Skip to main content

WANITA INI MELAHIR KAN BAYI SEBERAT 14KG

Assalamualaikum...


Biasanya kalau baby baru lahir berat nya dalam 3-4 kg saja..
Anak saya pun dua2 nya berat lebih 3kg ..
tapi tak de la sampai 4 kg..Mungkin sebab saya 
pun kecik,perut kecik je jadi baby pun kecik..
(eceh..nak jugak bagitau dia kecik..Padahal...erm....)

Pernah jugak masa saya dok kat wad bayi sebab anak kena jaundis,
saya jumpa sorang ibu ni dia lahirkan anak dia lebih 4kg lebih..
dekat 5 kg jugak la....
wow..masa tu rasa macam tetiba je teringat sakit besalin..hahahh..


Tapi yang satu kes ni lagi ngeri..
Berlaku di Florida..
seorang ibu melahirkan bayi seberat 14 kg.
malah wanita tersebut,Maxxandra Ford tidak 
menyedari yang dia sedang hamil..
Wah!!ceman aku bawak perut kau selama ni  makcik..hahahah

Dia menyedari dirinya hamil
ketika memasuki minggu ke 35.


Disebab kan keadaan perutmnya yang agak besar doktor
mengesyaki wanita tersebut hamil anak kembar.
Tanggal 29 january ,ketika tiba waktu hendak melahirkan ,
doktor terkejut kerana mendapati anak yang lahir 
tersebut agak besar dan menganggarkan nya dalam 10 kg..
Selepas di timbang bayi tersebut adalah seberat 14.1 kg
dan mengambil mas 18 jam untuk ibunya bertarung nyawa 
melahirkan bayi ketiganya ini


menurut Doktor
Cuma ada 1 diantara 100000 bayi sahaja
yang mempunyai berat lebih 14 kg..

Er..alahai..tak susah nak bela bagi besar kalau macam ni..
ahahhaahh

sekian...



Comments

  1. tengokla maknye pon besar mana... baby yg 14kg tu pon nampak kecik je dia dukung, tapi wife kawan saya, kecik je orangnya, lebih kurang wife saya gak(nk bgtau gak wife saya pon kecik je hahahaha), berat dalam 40++kg je, dapat anak masa lahir 3.99kg, terkeluar jap biji mata saya masa suami dia cerita

    ReplyDelete
  2. ni kategori bayi obesiti ke camna? tak terbayang macam mana dia bawak baby tu dalam perut.. tak rasa berat ke sampai tak tau pregnant. tak rasa baby gerak2 ke dalam perut

    ReplyDelete
  3. Semangat betul baby ni. Entah macam manalah ibu yang mengandungkannya alami sepanjang tempoh 9 bulan lebih tu.

    ReplyDelete
  4. Masyaallah besarnya..... macamana maknya boleh tak oerasan mengandung ek? Tak period ke?

    ReplyDelete
  5. maknya pun body besar , jadi tak perasan n x terasa lah kan . klu sis yg comel ni , maunya dok atas wheel chair je ...

    ReplyDelete
  6. omg... cmner keluarnya tu... uhuhuhuh

    ReplyDelete
  7. Klu baby ngn mak dia xdela besar bby tu..tp kan pelik benar mak dia xrasa apa..dh la bby besar

    ReplyDelete
  8. ni bila dah besar kena selalu tolong mak . hehee

    ReplyDelete
  9. Bila besar baby ni boleh jadi wrestler, boxer atau body builder.

    Terbayang bagaimana ibunya beranak...mesti punya susah nak keluarkan baby seberat itu dari rahimnya, puas meneran.....

    ReplyDelete
  10. cucu kaknoor pun dah setahun baru 10 kg aduiii ni dah terlebih besar ni, mudah lah mama nya menjaga dh besar tk lentok2 lagi kalau kecik tu

    ReplyDelete
  11. humangaih! tabik springlah kat si ibu nih.

    ReplyDelete
  12. Untungnya mengandung tanpa sedar. Takde alahan, takde lesu semua. Untung betul. Mesti spesis badan dan rahim kuat ni. Anak tu 14 kilos lagi berat drpd berat anak aku yg umur 2 tahun tu.

    ReplyDelete
  13. pergh gilos apidos 14kg...hadoi hai...

    ReplyDelete
  14. besar anaknya mesti hebat dugaan nak bersalin ni..

    ReplyDelete
  15. mak aiiiii 14kg baru lahir!!

    ReplyDelete
  16. Salam, aduhai...besar dan beratnya..Alhamdulillah selamat melahirkan...14kg tu~~~

    ReplyDelete
  17. OMG! Tetiba je teringat sakit bersalin 9 dan 4 tahun lepas. Hahaha!

    Anak-anak saya lahir kecil je tau. Si Abang 2.96kg dan si Adik pulak 3.1 kg. Kalau macam tu tak sedar mengandung, adatlah. Ini anak dalam perut dekat 14kg pun tak sedar diri mengandung, konpius sekejap tau!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …