Skip to main content

DIA TULIS PANJANG BERJELA PUN ORANG TETAP AKAN BACA..

Assalamualaikum...



Saya terima lewat barang yang dikirim oleh  kak Ton
semuanya sebab ketiadaan saya di rumah kemarin..
Jadi baru semalam la saya dapat kiriman dari MD..

MD bukan bagi hadiah ni sebab nak
bodek2 makcik ye adik2..
Ni semua sebab makcik ni jadi pengomen tegar di blog MD
untuk tahun lepas..
Jangan tak tahu habis entry lama2 MD saya geledah tau..



Oleh sebab saya dah baca banyak entry 2lama MD tu,
saya nak cerita la sikit ..
kalau dilihat dari entry2 lama MD ni dulu,
dia ni tak la suka membebel sangat dulu tau..
entry dia tak de la berjela2 macam sekarang..
Lepas tu dia tulis satu dua kesah je dalam satu entry..

Tak tahu la di sampuk apa entah 'sekarang ni kalau dapat menulis
sampai tak berhenti-henti la pulak..
Tapi walaupun panjang berjela,
syok sangt baca ..jadi ralit..sedar2 je dah habis..
lepas tu macam tak percaya pulak diri sendiri boleh habiskan
baca entry yang panjang tu...

macam dia bersembang2 je dengan kita..
lepas tu kita yang baca ni pun
boleh pulak gelak sorang2 ..macam boleh paham pulak part mana dia gedik,
part mana dia marah,part mana dia lapar..
hebat kan???

MD..terus la menulis dan menggeletek ketiak2 kami ni ye..
Jangan stop lagi..

katanya dulu pun dah ada blog tapi terhenti ditengah jalan..
paling lama bertahan dengan blog ni..
MD ni memang terkenal dikalangan blogger mak2 tau..
tapi yang adik2 pun ramai follow blog dia..

Nak jugak kenal Mummy yang kelakar ni..
jom ke  mummydearie.blogspot.com

sekian



Comments

  1. Ada juga terjah2... most of the time jadi silent reader... :)

    ReplyDelete
  2. nk singgah juga lepas ni...

    ReplyDelete
  3. haaaa,,,akak,,,bila nak tulis entry berceloteh panjang panjang camtu,,,,,semua tunggu nii,,,,hihi

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah tahniah D
    saya ada sesekali ke blog MD
    orangnya friendly,
    dia komen kat blog kita pun panjang..
    sangat friendly
    jum pakat serbu blog MD jum :)

    ReplyDelete
  5. Wah.. Nak terjah..

    ReplyDelete
  6. Penat tau mak komen oanjang panjang pas tu hilang huhu.....
    Eh ....kak Ton tak komen lagi ke??
    Kak Ton ni kalau baca entri ni mesti 44 kali dia ulang baca sampai hafal. Terus datang sawan ulang fia haha. .. Maklumlah ada makcik puji dia.
    Tak caya tungguuuu.....

    Okje pun dapat jugak tau DR, tp dia pist lambat katanya . Mcm saja mendengki mak kan DR....

    ReplyDelete
  7. Sebelum komen panjang, ni nak tegur pengomen yang atas saya tu. Siapa lagi kalau bukan jiran sebelah. Sempat lagi tu mengumpat. Dah kata kalau nak mengumpat, ngumpat terang-terang kat rumah masing-masing jerk. Alah, dia tu kalau kita sebut nama, siap datang 100kali pastu tolong reply komen tau *_*

    Okey, okey! Ni baru nak komen untuk tuan blog *_*

    Hahaha, teringat juga awak dom mengebom kita dengan C4, Diana. Terkangkang kiap kita nak reply, skroll atas bawah atas bawah segala komen takut tertinggal ada yang tak reply tau.

    Masa mula-mula dulu, malulah. Mana berani nak buka baju terus geletek ketiak kawan-kawan. Ada juga kena pelangkung kang!

    Sekarang ni sejak dah ramai geng yang turut sama meroyan entah kenapa, tetiba je penyakit tu asyik datang. Asal sentuh keyboard je mulalah tak leh berenggang jari jemari dengan abjad kat keyboard tau.

    Thanks Diana sebab selalu singgah blog saya. Dulu-dulu pernah datang juga tapi dok fikir dia ni famous amos, ratu review bak kat jiran kita, mana mungkinlah nak balas balik kunjungan. Busy melayan loyal readers katanya. Hahaha....

    ReplyDelete
  8. Eh, ni masih di sini! Bukan datang balik ya. Tengah dok baca komen sendiri tetiba nampak typo error. Abaikan ajelah Diana harapnya faham maksud perkataan yang sebenarnya. Maklumlah bak kata jiran, teruja orang sebut nama dalam entri khas, haruslah sampai kematu dok depan pc membacanya!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …