Sunday, 8 March 2015

CARA BUAT PEMBUNUH KULAT YANG MESRA ALAM DAN MUDAH

Assalamualaikum....

Cuti2 ni makcik tak pi mana pun..
sibuk dok mengajaq anak buat ulangkaji..
Depa nak periksa dah tak lama lagi.
Jadi dah dok kat rumah ni kita buat la benda yang berfaedah sikit.


Hari tu ada la saya terbaca pasal cara2 buat pembunuh kulat
yang mesra alam..
Hari ni saya cari balik post tu last2 jumpa yang lain pulak..
yang lebih senang dan ringkas..
bahan2 pun mudah nak dapat kat rumah..

Jom kita tengok cara-cara membuat
cecair pembasmi kulat yang mesra alam...

bahan-bahan

1 sudu besar bunga cengkih
1 cawan minyak zaitun
kain kasa
tali dari kain kapas
Balang kaca kecil
kerajang aluminium
botol semburan

cara-caranya

1-hancur kan bunga cengkih dan bungkus dengan kain kasa.Kemudian Ikat dengan tali kain kapas.


2-Masuk kan ke dalam  balang kaca kecil yang dah diisi dengan minyak zaitun (isi separuh balang)


3-tutup balang kaca dengan kerajang aliminium.

4-Guna kaedah double boiler (periuk di isi air dan atas nya diletak kan mangkuk logam)Masak lebih kurang satu jam.

5-tunggu sejuk.

6-masuk kan minyak tadi ke dalam botol semburan.


sekarang dah boleh guna..Awak boleh semburkan minyak ni pada celah2 paip ,celah sink di bilik air,kepala paip atau pun bahagian dinding yang berkulat ...lepas sembur tunggu beberapa minit dan bersihkan  ...Guna berus lantai atau penggosok jubin..dengan mold killer ni mudah nak bersihkan dinding yang dah berubah warna..

Kalau nak tau minyak ni juga orang dulu2 guna untuk letak kat bahagian yang giginya sakit..tapi ada setengah orang kata tak elok sebab boleh mereput kan gigi kita.

sekian..

sumber:popsugar

12 comments:

  1. Ada kawan saya suka hisap rokok keretek yg dibuat dari bunga cengkih. Kata kawan itu rokok keretek bunga cengkih bagus bagi menghilangkan batuk. Entah ye atau tidak tak taulah...

    ReplyDelete
  2. Wah..tips yg menarik ni..

    ReplyDelete
  3. Menarik ni..mesra alam gitu..thanks D ats perkongsian ini

    ReplyDelete
  4. bagus boleh DIY je kan..senang kerja dan mesra alam pulak

    ReplyDelete
  5. wahh tinggal rajin dgn tak rajin buat je skrg nie..

    ReplyDelete
  6. INFO YG SGT BERMENAFAAT NI..TQ PERKONGSIANNYA.

    ReplyDelete
  7. haah, kalau dulu2 orang sakit gigi
    mesti buh cengkih :)

    ReplyDelete
  8. menarik tips ni sis! thanks for sharing :)

    p/s: sis, anim masih menunggu alamat untuk pengeposan hadiah GA. Harap dapat bagi hari ni...boleh anim poskan secepat mungkin :)

    ReplyDelete
  9. Baru tahu psl ni..mudah plak nak mmbuatnya

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();