Thursday, 30 April 2015

GAMBAR HIASAN BILIK TIDUR UNTUK KANAK-KANAK

Assalamualaikum..

Saya suka kalau bilik anak2 kecil ni katilnya rapat ke dinding..
sebab nampak lebih selamat sikit la...
kalau anak kita dah jadi teruna atau dara tak pe la kot,.
tapi kalau kanak-kanak saya lebih suka katil rapat ke dinding atau sekurang2 nya
ada penghadang kat tepi katil tu...
kalau tak memang kejap2 masuk bilik tengok anak..heheh..
takut jatuh katil je..:p

meh nak kongsikan hiasan bilik tidur  yang sesuai untuk anak-anak kita..
bukan saja cantik tapi ruang bilik nampak mewah walaupun hiasan nya sikit saja..
cuma hiasan dinding dan pencahayaan  yang banyak main kan peranan ..



















semoga gambar2 ini dapat lah memberi sedikit idea untuk kawan-kawan
yang bercadang nak menghias bilik tidur anak..

semoga berjaya..


sekian...



DULU DIA BUKAN JENIS SUKA KE MASJID

Assalamualaikum...

Saya ni sebenarnya sibuk tau..saja la nak bagi tau..
sejak balik dari cuti2 minggu lepas punya sibuknya la dok menguruskan kain baju..
habis uruskan kain baju melayan pulak anak2 dan suami
yang tekak nak makan itu nak makan ini..amboi..pelik la pulak..
selera masing2 membuak2 ni..sampai saya perasan barang dapur
yang boleh pakai 2 minggu jadi seminggu je bertahan..
hahhaha...ni penangan bila anak2 dah makin membesar..
Ibu dengan ayah pun kemain pulun nak membesar sama..
ekekekke...

Cakap pasal sibuk..Suami saya orang yang tak suka sibuk..
bila sibuk muka susah nak senyum dah...menyampah pun ada..
ekekek...Dia kan kerja shift..
seminggu masuk pagi..seminggu lagi malam...
sampai ke masjid pun kena selang seminggu disebabkan kerja ikut shift tu.
Bermakna dalam seminggu yang dia ada peluang ke masjid tu,
dia mesti nak pergi..kau ajak la dia pi main futsal ke,pi perjumpaan itu ini..
memang dia tolak la..lebih baik dia ke masjid..

Aktiviti berjalan2 dan makan angin kami adalah sabtu dan ahad
Kalau balik umah awal ,dia pergi la ke masjid.
kalau sampai umah dah senja,
maknanya lepas solat maghrib terus dia ke masjid..
Kalau kami nak makan malam kat luar biasanya tunggu la dia balik dari masjid..
dalam jam 9 lebih dia balik la..
yang penting tetap ke masjid..

Suami saya pun pernah muda..Dia dulu masa bujang pun bukan kaki masjid.
Dia banyak buang masa.malam2 merayau rumah kawan2..
minum2 kat kedai mamak sampai 3,4 pagi..
Boleh kata masjid ni memang tak pandang la.
kalau nak solat,solat je kat rumah..lebih cepat dan
lepas solat boleh terus buat hal2 peribadi..
Tapi bila dah kawen kena la start bawa diri dengan cara lain.
lepas solat berjemaah kena  dengar kuliah..kemudian sebelum balik kena
tegur2 jemaah lain..betul tak??

Dia mengaku la masa mula2 dulu nak kemasjid disini dia malu..
ye la..duduk disini dah lama ,dari awal2 datang penang la..
tapi tak pernah nampak muka..siapa tak malu..kan??
kalau berjalan jauh2 tu singgah solat kat masjid orang
tak la malu sebab bila orang tanya dah tentu kita jawab kita orang luar..
tumpang berhenti solat..kan??

Masa mula2 dia nak ke masjid ni,dia tebalkan je muka dia..
nak masuk rumah Allah pun malu ke.?sampai bila nak malu tu?
kalau ikutkan malu tu sampai tua pun tak berubah..
Baik malu sekarang dari malu di akhirat..

Yang saya suka setiap kali balik dari masjid ada je cerita dia bawak balik.
apa yang dia dengar masa kuliah tu semua dia cerita pada kami anak beranak.
dapat jugak menambah ilmu pada kami2 ni walaupun dok rumah je..

kadang2 tu saya cemburu jugak la bila tengok gambar2
kawan post keluar dengan suami ke situ ke sini
padahal jam baru pukul 8..
Wah..bestnya jalan2 sedangkan suami kita tu masih kat masjid..
Tapi bila difikir2 balik..suami saya lebih bagus dari suami mereka..
JANGAN MARAH YE....... :p

Sekian...

DIGELAR GEMUK ALMY NADIA NAIK ANGIN

Assalamualaikum...

Sejak Almy Nadia bersalin ni, tiap kali dia muat naik gambar dia di instagram ada je pengikut2 nya yang komen dia gemuk la.tembam la...
macam2 lagi..
boleh kata disetiap gambar dia ada komen macam tu..
saya sendiri baca pun rasa meluat la..
apa lagi tuan punya badan..


Memang orang perempuan ni pantang dia bila orang kritik tentang saiz badan..
dia pun tahu dia gemuk..
yang mulut2 puaka tu pun perempuan jugak..
tak kan tak paham orang perempuan ni macam mana??
tapi saja nak komen jugak benda yang nak buat orang sakit hati..
dia artis..dia tau la nak kuruskan balik badan dia..
nama pun baru lepas bersalin..
benda biasa la badan jadi gemuk dan ambil masa nak turun..


yang komen2 tu tak fikir ke komen2 awak semua boleh buat dia susah hati..
boleh buat dia sedih..




Anak baru usia 2 bulan..
ampa bajet dia ada masa ka nak bersenam nak pi 
kuruskan badan??
yang dah melalui benda2 gini mesti paham 24 jam masa hanya untuk anak 
time2 gini..
yang tak kawen lagi toksah dok tunjuk pandai la nak suruh kurus la nak suruh diet bagai..
menyampah tau dak??
ada setengah perempuan yang  komen tu , pipi dia sendiri sampai bersambung dengan telinga..
ada hati nak tegur badan orang gemuk..

Sekian..



Wednesday, 29 April 2015

INSTAGRAM NURAFRINAARIANNA , FIZZ FAIRUZ GESA KEMENTERIAN MULTIMEDIA AMBIL TINDAKAN

Assalamualaikum...

Bila dah jadi artis memang ramai yang nak gunakan nama artis tu untuk tujuan2 tak elok.
sudahnya nama artis tu jugak yang busuk walaupun dia tak de kena mengena dengan hal2 buruk yang berlaku..


Agaknya sebab itu la Fizz Fairuz dan Almy Nadia buat keputusan untuk ambil tindakan pada 
individu yang menggunakan nama anak meraka untuk satu akaun di laman instagram 


InstagraM atas nama Norafrinaarrianna sudah mempuyai beberapa pengikut dan ramai yang menyangka akaun tersebut memang milik anak pasangan pelakon ini
tanpa menyedari ianya adalah akaun palsu.

erm..bahaya tau kalau orang guna nama dan gambar kita untuk benda2 macam ni..kalau jadi kes penipuan jenuh la nak menjawab.
ianya bukan benda kecil dan tak boleh dipandang ringan..

Sekian...







IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015

Assalamualaikum...

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
  • Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses
  • Awanazstyle Muslimah Shop
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015
HADIAH UNTUK PEMENANG IntaNBerliaN MEGA GIVEAWAY 2015
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA & AQILAH YANG AKAN CABUT UNDI (",)

Tuesday, 28 April 2015

CANTIKNYA SITI ELIZAD SHARIFUDDIN

Assalamualaikum...

Cantik nya pelakon Siti Elizad ni..
ini gambar2 dari rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan
Yang akan di siarkan pada bulan puasa nanti.


nak tahu Siti Elizad masak apa??
ni dia..
Ayam kari dalca..
Nanti kena tonton la kalau nak tahu resepinya..












Siti Elizad juga akan muncul dalam drama untuk 
siaran tv3 berjudul kasih kamelia.
gandingan bersama adik Nurqistina dan Shah Jaszle
ramai yang kata adik ni pandai berlakon..
kena tengok la..


sekian..

JALAN DAH ADA..TOLONG BANGUN DAN BERGERAK!

Assalamualaikum...

Saya memang ambil bayaran untuk review..
tak kira sama ada awak nak saya review produk jualan awak,'perkhidmatan
,facebook page atau pun awak nak saya review (promote )blog awak..
Bayaran nya jangan risau..boleh di runding..
dan saya letak harga mengikut keadaan semasa ,
dan juga berdasarkan jumlah UV dan PV blog saya..



Ramai yang tak faham konsep review berbayar nih..
blogger cuma memperkenalkan produk, laman web
atau perkhidmatan awak je..
bukan tugas blogger untuk meningkatkan jualan ..
Atau meningkat kan pageview atau jumlah pengujung laman web dan blog awak.
kami cuma memperkenalkan kepada orang ramai dan
menjadi rujukan untuk mereka yang Mula
nak dapatkan khidmat dan produk awak.
atau yang baru nak kenal2 blog awak..
itu sahaja..

Dulu saya pernah review satu blog ni..Pageview dia naik la jugak..
tapi tak lama ..dalam 2,3 hari je..
dia bajet blog dia boleh dapat pengunjung ramai setiap hari bila saya
dah review blog dia..
salah tu.saya cuma memperkenalkan blog  awak..
bila dah ada yang datang blog awak,
awak jangan la lepas tangan je..mula la blogwalking jugak.
saya sendiri walau pun uv sehari 4,5k tetap saya blogwalking .
kekalkan hubungan baik dengan raka blogger..
tak de saya duduk saja tunggu kawan2 datang blog saya ni..
kalau saya tak blogwalking pengujung blog saya sehari 3k sahaja tau..
jadi dah terbuka jalan nya tu awak pun bangun la usaha sikit..

Sama macam onlineshop2 tu..
blogger dah review,dah share FBpage dan Ig awak di merata2 ..
tapi awak tak buat apa2..dok harap dengan
modal 50-100 yang awak keluarkan sebagai modal untuk bayar pada seeorang blogger..
memang tak jalan la bisnes awak tu..


sekian..

MACAM-MACAM PERANGAI ORANG JUAL AYAM

Assalamualaikum...


Ayam mentah biasanya sya beli kat tesco,econsave atau kat pasar malam..
perasan tak kalau beli ayam kat tesco,
dia punya tukang potong ayam tu macam pemalas je..
macam nak tak nak je buat kerja..kan??
Sebab tu selalu jugak la beli ayam kat Tesco,
tak nak dia potong..malas nak tunggu lama mengadap orang
yang nampak sangt tak ikhlas buat kerja..



Kalau beli kat Econsave
ayam dipotong guna mesin..
selalunya suami saya yang akan beli ayam kat econsave sebab
saya tak berapa suka masuk econsave tu..
tak meriah..ekekke..

Beli ayam kat pasar malam paling best..
Ayam nya segar..
lepas tu kalau harga ayam tu 16.30..
dia akan bagi  harga 16 ringgit je..
kalau harganya..15.50..
dia bagi kita harga 15 ringgit..hehehe..
Yang tukang potong tu..
mak aih..punya la cepat dia potong..
nampak pisau dia..sekali tetak je..


Tapi yang saya perasan penjual ayam kat pasar malam tempat saya ni,
kalau dengan warga asing memang mereka garang sikit..
sebab warga asing ni dia orang suka pi beli ayam ramai2..
beli setengah ekor je tapi yang pi nya 6,7 orang..
hahaha..lepas tu mintak harga murah..
tak de harga syiling pun dia mintak kurang lagi..
Selagi tak dapat harga dia nak dia tunggu kat tepi ayam tu..ekekeke..
Sebab tu abam2 ayam tu kena buat2 garang dengan diaorang..
                                                                     
kemudian mereka pun beransur2 la ke kedai penjual
ayam yang lain..yang akan terima tawaran mereka..
alah..peniaga ayam tu pun nak untung jugak..
Warga asing ni banyak duit tau..
kalau kerap sangat menawar pun tak elok jugak la..
lagi2 benda yang kita dah sedia maklum harganya macam mana..
lain la kalau beli kasut ke,beg ke,baju ke..
yang tu bagus la tawar menawar..

kan??

sekian...

PENGUMUMAN GIVEAWAY..

Assalamualaikum...

selamat pagi semua...
Sepatutnya hari ni hari terakhir bagi sesiapa yang nak
join Giveaway saya dan kawan2..
tapi sebab hari tu ada yang bagitau,..

'ala..tutup 1 mei la kak.."

"1 mei saya cuti kak..Hari cuti  je saya sempat  join GA.."

ok la..ok la..Giveaway tu kita tutup satu mei ye..
dah alang2 hari cuti..kan??
bagi peluang la kat diaorang yang tak sempat nak join tu..
pada yang dah join, senarai peserta saya akan update esok ye..

Nak join klik sini...

satu lagi nak bagi tau..
Ada satu lagi Giveaway yang akan berlangsung
bermula 1 mei..
ShopCoupons bersama dengan Rakuten Malaysia akan
menghadiahkan 10 X 100 Rakuten Super Points kepada
pemenang-pemenang peraduan ini!
nak tau dengan lebih lanjut klik sini...

jadi kalau nak hadiah2 best sila
terjah Shopcoupons 1 mei ni dan sama2
kita rebut hadiah yang ada..
hehehh

sekian...


Monday, 27 April 2015

DAH TAU DIRI TU GEMUK TAPI MALAS NAK KURUSKAN BADAN

Assalamualaikum...

sebelum apa2 saya mintak maaf la
kot2 ada siapa yang terasa dengan entry yang mungkin akan
buat kawan2 nak sagat2 mulut saya kat dinding..
hahahha...

saya nak bercerita pasal gemuk..
saya sendiri wanita yang gemuk..
walaupun BMI saya normal tapi saya
selalu jugak di gelar gemuk oleh orang sekeliling saya...



Tapi tu tak mematahkan semangat saya untuk
terus berusaha menguruskan badan..
macam pesan suami saya..
dia tak kisah saya makan banyak tapi
dia cuma risau kalau saya sakit..
maklum la..apa yang kita makan itu lah yang akan jadi
punca sama ada sihat atau tidak kita ni..

Tapi ada isteri2 yang suami nya dah berterus terang
yang isterinya gemuk..
ada setengah suami tu sampai tunjuk betul2
tak suka isterinya gemuk..
Bila berjalan pi beli barang dapur,dia rela dok dalam kereta..main enpon!
pergilah isteri sorang2 membeli..
tak kuasa nak keluar jalan dengan bini yang gemuk..

Isteri pulak kecik hati..
sedih...tapi itu je la..tak de buat apa2 dah..
bukan nya dia nak usaha kuruskan badan..

Memang bukan senang nak kurus..
susah oi..bersenam jangan cakap la..
retak simen dalam rumah gara2 melompat nak bagi berpeluh..
Tahan makan yang paling susah..
masa kawal makan ni,.semua benda kau nampak sedap..
tapi tu lah pengorbanan nya..

Lagi2 bila suami nampak kesungguhan tu..
nampak kau bersungguh2 nak nampak cantik demi dia..
sikit demi sikit dah tentu akan menyentuh perasaan nya..
dan kebanyakan suami akan memberi sokongan penuh
kalau isterinya nak kuruskan badan..

Nak suruh suami terima badan gemuk kau seadanya??
Mana boleh macam tu..
kau sendiri tak boleh terima kalau suami
kau suka kau yang kurus..
kalau boleh kau nak suruh dia
fikir macam kau fikir..kan??

Suami2 dia memang tak cermin pun diri sendiri ..
Dia sendiri gemuk ,isteri tak kesah pun..
tapi sibuk nak bini kurus..itu benda biasa..
nama pun lelaki ada ego dia..
Diaorang kalau pakai baju tak bergosok pun diaorang tak kisah...
tapi bab bini kena cap tangan..hehehe



jadi pada isteri2 yang dah kecil hati dengan sikap suami
yang terang2 tunjuk dia tak suka korang yang gemuk,
jadikan lah itu satu cabaran untuk kawan2 menguruskan badan..
jangan ambil hati sangat..
tak kemana pun kalau setakat kecil hati ,sedih, lepas tu tengah malam kau menangis
sampai letih last2 jam 1 kau bangun buat megi..

sekian...


Sunday, 26 April 2015

TERIMA KASIH EARPHONES ..

Assalamualikum....



Terima kasih earphone..heheheh.
dulu masa zaman muda mudi selalu la buat perangai macam ni..
pakai earphone sebab malas nak berbual dengan 
orang2 yang kita nyampah dengar sembng kencang dia..
dah la kencang, kencing pulak tu...
ekekekek...

Tapi sekarang ni dah tua2 ni,
rimas pulak pakai earphones.

fakta tentang earphones atau fon telinga

Kajian  mendedahkan bahawa penggunaan kerap fon telinga  meningkatkan pertumbuhan bakteria dalam telinga. Para penulis, penyelidik dari Universiti di India, mendapati bahawa bakteria boleh berpindah  dari telinga satu orang untuk yang lain jika menggunakan alat dengar yang sama.

Bakteria berbahaya ditemui pada 92%  orang-orang yang kerap berkongsi bersama fon telinga mereka dengan rakan-rakan, berbanding dengan hanya 8% daripada mereka yang berkongsi kurang kerap atau tidak sama sekali.
Menurut penemuan ini, ia akan kelihatan perkongsian fon telinga harus dielakkan, atau sekurang-kurangnya perlu dibersihkan dengan sempurna sebelum berkongsi dengan orang lain.

sekian...



Saturday, 25 April 2015

KENAPA SAYA SUKA BLOG INI?

STICKY POST!!
Scroll untuk entry baru...

Assalamualaikum...



Kalau saya kenalkan kawan-kawan dengan satu blog best nak tak??
Ada banyak blog yang best..
Yang ni salah satu nya...Sebab apa saya kata best?
Sebab bila baca je rasa macam apa yang ditulis tu menarik,
walaupun dia cuma cerita tentang hal-hal keluarga ,
kenangan lama,percutian..tapi best!tu yang penting...
Boleh kata ada aura la..

Nak tau blog mana??
Ni dia..Blog Naura atau mesra dengan panggilan Kak Aya.
Kak Aya ni lama dah menulis blog..
Saya mula kenal blog ni pun dari tahun 2010 kot..
kalau tak salah la..



Blog jendelahidup.com ni sebenarnya adalah blog bisnes Kak Aya jugak..
Dia berniaga  produk kecantikan..
kalau nak beli  produk kecantikan Seqy Beauty cari je Kak Aya.
Kak Aya ni adalah salah seorang agent sah Seqy Beauty..
Tapi dia tak nak fokuskan blog ni
semata-mata untuk perniagaan dia..
Tetap juga diselitkan kisah2 peribadi Kak Aya dan keluarga..

Selalunya bila blog mak2 ni yang kita nampak apa??
gambar banyak,lambat loading, sidebar sesak...kan??
tapi blog Kak Aya ni tak macam tu...
kemas je..Maklum la..orang lama dalam blogging..
mesti dah tau pantang larang nya..

Antara petikan dalam salah satu entry Kak Aya..

Percaya tak , tiap bulan kami terima gaji secara tunai tau....Kak Aya dan seorang lagi staff Melayu akan bawak envelope dan dokumen yang berkaitan, akan ke Menara Maybank untuk tunaikan gaji pekerja..bahaya kan? Kami borak-borak sambil jalan bawak duit yang banyak..Alhamdulillah tak pernah terjadi perkara yang tidak diingini sepanjang ulangalik ke bank. Nanti pegawai kewangan akan bahagikan gaji kami, beraturlah kami semua untuk terima bahagian kami, yang sen sen pun kami terima. -Kak Aya-

Nak baca entry penuh ?klik sini...

Jangan lupa singgah blog Kak Aya nanti ye..
letak dalam bloglist la senang..
Mesti kawan-kawan akan jatuh cinta dengan kenangan-kenangan lama
kak Aya sebab ada sesuatu dalam kisah seseorang yang kita
boleh gunakan dalam kehidupan kita..


sekian..

WANITA DAN KASUT TUMIT TINGGI

Assalamualaikum...


tengok kasut yang Shila Amzah ni pakai..
Tinggi betul..kan??
tak jatuh ke??

pernah tengok tak video2 model buat catwalk tu..
ada yang jatuh,ada yang tergolek,
ada yang merangkak..
gara2-gara kasut tumit tinggi nih...

Tapi tu la..tetap jugak orang perempuan pakai..kan?
kalau saya takat 2 inci setengah je..
kalau lebih memang tak berjalan la saya..
boleh duduk je..hahah..
nak berjalan dah sah2 takut tertonggeng..jadi duduk je la ..
asal imej terpelihara,...ahhahha...

nak tau satu fakta tentang kasut Tumit tinggi??

Ramai wanita yang memaki kasut tumit tinggi pada masa kini..namun hakikatnya 
kasut tumit tinggi digunakan oleh tentera parsi pada abad ke 16.
kasut tumit tinggi akan  menstabilkan kaki pelumba ke atas stirrups kuda . dan ini memudahkan tentera menghalakan busar tepat pada sasaran walaupun sedang menunggang kuda..

sekian...


I HOPE WE'RE FRIENDS UNTIL WE DIE...

Assalamualaikum...





ekekekek...

sekian...

Thursday, 23 April 2015

WANITA DIGANGGU HANTU

Assalamualaikum...

kesian nenek tua ni..
diganggu hantu sampai dia terpijak papan yang penuh paku..
terperanjat punya pasal..
Mujur nenek tak mati terkejut..




Seorang nenek tua yang hanya dikenali sebagai Liu
berusia 67 tahun berdepan kejadian
ngeri dan menakut kan .
Pada jam 1 pagi dia terdengar bunyi
orang meratap di luar rumahnya..
Dia kemudian nya membuka pintu dan terkejut kerana mendapati
4-5 lembaga berpakaian serba putih .
Ketika hendak melangkah keluar dia terpijak papan yang dipenuhi paku..

Begitu lah detik2 hitam dilalui nenek Liu angkara
pemaju yang bertindak memaksa nenek Liu untuk berpindah.
Sebelum kejadian tersebut ,
mereka juga memotong bekalan air dan elektrik di rumah nenek Liu.
Dan kerana terdesak untuk menghalau nenek Liu berpindah
mereka menyamar sebagai hantu untuk menakut-nakutkan nenek Liu.
malah tindakan meletak kan papan yang dipenuhi paku
didepan pintu rumah nenek Liu juga dianggap melampau dan tidak berperikemanusian.

Menurut nenek Liu dia tidak akan berpindah
selagi pihak pemaju tidak membayarnya dengan
jumlah yang memuaskan hatinya.

Keadaan ini memang perkara biasa berlaku di China.
Pernah berlaku kejadian di mana pemaju
mengugut untuk menyebarkan virus AIDS kepada
penduduk atau penghuni yang tidak mahu menerima tawaran untuk berpindah.

SUARA FATTAH AMIN TAK SEDAP LANGSUNG

Assalamualaikum...


Yang penyanyi nak jadi pelakon..
yang pelakon pulak nak jadi penyanyi..
penyanyi jadi pelakon ok la..boleh diterima..
sebab dah tentu belakon nya ramai2..dikira dengan jalan cerita..
kalau jalan cerita best,belakon pulak dengan pelakon2 best
orang tak nampak sangat bakat berlakon kau yang tak berapa nak ado tu..


Tapi bila kau seorang pelakon yang tak reti menyanyi..
tetiba nak jadi penyanyi..
memang orang nampak la kau tak boleh menyanyi..
lain la kau buat koir..nyanyi ramai2..kan??


Itu lah sebab ramai yang dok kritik pelakon
Fattah Amin yang dikatakan baru melancarkan
single pertamanya yang apa nama ke tajuk nya..
tak sedap oi suaranya..

Sebelum ni Nazim Othman dan Fazura jugak dikritik
sebab suara dengan lagu sama2 tak sedap..hahahah...
Walaupun lagu tu tak salah tapi
bila yang bawak nya tu suara hauk2..
terus lagu jadi hauk jugak..
cer kalau Siti Nurhaliza yang nyanyi mesti meletop2 lagu tu..


dah la..
berlakon je la..
sibuk nak nyanyi pulak...
penyanyi yang dok ada pun tak boleh nak
cari makan di zaman2 gini......



sekian,..