Tuesday, 31 March 2015

RESEPI OREO DESERT YANG MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum..



Tadi baca kat venale.com.  ada resepi mudah
buat Oreo bar dengan hanya guna 3 bahan saja.
Benda2 mudah gini memang kegemaran orang2 sekarang la..
sibuk kerja jadi nak masak pun benda yang mudah2 dan jimat masa je.

Jom tengok bahan2 dan cara membuat nya..


bahan-bahan

 3 bungkus biskut Oreo
2  mangkuk kecil marsmalllow
4 sudu besar mentega

cara-cara.

Hancurkan biskut oreo.

dalam bekas lain masuk kan mentega dan marsmallow.\cairkan dalam mikrowave dalam 2-3 minit.


kemudian masuk kan biskut oreo tadi kedalam marsmallow yang dah dicair kan.

kacau sebati dan ratakan di dalam loyang..


selepas 10 minit atau bila dah keras boleh potong dan siap untuk dihidangkan..

selamat mencuba..

sekian..



BUNGA SAKURA SEBENARNYA BERASAL DARI CHINA

Assalamualaikum...

Khabarnya di Jepun sekarang ni ,bunga -bunga
sakura sedang mekar berkembang.
Dan mereka sedang bersiap sedia untuk perayaan tradisi musim sejuk
yang diadakan setiap tahun.
Kalau awak2 kat Kanazawa ,jepun sekarang boleh la berpeluang
menikmati keindahan sakura..

Dalam pada itu China menjelaskan sebenarnya
pokok sakura asalnya dari China..
He Zong Ru ,Ketua Eksekutif persatuan China Cherry Blossom
menjelaskan  orang ramai patut tahu sejarah sebenar bahawa
Bunga sakura mula di tanam di China dan bukan nya di Jepun.


Sebelum ini korea Selatan menegaskan
Pulau Jeju adalah tapak asal bunga sakura.

He Zong Ru dengan tegas menjelaskan
Bunga sakura berasal dari China,berkembang mekar di jepun
dan tidak ada kena mengena dengan korea.


Benda ni pun depa nak berebut..kan??
sama macam negara jiran kita tu la..kan??
hehehh

Sekian..

DAH BUAT SALAH ,BISING PULAK..KENA TANGKAP TAU PULAK MALU.

Asalamualaikum...



Macam sedih pulak bila baca berita kat Mymetro pasal
anak2 muda yang ditahan polis sebab asyik berpesta
di Kuala Lumpur kelmarin
yang ditahan tu 30  orang..
tapi yang sedihnya paling tua yang ditahan tu umur 42..
paling muda umur 17..
Polis siap jumpa dadah lagi.

mymetro

Yang tua tu tak reti2 ke nak bertaubat..
umur dah 42..dah masuk kilauan emas dah tu.
patutnya dia yang tua ,suruh la bebudak tu balik..
Ni tidak..dia jadi kepala pulak..

kalau di tengok dari kepala lutut budak2 ni
nampak sangt melayu ..kan??
Yang perempuan pun nak menggedik jugak.

dari berita tu...
polis datang tangkap tu sebab bunyi bising
kat tempat diaorang berpesta tu..
nampak tak bongok nya diaorang..
Buat salah tapi tak reti la senyap2..
nak jugak buat bising nak bagi tau kat orang yang dia tengah buat salah.
cemana polis tak tangkap..

teruk bebudak sekarang ni..
kalau buat salah tak reti nak sorok2..
siap tayang dan bangga2 kan..
lepas tu masuk lokap baru nak tutup muka..
malu la konon..

kat tempat saya ni pun ada jugak jenis2 gini..
duduk tepi jalan..tempat gelap..
berkumpul 2-3 puluh orang..
pasang muzik kereta kuat2 sampai orang
telefon polis sebab mengganggu..
Polis datang tengok2 tengah hisap dadah..
Bodoh tak?buat salah tapi tak reti senyap..
kalau dia tak ganggu orang awam tak de nye
orang nak call polis dan depa pun boleh hisap dadah dengan senang hati..
eheheheheh


sekian..

ALIF SATAR BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN

Assalamualaikum...

Lepas sorang,sorang artis2 lelaki ni dapat anak..
bertambah ceria dan bahagia bila rumahtangga yang dibina'
diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata.
seronok kan???



Boleh dibayangkan bagaimana perasaan penyanyi muda Alif Satar
dan isteri nya Shadila Halid yang bakal menimang cahaya mata
pertama mereka yang dijangka akan lahir pada bulan 6 nanti..
Mesti teruja dan berdebar tu...



Tambah menggembirakan mereka bila bayi yang dijangka lahir nanti
adalah bayi perempuan..

Alif satar dan Shadila halid mendirikan rumahtangga
setahun yang lalu.


sekian..

Monday, 30 March 2015

FYNN JAMAL TAK PERLU BERHENTI MENYANYI

Assalamualaikum...



Tak tahu la kalau ada yang punya rasa yang sama dengan saya..
Tapi saya memang dah lama perasan suara Fynn Jamal memang tak sedap..
Tapi tidak la sebab yang kecik ni
untuk saya benci dia..
tak de rasa benci,suka atau sayang sangt2..semua tu tak de..
Cuma pendapat saya suaranya tak sesuai untuk
keluarkan album dan jadi penyanyi profesional.

Tapi Fynn Jamal ada kekuatan dia sendiri.
Dia sangat berbakat dalam menghasilkan lagu2 yang
sedap untuk di dengar.
kalau tengah serabut pun kita boleh dengar lagu2 dia..
Lirik lagu2 nya tu memang tak jemu...kan??


kalau saya sendiri pun akan rasa sedih
kalau ada yang mempertikaikan apa yang saya suka .
Contohnya kalau ada BLOGGER lain yang datang ke blog saya
dan tinggalkan komen kata saya tak sesuai jadi blogger.
saya disuruh berhenti menulis sebab entry saya semua tak best
dah tentu lah saya sedih..


Minat dah ada..
kenapa perlu sampai berhenti..kan??
kan baik kalau Damien sarankan dia ambik kelas vokal.
atau mantapkan skill nyanyian nya..
rasanya itu lebih baik dari suruh berhenti menyanyi.


sekian..

Friday, 27 March 2015

ANAK CHE TA DAN ZAIN DAH JADI ARTIS

Assalamualaikum...

KUALA LUMPUR: Anak selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lima bulan menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.
"Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta," kata Rozita Che Wan yang kini berada di Narita, Jepun untuk penggambaran program Primadona. -berita harian-



Wah...dah jadi artis rupanya anak Che ta dan Zain nih..
sekarang pun anak diaorang ni laku sungguh .
jadi duta dan belakon iklan..
kecik2 dah buat duit..
makin kaya la..kan??

Tapi ..
mesti ada jugak kesan2 buruk nya..
Bila dah jadi artis terdedah dengan dunia luar..
jadi lepas ni kalau anak kena kecam,kena kritik kena kutuk.
mak pak tak boleh nak meroyan sangat la..dunia artis memang macam tu.
tak semua orang suka..
Bila kerap sangat orang nampak mesti ada yang meluat..
kalau kita marah2 pun lagi orang menguntuk,..
macam kes Awal dan anak nya tu..
Awal marah2,Awal jugak yang kena kutuk..
cemana  tu?sabar je la....


 saya yang jarang orang nampak muka pun
 ada yang meluat dan benci tak tentu pasal..
Wah!!makcik pun nak jugak selit2 diri dalam entry pasal artis..
hahahah...

sekian...




ANGKARA CURANG SUAMI GAM KEMALUAN ISTERI

Assalamualaikum...



Seorang lelaki sanggup membalas dendam kepada
isterinya dengan cara yang sangat kejam dan
tidak berperikemanusian.

Marah dengan perlakuan curang isterinya
yang menjalin hubungan sulit dengan bapa saudara sendiri,
si suami naik marah lalu mengugut ingin memotong
tangan tangan isterinya.
Berasakan perkara itu mustahil untuk dilakukan
dia pun memaksa isteri nya baring dann membuka kaki.
Lantas dia dia bertindak melekatkan kemaluan isterinya dengan gam.

Si isteri meronta  dan merayu minta dilepaskan namun
tidak diendah kan suami malah si isteri
dibiarkan begitu saja manakala si suami melarikan diri.

Si isteri berusaha mencuci gam tersebut namun
berasa risau jika tercedera.
Dia jugak takut melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis
kerana risau suami nya akan kembali dan membalas dendam sekali lagi
Sehingga sekarang suami nya masih gagal di kesan.

hehehe..tu la..berani2 nya dia curang..
tapi sisuami tak patut la buat macam tu..
bagi penampor sekali dah la..
hahah..mesti isteri tu serik nak buat jahat lagi..
saya baca berita ni kat mirror .co.uk tak pulak dinyatakan kisah ni berlaku dimana.
jadikan pengajaran..

sekian...

SEDAP JUGA LAGU BARU ZAMANI SLAM NI..

Assalamualaikum...



Sedap jugak lagu baru Zamani Slam ni..macam sesuatu sangat liriknya tu..
kalau tak percaya nanti dengar tau..melodi nya tu tenang je...
Gitu je la komen biasa orang tak de pengetahuan tentang muzik nih..
ahahahahh..ikut sedap telinga je..kalau rasa best.best je la komen nya..
langsung tak menarik punya komen...:)
bebel panjang tak guna ..jom dengar lagu baru Zamani Slam ni..
Tajuknya Cahaya Asmara.

Lirik lagu Cahaya Asmara -Zamani Slam

Dalam mencari
cinta hakikicinta sejati..
sembunyi dimana..
Di tiap sudut di tiap ruang
Didalam gelap didalam terang

Hiba terluka
berendam rasa cari penawar jiwa
Titian masa masih berlara
berikan tubuh berbisa

Masih mengharap
masih mencari
agar terbuka ruang hati mu...

Kalung kalbuku hanya dirimu
tiada lain tiada ganti..
beri peluang buka sedikit
mata bertentang jiwakan sakit.

Bukan simpati jua meminta
Ini lah cahaya asmara...

Jika..Direstui  kau kembali..
Ku berjanji..
Ku gengam api.
ku lindungi hingga abadi..

Jika..direstui kau kembali aku berjanji...
aku genggam api ku lindungi hingga abadi...

masih mengharap..masih mencari..
agar terbuka ruang hati mu..
hiba berluka berendam rasa cari penawar jiwa..

beri peluang buka sedikit..
mata bertentang jiwa kan sakit..
bukan simpati jiwa
jiwa merayau ooo..




sekian...

FARAWAHIDA KINI SUDAH BERHIJAB

Assalamualaikum....

Kenal tak ini siapa?


Kenal..sebab tengok tajuk entry..
hahahhah..ni kan penyanyi lagu tanpa mu...
Farawahida..
satu masa dulu cerita panas nya bersama sorang komposer 
tersebar ..masa tu la orang baru kenal dia...sebelum tu pun ada yang kenal tapi tak ramai..
lepas tu dia berkahwin ..
dah tak de dah menyanyi..
sekarang dah pun berhijab...nampak lebih manis.





Bagus la dah berhijab..
semakin ramai artis yang dah ada kesedaran untuk menutup aurat..

Sekian..

Thursday, 26 March 2015

KENAPA ISTERI SAHAJA YANG KENA BUAT BANYAK KERJA RUMAH?

Assalamualaikum...



Ini lah sebab nya kenapa orang perempuan selalu rasa
dia lah yang paling banyak buat kerja..
tapi memang betul pun..kan??
lelaki ni kita suruh baru dia bergerak..
nak tau kenapa??

sebab kita ada lah queen..
dan lelaki ada lah king!

tak percaya baca nih..



kan..??jadi orang perempuan..
sila terima hakikat..

sekian..

MAKAN LAH SEMANGKUK SUP TIKUS UNTUK KESIHATAN

Assalamualaikum

Alahai..semalam baru terbaca kisah seorang cucu yang setiap hari
diberi makan katak oleh nenek nya.. ,dan  hasil nya dijumpai ada menatang apa tah kat dalam kepala dia.Hari ni satu lagi  menatang geli geleman yang dibuat sup dan dimakan.




Kesian gadis ni..setiap hari ibu Chen akan memasak semangkuk sup tikus untuk nya
sebagai sarapan pagi dan dia harus menghabiskan sup tersebut.
menurut ibunya sup tersebut bagus untuk stamina
dan menjelaskan eekor tikus sama dengan 3 ekor ayam.
Walaupun dia mengakui tidak mengemari sup tersebut
namun dia terpaksa menghabiskan nya kerana ibu nya
sudah bersusah payah menyediakan hidang.

sup tikus yang dimakan Chen setiap pagi

Chen menegaskan perut nya akan berasa kurang selesa
selepas menghabis kan sup tersebut.

Chen yang memuat naik gambar semangkuk
sup tikus ke laman sosial mendapat kritikan ramai
dan  terpaksa berdebat dengan orang ramai demi
menjelaskan khasiat sup tikus  seperti yang didakwa ibu nya.
namun menurut pakar pemakanan tikus bahaya dimakan kerana
mengandungi beribu kuman dan bakteria.


Masyarakat di wilayah Fuzhou percaya memakan tikus boleh mengatasi
beberapa masalah rambut.
malah hidangan tikus kering sangat popular di sana.

Gambar memang sengaja saya blur kan..
satgi ada pulak yang hilang selera makan sampai kurus kering..
jangan ada yang cuba makan dah la ye..
Kita kan orang islam..eii...jom muntah!

sekian..




BARU SETAHUN KAHWIN DAH BAGI SUAMI KAHWIN LAIN.NAK TAHU KENAPA?

Assalamualaikum...


Wah..mesti ramai lelaki yang cemburu dengan nasib suami wanita ini..kan??
beruntung nya dia..baru setahun kawen dah dapat lampu hijau untuk buka cawangan baru.
Ada setengah suami tu 5 tahun pujuk bini
untuk bagi kebenaran kawen lagi..tak lulus permohonan nya..
Ini cukup setahun permohonan lulus.hebat!
Guna orang dalam kah?hehheheehhe...

Tapi jangan la cemburu sangat..
selepas di kaji di tilik dan di renung2kan selamat beramal..
maka beberapa kemungkinan yang  menjadi punca 
kenapa ada isteri yang baru setahun dua kahwin dan canang merata kata dia bahagia
tapi dengan senang hati bagi suami kahwin lain.

1-isteri dah malas nak layan.
kau kerenah macam2..masak itu tak sedap, ini tak sedap.
sekarang dia malas nak layan kau lagi..
itu baru bab makan belum bab peranagi huduh kau yang lain lagi..
kau pergi la menyusahkan pompuan lain pulak.
nak bercerai bini takut jadi janda jadi bagi je la kau kawen lain.


2- Tolong uruskan rumah.
Bila ada madu boleh la madu  kemas kan umah..
basuh baju..jaga baby ..
Oh!jangan lupa bangun awal pagi ye..
Bini no 1 nak makan bihun goreng pagi esok..

3- Boleh topup belanja rumah
senangnya dapat madu yang bekerja..
Suami bayar kereta,
no 1 bayar rumah
no 2 bayar bil .
duit makan sorang 100.
Jimat!!!!!

Ok la..3 dah cukup..
eh!entry ni usik2 je..jangan ada yang sentap pulak..
tak semua orang bermadu macam ni..saya tau..
ada yang ikhlas sudi berkongsi kasih...

jangan salah sangka ye..
saya bukan buat kesimpulan pada pemilik status diatas..
baca betul2 entry ni..

sekian...



SEMOGA SEMUA POSMEN TABAH DAN KUATKAN SEMANGAT

Assalamualaikum...



Bukan senang kerja posmen ni..kan??
lagi2 posmen yang hantar barang2 tu..
mesti ada posmen2 yang pernah kena hantar  barang
yang tak masuk akal..kan??
contohnya macam ni..


hehehh..penyapu pun nak guna post.
macam2 hal...

sekian..

SELAMAT HARI JADI MAISARA...

Assalamualaikum...



Genap lah umur nya 8 tahun...
dah macam-macam perangai budak ni..
dah pandai bad mood,
pandai buat2 sweet kalau nak apa2.
paling kerap kena ngayat dah tentu ayah dia..
anak ghenyih sikit ja terus angguk..hahahah...

SELAMAT HARI JADI MAISARA..
Terus lah menjadi lah anak yang baik..
kakak memang tak pernah menysahkan ibu dengan ayah..
selau jadi bahan gelak ayah dan ibu ..
selalu menceriakan suasana..
tiap kali sebelum tidur kami selalu berbual2 tentang kakak..
lepas tu kami gelak..hahahahah...
nak gelak depan2 kami tak boleh..
jadi gelak belakang2 je..
sorry kakak..♥♥♥♥♥

Kejutan yang kakak suruh ibu dan ayah buat tu...
InsyaAllah...nanti kami akan buat..
tunggu tau..
(Paksa2 pulak buat kejutan untuk dia.)

Hadiah dah bagi awal2..
sebab tak sabar punya pasal..
harap2 kakak jaga baik2 tau hadiah tu..
ibu dulu masa kecik2 tak pernah merasa benda2 gitu..
(hari gembira jangan nak buka citer sedih  la ibu oiii!!)

Selamat Hari Jadi...
Kakak tetap anak manja ayah dan ibu..
walaupun adik selalu potong line..

Sekian...




Wednesday, 25 March 2015

GAMBAR-GAMBAR DATO SITI NURHALIZA DAN SUAMI DI CAPPODOCIA

Assalamualaikum...

Ingat tak lagi filem Manisnya Cinta di Cappodiacia lakonan 
Fazura dan Shaheizy Sam.
Ramai yang memuji keindahan negara Turki dalam filem tersebut..
Agaknya sebab tu la pihak astro memilih Cappodicia sebagai lokasi untuk rancangan Romantika
dalam episod Dato Siti dan suaminya Dato K.
Memang cantik gambar2 yang dikongsi Dato Siti ketika berada di sana .
Jom kita tengok...



yang ni kat Mushroom Valley..
sebab tempat ni batu2 tu macam cendawan kot..sebab tu di panggil
Mushroom Valley

Selfie.....

romantik nya...





wah..berani Siti pandu ATV..
katanya ini antara hobi dato Siti dan suami,..




Cuba buat pasu..boleh ke tu??











paling best sekali dato Siti berpeluang naik belon panas...
kalau nak tengok video nya boleh pi kat IG @ctdk 
ada video dia kongsi kat sana..

Bukti diaorang dah naik belon panas...


masa tengok gambar ni kat IG ada yang komen..

"kami yang miskin ni mampu tengok je la.."

alahai..bunyi sedih sangt..
habis tu tak kan nak bawak semua yang miskin2 ni naik belon panas dengan laki dia..
apa la..!

sekian..

ORANG PEREMPUAN MEMANG SUKA TENGOK LELAKI KACAK

Assalamualaiakum...

Orang perempouan ni kalau tengok lelaki kacak memang tak boleh kawal diri.
nak jugak panjang2  kan leher tu..nak intai lelaki kacak..
yang dah kawen pun sama naik dengan yang belum kawen..Bukan semua la..
tapi ramai..


Alah..tak nak mengaku pulak tu..
Ingat lagi masa zaman Arron Aziz jadi hero drama apa entah..
masa tu yang bini2 orang pun tak teragak2 nak
membayangkan kalau2 suami diaorang boleh bertukar jadi Arron Aziz..
yang bujang2 pun sampai dok termimpi2 kan Arron Aziz.


Tengok pulak masa pemain bolasepak Thailand yang kacak tu
jadi perhatian gadis2 malaysia..Semua dah macam gila bayang je..
yang si mak2 pun..tanpa segan silu.."meleleh' tengok lelaki kacak..
Eh!dengar2 pemain bola tu nanti main untuk liga kita tau..
jaga kelaku semua..ok..

Bukan benda pelik pun..
Ingat kat malaysia je ke yang macam tu..
kat negara lain pun sama...
macam kat China ni..
sorang polis ni sampai tak boleh nak meronda sebab
dikerumuni wanita2 yang terpesona dengan ketampanan
wajah nya..wah!gitu...heheheh
kacak sangat ke kau??
boleh lawan laki makcik punya kacak???ekekekk.
tengok ni..kacak ke kicap???



Kita kan orang islam..kena ada sifat malu...


sekian..