Skip to main content

BETUL KE MEE KARI MERDEKA GARDEN IPOH ADA KHINZIR?

Assalamualaikum...




Saya ingatkan tak de orang islam
yang makan kat kedai Mee Kari merdeka Garden ni..
Rupanya memang ramai orang islam yang makan..
Kedai Mee Kari Merdeka Garden atau pun dikenali
dengan Mee Kari MG ni terletak di Ipoh..
Saya terbaca tadi  katanya kedai ni
disahkan haram berikutan penemuan tulang Khinzir di dalam
periuk kuah mee kari tu..Entah ye entah tidak..
entah2 Fitnah je ada tulang khinzir tu...

Tapi...
saya kadang2 pelik jugak dengan sikap terbuka
orang islam ni..
kadang2 selalu nampak orang islam selamba je makan minum
dikedai  makan orang cina.
Alasan nya sebab sedap..
Kedai2 kopi orang cina tu selamba je dia masuk order kopi ,teh..
langsung tak de rasa risau atau was2.TABIK!!!

sekian...







Comments

  1. Betul, kakcik pun kadangkala pelik dengan sikap 'orang kita'. Di Kuala Kangsar, ada satu kedai mee hailam (mungkin hailam tu ada bunyi2 macam Islam?), selamba je orang kita yang bertudung berkopiah makan di situ. Hmmmm...entahlah...

    p/s : nak minta tolong Diana, gambar2 kat blog kakcik yang sebelum ini Diana kata tak nampak tu, dah boleh nampak ke? (bukan gambar dalam catatan terbaru). Terima kasih untuk maklumbalas... :)

    ReplyDelete
  2. Entah la plak kan btl or tdk kan, tpi klau dah namanya peniaga cina yg non muslim meniaga jgnla plak org Muslim ni sibuk nak mkn juga..prlu da kesedaran kan

    ReplyDelete
  3. ada jugak kedai makan pemiliknya cina tp pekerjanya melayu. pun sy masih gak was2 nk mkn kat situ. lgpun byk kedai mkn mcm tu kat swak. better pilih pemiliknya melayu. rasa was2 pun xde

    ReplyDelete
  4. Tak peka dan mengambil berat soal halal-haram itu yg membuat mereka selamba aje Dee. Kakak pun hairan tak ada rasa cuak ke? Kadang sedih dan kesian juga bila melihat org yg begini. Terlalu meremehkan soal agama.

    Sebaiknya bila dah ada syak, dzan dan waham kena tinggalkan terus.

    ReplyDelete
  5. saya pernah terkena dr luar nampak ada org bertudung makan,pelayan pon pakai tudung...tapppiii ghuper2nya tokey nya cina..pelayannya org asing..

    ReplyDelete
  6. KALAU TERASA WAS2 N XYAKIN JGN HAMPIRI KEDAI MKNAN GINI...MESTI AMBIL BERAT APA YG NK DISUAPKN KE MULUT KAN...

    ReplyDelete
  7. Huhh sebelum nak pi makan...mmg kena tgk betul2 siapa pembuatnya...risau ni

    ReplyDelete
  8. ni bukan zaman 70an dah.. ni zaman dalam makanan segera pun kadang2 ada bahan tak halal inikan di gerai atau restoran non muslim

    ReplyDelete
  9. saya penah cite dalam blog saya bab ni
    memang ramai sangat melayu islam kurang peka bab gini
    bila kena cam di atas, mula kata sabotaj lah, apalah
    penjagaan makanan adalah sangat perlu
    ianya akan jadi darah dan daging kita

    ReplyDelete
  10. kedai cina ke tu diana...depan sogo ni ada kedai cina campur mamak campur minang...yg buat air kedai cina...majoriti org melayu makan situ...waallahualam

    ReplyDelete
  11. Kalau dah kedai non muslim...mmg tak boleh expect dorang nak sediakan yang halal..so tak boleh salahkan peniaga tu gak....kita yang nak makan ni yang kena tengok dulu samada halal atau haram makanan di sesuatu kedai tu...kalau kedai vegetarian non Muslim boleh lagi consider...cos sha penah terbaca, non muslim takkan amik tahu if halal atau haram but dorang akan teliti sgt2 bila bab vegetarian or non vegetarian....ni mi kari...ada ke mi kari vegetarian?...Islam agama yang indah & sempurna...kalau kita follow cara makan Islam, In Sha Allah terhindarlah kita dari yang haram.

    ReplyDelete
  12. tula kadang2 bile kedai dah fames mulelah orang dengki kan
    tp xtau la mmg kot2 dia ade letak
    ayu kalau was2 mmg tak masuk da
    even mamak sekali pon
    hahahaha

    ReplyDelete
  13. tauke mee kari ni sorang gi mangsa media sosial, tgk akhbar kosmo mohdizuddin1980.blogspot.com tarikh 26/03 dah jelaskan semua.

    ReplyDelete
  14. Patut sekarang macam2 perkara pelik2 berlaku disebab makan makanan haram

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …