Monday, 16 March 2015

7 PERKARA DALAM MENGURUSKAN BAYI YANG AYAH PERLU TAHU.

Assalamualaikum...



Seorang lelaki yang baru bergelar ayah biasanya dia ada sikap ingin turut sama menguruskan bayinya..Tapi ada masa-masanya apa yang kita sebagai ibu tahu ,si ayah tak tahu.itu yang kadang2 kita terlepas cakap jugak la.."itu pun tak tahu ke?".. dan ada ramai wanita fikir macam mana kita wanita yang tak pernah tahu pun cara nak uruskan bayi tapi bila ada bayi jadi tahu apa yang perlu kita buat.sedangkan orang lelaki pulak nak kena bagi tahu apa yang perlu dia buat...Saya sendiri pernah tengok kawan yang baru bergelar ayah ,dia tukar lampin anak dia.lepas tu dia buka lampin anak,dia boleh tanya isteri dia "lepas tu nak buat apa?"..hahaha...

ok..kat sini saya senarai kan apa perkara baru yang siayah perlu belajar sedangkan si ibu dah sedia tahu.

1- kadang2 bayi meragam sebab dia hanya inginkan ibu nya..
Si ayah dah pujuk,dah dukung,dah bagi susu tapi bayi masih menangis.
Ini kerana dia hanya mahukan ibunya.


2-"Dia nampak bersih..tak payah tukar"
Ada lelaki yang rasa jika anak tu tak kena lumpur,muka tak comot dengan makanan maknanya anak dia bersih jadi tak perlu mandi.jangan tak tahu,ada masa nya bayi akan muntah,air liur nya juga meleleh sampai basah baju.dia perlu dibersihkan..




3-Tak perlu tunggu anak menangis baru nak bagi susu/makanan
Sebelum bayi menangis pastikan bayi  kenyang sebab bila dia dah start menangis bukan senang nak diuruskan.ada bayi yang menolak untuk minum susu jika dah mula menangis.


4-"Dia bayi je..bagi je pakai apa pun"
Selain untuk keselesaan ,bayi juga biar lah nampak seperti bayi.jangan pulak si ayah nak dandan anak seperti seorang makcik atau mak datin..:p


5-lampin bukan hanya perlu ditukar apa bila sudah berbau.
Kebiasaan nya si ayah hanya akan teringat untuk menukar lampin anak ketika ianya sudah berbau kerana najis .itu lah yang menyebabkan kadang2 punggung anak ada ruam dan merah2 kerana lambat menukar lampin..




6- tukar lampin hanya sekadar "tukar"
Menukar lampin bukan hanya sekadar buka dan tukar.perlu jugak ayah mencuci dan membersihkan bayi supaya dia berasa selesa kering dan bersih.Ada setengah bayi di sapukan krim kulit,ada jugak yang hanya diletak kan bedak selepas dibersihkan.


7-bayi perlu ditidur kan.dia tidak akan tidur dengan sendiri.
Sia ayah merasa sudah tiba masa untuk bayi tidur.diletak kan bayi nya diatas katil,menuju kepintu,tutup suis.."selamat malam bayi ku.."..ianya tidak semudah itu.bayi perlu di belai,diberi susu supaya kenyang dan sesekali ianya perlu diperhatikan.

Diharapkan awak dapat  menguruskan anak awak dengan baik lepas ni .tak salah kalau awak bertanya pada isteri dan isteri juga perlu lah bantu suami.

sekian...



13 comments:

  1. sangat berguna kepada ayah-ayah ni... he he he...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...cik hubby kita boleh pakailah bab tlg menolong bab bayi ni...hehehehe

    ReplyDelete
  3. bab jaga ank suami sy lagi cerewet dr saya...

    ReplyDelete
  4. sampai sekarang saya ni semua jenis on time.. minum susu ontime.. tukar pampers on time.. tak tunggu anak lapar atau rasa tak selesa

    ReplyDelete
  5. Salam, hahahah point no.4 kelakar...bayi biarlah nampak seperti bayi..haha ini dandan terlebih dah baby nampak mcm cik ta pulak kang, hihihi :p

    ReplyDelete
  6. yang no 5 tu penting.. ingat dah berat da busuk baru tukar.. no no.. ada ikut jam jugak kan.. kena tukar. nanti mulalah nak ruam and sebagainya..

    parenting skills both kena tahu.. ibu and ayah.. tulaa berat tanggungjawab ibu.. jaga anaklah semualah.. jadi hasben2 jgn nak mrungut sngt..

    ReplyDelete
  7. haish,,tak sabar nak jadi ayah,,hahahahahahahahhahahah

    ReplyDelete
  8. Tips yg menarik.. Sis,tu gambo zain saidin ke?

    ReplyDelete
  9. Pelikkan kenapa kita orang perempuan tau walaupun kali pertama tapi orang lelaki tak tahu? But then, memang banyak perkara dalam dunia ni yang kita rasa tak tahu tapi bila tiba masanya tetiba je tau *_*

    Bagus tips ni untuk bakal ayah. Ada tu yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu sebab nak cepat siap kerja menjaga anak!

    ReplyDelete
  10. nice tips untuk new daddy, tapi kadang yang anak dah berderet pun tak tahu...hehe
    alhamdulillah, mychintahati boleh uruskan anak-anak

    ReplyDelete
  11. tq atas tips kak diana... nanti ada baby boleh follow hihihi...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();