Skip to main content

RESEPI SNICKERS BARS YANG SEDAP

Assalamualaikum....

Jumpa resepi Snickers Bar ni..kegemaran anak2 saya..jadi cepat2 simpan..
Boleh buat nanti..cara nya pun senang.bahan pun yang sedia ada..
ada la 2,3 bahan yang kena beli..

Homemade Snickers Bar

[Resipi dari popsugar)

saiz 9x13





1-lapisan bawah coklat

1 1/4 cawan cip coklat susu

1/4 cawan mentega kacang

Cairkan bahan bersama-sama dalam periuk atau gelombang mikro, kemudian tuangkan ke dalam dulang dan senget kan dulang tu bagi coklat tu membentuk lapisan setebal 1/2 cm.Biarkan sejuk dan mengeras sepenuhnya.





2-lapisan nougat

1/4 cawan mentega tanpa garam

1 cawan gula pasir

1/4 cawan susu sejat

1 1/2 cawan Marshmallow

1/4 cawan mentega kacang

1 1/2 cawan kacang cincang kasar

Ekstrak vanila 1 sudu kecil

Cairkan mentega dalam periuk di atas api yang sederhana. Masukkan gula dan susu, kacau sehingga larut dan masak sehingga mendidih. Biarkan masak selama 5 minit, kacau sekali-sekala. Tambah marshmallow, mentega kacang dan vanila, kacau sehingga sebati. Tutup api dan masuk kan  kacang tanah, kemudian tuangkan keatas lapisan coklat bawah yang dah keras yang kita buat kat no 1 tadi... Biarkan sejuk sepenuhnya.




3-lapisan karemel

1 14-auns  caramels

1/4 cawan whipping cream

Campurkan bahan-bahan dalam periuk dengan api perlahan. kacau sekali-sekala, sehingga dia licin - agak2 dalam sepuluh minit jugak proses ni.. Tuangkan ke atas lapisan nougat tadi.dan biarkan sejuk sepenuhnya.
bagi yang tak tahu kat mana nak dapatkan caremal boleh buat sendiri je..Ni cara nya..

1 cawan gula
1 1/2 cawan air
50gram mentega 
1 cawan whipping cream

Masak gula bersama air sampai gula bertukar warna sedikit perang.jangan sampai gula jadi hangus.kemudian masuk kan mentega.kacau sebati dan kemudian masuk kan whipping cream.kacau hingga pekat dan warna jadi cantik keemasan...kalau dah siap dah boleh guna terus..boleh simpan dalam botol dan bila nak guna panas kan je .tak payah dah nak campur dengan whipping cream dah sebab dah siap di masuk kan tadi..



4-Lapisan coklat atas

1 1/4 cawan cip coklat susu

1/4 cawan mentega kacang

Cairkan bahan bersama-sama dalam periuk (double boiler) atau gelombang mikro, kemudian tuangkan keatas lapisan karamel dan ratakan..Biarkan sejuk dan mengeras sepenuhnya.


Simpan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya satu jam sebelum dihidangkan, kemudian dipotong .seelok-eloknya  snickers bar ni sentiasa di simpan dalam peti sejuk.

sekian...

Comments

  1. Menarik.. Sesuai utk pencinta coklat..

    ReplyDelete
  2. ooo br tau...yg liat tu ada marshmellow rupanya....

    ReplyDelete
  3. nampak mcm mudah je nak buat.. tapi rasanya baik beli kat kedai je.. hehe

    ReplyDelete
  4. Nampak macam sedap, malangnya anak-anak saya tak seperti ibu mereka kurang berkenan dengan makanan yg manis-manis...

    ReplyDelete
  5. apsal mcm rumit nk buat..uhuhkk

    ReplyDelete
  6. lala memang tak minat coklat kot.. makan pun kadang2 sikit macam rasa2 jer

    ReplyDelete
  7. Wah..macam best je tapi maknya ni tak berapa rajin nak buat candies ..hihi..nanti diana dah buat jangan lupa share ye... :)

    ReplyDelete
  8. Salam, wahhh snickers! sy mmg suke snickers tp jrang beli...menarik lah klw bleh buat sendiri...thanx for sharing (n_n)

    ReplyDelete
  9. Anak-anak saya pun suka snickers ni tapi dululah sekarang mereka dah berpaling tadah kepada kinder bueno pulak.

    Tak sangka senang jerk nak buat (yalah baca resepi macam senang je, 5 minit dah habis baca...hahaha...) tapi kalau ikut firasat saya ni, cakap ajelah mahunya tahun depan pun belum tentu saya buat!

    ReplyDelete
  10. cam mudah aje nak buat
    tapi nanti bila tiba masa nak buat
    rasa payah sangat la plak
    memang peel tak baguih saya ni tau

    ReplyDelete
  11. Wah.. Nampak sedap dan mudah..hehehhe..

    ReplyDelete
  12. Mcm malas jer nak buat hihi...

    ReplyDelete
  13. Assalam...sis...yg lapisan caramel tu,da resepi caramel ke?ke ada jual?tq...

    ReplyDelete
  14. Hamba Allah..

    Tak banyak tempat ada jual caremal ni..tapi kalau kat sesetengah kedai bakery memang ada kot..kalau nak mudah buat sendiri je..saya dah update cara buat caremal kat entry ni..harap ianya membantu..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum sis,nk Tanya skit 1 14 and caramel tu byk mne ye

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …