doakan kami sekeluarga bahagia dan kekal bersama selamanya...





nampak tak bini dia balas cemana??
hahaahah...sabar je la ye...


sekian..

Thursday, 28 May 2015

PERTANDINGAN SIAPA PALING MISKIN

Assalamualaikum...



Zaman dulu kalau dah namanya dok kampung2 ni  mesti bukan orang senang,Lagi2 kampung terpencil nun.Walaupun time tu dia tak la susah mana pun tapi bila dah tua2 ni nak cerita kat anak cucu,dia akan kata " ayah dulu orang susah..."hehehh...

Malam2 waktu menonton Tv dengan anak2,saya dan suami biasanya akan bercerita macam2 kat anak.Biasanya pengalaman2 masa kecil dulu.Dan selalunya cerita pasal miskin la.Dah tentu2 ibu dengan ayah depa ni bukan anak orang kaya pun.jadi itu lah cerita yang diulang2 cuma isinya berbeza.



Tapi tu la..bila dah ibu bercakap,ayah pun tak mau kalah.nak Jugak cerita hal dia pada anak2.
kalau ibu kata , "ibu dulu kalau sarapan pagi ni,tak de la ayam ka,daging ka..makan je la nasi goreng kosong.kadang2 makan dengan kopok ikan je.."Bila ayah dengar,ayah pulak tambah.."ayah dulu lagi susah..kadang2 nasi tu makan dengan minyak ikan je.."

Dok berlawan cakap masing2 tak mau kalah nak tunjuk kat anak yang ibu ayah ni miskin.Dengan harapan anak2 lebih menghargai kehidupan..hahahha...Buruk betul perangai laki bini nih.



Pernah sekali ayah bercerita masa sekolah dulu dia tak pergi rombongan sekolah hanya sebab dia mabuk kenderaan."kalau tak sebab mabuk mesti ayah ikut ja rombongan sekolah tu.." Ibu dengar,ibu pulak mencelah.."untung la..tak pi sebab mabuk keta ja..kalau ibu dulu tak merasa la rombongan2 ni.nak pi bukan ada duit pun..""'hahhha..nampak??cerita paling miskin akan menang.

Belum masuk lagi bab permainan, bab pakaian, bab alatan sekolah..kalau orang lain dengar macam kami berdua ja la yang pernah hidup susah..hehehhe


sekian...


RESEPI NASI GORENG HANDYPLUS

Assalamualaikum...



Apa ke pelik sangat nama nasik goreng ni???
ha...ni menu baru..kalau nak makan pi la ke
Restoran Nasi kandar Pelita Sri hartamas..

bahan-bahan nya..

Nasi
handyplus

cara-caranya..

 goreng..



hahahahha.....
kembang tekak akak ni sampai muntah2
bila dia menyedari nasi goreng yang dimakan
mengadungi handyplus yang telah digunakan.

Menurut pemilik gambar ini yang dikenali sebagai Noor Hidayah
ini adalah kunjugan pertama nya ke Restoran berkenaan
atas pelawaan bos tempat beliau bekerja.
namun dia tidak menyangka ianya memberi kan pengalaman yang buruk
dan mengakui tidak mahu makan
direstoran mamak lagi selepas ini..
Biarlah ini yang pertama dan terakhir...

kalau jadi kat kawan2..
apa perkara pertama yang korang akan buat??

kalau saya ,
saya pun akan muntah dulu..
jolok tekak bagi habis semua keluar..
tak sanggup nak simpan lama2 sampai tunggu waktu berak..

akakkakakka....


sekian...



Wednesday, 27 May 2015

AMY SEARCH - TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Assalamualaikum...



Sebab jari badan binasa...
Zaman sekarang jari lebih berbisa dari mulut..
Mulut diam tapi jari ni mengalahkan peluru..
semua dia nak tembak tak kira siapa...
lebih pelik dia sendiri tak sedar dia siapa.
kalau dia sedar mungkin dia akan lebih berhati2 dengan setiap
apa yang dia muat naik di laman sosial.




Semalam ada berita tentang penyanyi Rock Amy search yang
kecewa dengan status seorang pakar motivasi yang
menggelarkan Amy dan kumpulan search sebagai hantu.

Diasak dengan berbagai kecaman dan sindirian dari orang ramai
pakar motivasi tersebut meminta maaf pada semua peminat2 Amy search..


Macam mana la dia boleh jadi pakr motivasi ye?
sepatutnya pakar motivasi tak kan sesekali menjatuhkan
maruah orang atau melabel orang dengan kata2 yang tak elok.
Tak kan dia tak tahu benda2 ni.
tapi kalau dilihat dari post2 dia sebelum ni memang dia suka menghentam orang lain
dan lebih kearah politik
tak nampak pun ciri2 sebagai pakar motivasi tu..


Mungkin dia tak tahu yang Amy search adalah seorang
yang aktif membangunkan sekolah tahfiz
banyak memberi dorongon pada pelajar2 tahfiz untuk mendalami ilmu agama.
Amy kerap meluangkan masa bersama2 pelajar2 tahfiz ,
makan bersama dan belajar bersama2 mereka.


Dari kanak-kanak sehingga lah orang2 dewasa
semuanya mengenali Amy search sebagai seorang yang mesra
dengan semua orang.
Lagu2 yang didendangkan juga kebanyakan nya beunsurkan ketuhanan
dan motivasi.

Walaupun ramai yang mengatakan pakar motivasi tersebut
hanya ingin menarik perhatian dan sebagai salah satu strategi marketing
tapi yang pasti dirinya sudah dipandang rendah dan mungkin
orang ramai hilang keyakinan pada diri nya..


sekian.

BETUL KE LEPAS BERSALIN MATA BOLEH JADI RABUN?

Assalamualaikum....





Fasha Sandha sekarang  ni dah bercermin mata..
Rabun dah sekarang..dia kemana2 pun dia pakai cermin mata..
Saya terbaca komen2 pada gambar yang dia muat naik tu yang kata 
bersalin pun boleh jadi punca rabun .
Betul ke bersalin akan buat sesetengah orang rabun?



Selalunya bila orang yang tak de masalah rabun,
tiba2 dalam usia nak masuk 30-40 tu dia rabun
ianya punca sebab kita tak jaga mata kita..
contohnya tengok tv atau telefon  dalam gelap..
Rasanya ramai yang jadi gitu..kan??
berbeza dengan mereka yang muda2 atau sejak sekolah dah memang
ada masalah rabun ni.

Ramai wanita yang hamil pulak tak sedar sebenarnya masalah
rabun dia tu bermula dari dia hamil.
bukan selepas bersalin..
tapi kebanyakan nya cuma sedar mata dia jadi rabun selepas bersalin.

masa saya dok menggoogle saya jumpa ini..
masalah kesihatan yang boleh menjejaskan mata kita..
dan masalah2 kesihatan ni kita biasa alami ketika kita hamil
dan ianya berlalu di trimester ketiga

sumber dari :www.azeniahmad.com

Saya ada terbaca satu petua untuk jaga mata
masa dalam pantang lepas bersalin ni..
caranya. semasa mandi air mandian kat hujung rambut
dimasuk kan ke dalam mata.nanti cerah mata tu sampai tua..
entah la tak tahu betul ke tidak..
tak salah kalau cuba..kan??

sekian...

MEMBELI EMAS TERPAKAI DAN SURAT PAJAK

STICKY POST 24 JAM.


Assalamualaikum...

Tak lama dulu saya ada kawan yang ada masalah nak tebus barang emas yang dia gadaikan.kemudian dia jual surat gadai dia untuk selesaikan masalah tu.Duit dia dapat dan masalah selesai.kalau kawan2 hadapi masalah yang sama boleh la jual surat pajak dengan nilai yang dipersetujui bersama dengan pembeli surat pajak tu.



Mungkin kawan-kawan rasa susah nak cari kat mana nak jual surat pajak atau pun emas terpakai tu.jadi saya nak perkenalkan satu laman web yang boleh membantu kawan-kawan membeli surat pajak dan emas terpakai milik tuan puan termasuk la surat pajak Ar Rahnu dan  Bank Rakyat



JENIS JENIS EMAS 
999.9 / 999 / 950 / 916 835 /
 PAUN / 585 / 
SUASA 

EMAS PUTIH 750 ITALY 
EMAS PUTIH 585 ITALY 
EMAS PUTIH 375 ITALY 

KAMI JUGA MEMBELI SURAT PAJAKKAN EMAS 

AR.RAHN / AR.RAHNU / BNK RAKYAT 

SEBARANG PERTAYAAN HUBUNGI SAYA ( AZMI 014-2201018 )

(SELURUH MALAYSIA)




Kalau emas kawan-kawan tu rosak ke patah ke pun masih boleh dijual .Hubungi encik Azmi untuk perbincangan lanjut.Apa saja berkaitan emas ni tetap ada nilai nya.

AZMI 014-2201018


Sekian...


TUDUNG VERSI NARUTO AKA TUDUNG COOL FEVER

Assalamualaikum...




makin pelik je fesyen hijab sekarang ni..
tak cukup dengan singkat ,berbonjol dan berjambul
sekarang ni dah ada fesyen baru..
tapi belum menular..
baru nak bercambah je..

Fesyen hijab versi Naruto.
Ada lapik apa kejadah nya kat dahi tu..
nak pakai pun punya la rumit..
Siapa la agaknya yang sanggup
menyusahkan diri sendiri untuk gayakan fesyen tudung ni.


Agak menyusahkan kalau nak solat.
tengok dari jauh macam pakai Cool fever pulak..
baik tampal cool fever je..
senang nak tanggal..heheheh

Bukan saja nampak pelik
malah nampak tak cantik langsung..hahahah

Adik2 jangan pakai gini ye..
kalau nak pakai jugak suka hati la..
tapi bila ada yang gelak kan korang jangan marah pulak..


sekian..