Skip to main content

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JADI PUNCA PERCERAIAN SUAMI ISTERI

Assalamualaikum...




Ini kes berat ni..sampai bercerai berai suami isteri ni.
saya terbaca di gambar satu satus yang dimuat naik oleh sebuah page di facebook ni.
Kementerian Pelajaran Malaysia dikatakan menjadi punca
perceraian pasangan suami isteri yang
terpaksa berjauhan selama 3 tahun sehingga kan si isteri
hilang sayang pada suami ..



Kesian nya..kalau dah 3 tahun mohon bertukar tak dapat2 ,
isteri pulak tinggal kat bandar..
Suami kat kawasan pedalaman..
Bukan boleh suka hati nak telefon,nak ber video call..kan??
nama pun kawasan pedalaman..semua nya terhad..
isteri pulak kesunyian je,.
tak mustahil sayang nya tu akan bertukar jadi bosan..
lepas tu ada pulak jejaka dok himpit2 ..
dok berkongsi rasa sunyi...
erm...memang naya la...



Tapi tu la..
masa interview dulu kalau tak kata "sanggup kalau bertukar ke kawasan pedalaman"
tak dapat pulak jadi cikgu..kan??
Bila dah cakap sanggup ,mintak tukar pun tak dapat2..
Macam ni lah nasib seorang guru..

Ada orang nasib nya tak sama dengan dia..
ada yang berjauhan selama 5 tahun..ok je..
sebab tu saya kata nasib kita semua tak sama..
perjalanana hidup dan ujian hidup kita pun berbeza..
Ada orang yang dah berusaha tapi gagal..
ada jugak yang berusaha terus berjaya...
jadi kita tak boleh la nak bandingkan nasib kita dengan nasib lelaki ini..
jalan cerita nya mungkin berbeza dengan kita.

Berjauhan mungkin memburuk kan lagi keadaaan rumahtangga mereka.
kalau dekat2 senang nak pujuk..
senang nak berbincang..betul tak??


sekian...







Comments

  1. tak boleh juga salahkan orang lain..sendiri cari pasal tu

    ReplyDelete
  2. SA dulu antara punca kena cerai mcm ni la...tp lain kes..bukan la jauh mana..NS ngan Shah Alam je pun...tp mcm kes dlm entry ni...rasanya bkn sbb kementerian...pokok pangkal hati...

    ReplyDelete
  3. alahai sian pulak...erm tp x setuju gak dia duk slhkan kementerian...hihi

    ReplyDelete
  4. kesian pulak sy baca status tu tp... nk slh kn kementerian 100% x bleh jg... suami isteri suppose ada cr penyelesaian terbaik utk menangani masalah ni

    ReplyDelete
  5. mgkn sebab kementerian tu 10% je kot...

    ReplyDelete
  6. Bila tak bawa status suami isteri tu dengan baik.. bukan salah orang lain kalau bercerai even berjauhan.. pokok pangkal hati sendiri jugak

    ReplyDelete
  7. Salahkan KPM tu mcm xstju jgk.pokok pangkal tnya hati memasing.sng2 je bila bercerai nk letakkan kesalahan atas bahu org lain.unfair kot kan

    ReplyDelete
  8. Yang penting hati sendiri kan. Ada orang lain yang dah beranak pinak sampai anak dah besar pun masih duk berasingan. Boleh jugak nak kata tak kena kat kita, kita tak rasa apa yang diorang rasa.

    ReplyDelete
  9. Pelik jgk nak salahkan pihak lain sbg punca penceraian,apatahlagi utk individu dewasa.

    ReplyDelete
  10. bila baca status tu rasa mcm kesian plak. huhu. tapi er.. tak tau lah nak kata apa.. kalau dh itu yg Dia aturkan.. hmm

    ReplyDelete
  11. Long distance relationship ni bergantung sepenuhnya kepada trust. Kalau hilang kepercayaan, memang sukarlah. Bukan cikgu sahaja, tanyalah pada sesiapa pun yang pernah merasainya. Nak tanya kat Kak Ton pun boleh *_*. Kak Ton dari usia kenal cinta sampai baru kahwinlah dok berjauhan dengan orang tersayang. Iman kenalah kuat ^_^

    ReplyDelete
  12. saya ada nampak status ni
    pada saya menyalahkan orang atas keretakkan rumahtangga sendiri cam tak betul
    back to basic adalah diri sendiri
    dah paling penting sekali JODOH.
    semua tu dah ditentukan

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …