Skip to main content

TAYANG JUMLAH PELAWAT BLOG..TAK MALU KE?

Assalamualaikum...

Ada blogger bagitau kat saya UV blog dia sikit sangat..
sampai dia malu nak tunjuk kat orang..
Ni yang dia bagitau saya la lepas saya letak gambar
UV saya untuk seminggu masa Raya Cina lepas di facebook semalam..



Entah la..mungkin awak boleh la label kan muka saya
memang muka tak malu sebab saya sejak dulu memang selalu update
jumlah Unit Visitor dan Pageview di facebook dan blog..
Dulu pertama kali blog saya dapat UV 200 pun saya update dan
siap bagitau saya bangga dan seronok.

Saya akui memang saya buat blog supaya
orang baca ramai2..saya tak mau yang baca setakat 3,4 orang.
kalau nak suruh 3,4 orang je yang baca baik saya tulis
lepas tu saya copy dan send kat jiran ,suami dan 2,3 orang blogger yang rapat dengan saya.
lepas tu  log out dan layan facebook sampai patah kuku.

Apa yang nak dimalukan...
Awak malu ke dengan benda yang jadi hobi awak??
kalau malu dengan hobi awak,awak pasti ke
betul tindakan awak nak buat blog ni??
Yang tu awak tanya diri awak sendiri la ye..



Pendapat saya la..
Saya percaya bila saya berani tunjuk UV blog saya
pada orang ramai.orang tahu yang yang saya bersungguh2 dengan blog saya nih.
Ianya membuka peluang juga pada saya
untuk terima advetorial job

Saya tahu ramai lagi blogger2 yang punya UV dan PV lebih jauh tinggi dari saya.
UV dan PV blog mereka bukan sikit..sebulan sampai cecah juta..
betul tak kalau saya kata awak malu kat blogger2 yang popular tu ..kan??

Saya ni blogger tahap 1 je..buat apa saya nak kesah dan malu dengan diaorang.
Awak patut sedar diri awak ditahap mana.
kalau awak nak bersaing dengan blogger yang nama atas2 tu
,itu la yang menyebabkan awak malu.
Bersaing la dengan diri sendiri..jadi tak la ada rasa malu tu..



Sudah!!sudah..jangan malu2 lagi ..
Tunjuk je berapa UV dan PV blog awak..
lepas tu bulan depan usaha lagi supaya angka tu bertambah,
kasi motivasi pada diri sendiri..ok...
sampai bila asyik nak update CPUV je??ekekekek


sekian...

Comments

  1. saya pun suka tayang supaya orang suka datang bertandang dan beriklan kat blog kita. dapat jugak income skit2 kan?

    ReplyDelete
  2. haaaaaaaaaa suka entry ni...julia pun suka tayang pv seciput julia...bila kita yakin bakal peniaga rajin nak tempah advert dgn kita...janji kita rajin...diana, orang yg tak yakin dengan blog sendiri susah nak cari makan...kena yakin wpun pv rendah mcm julia...julia yakin pelan2 kita boleh jana wang melalui blog wpun 1 sen...sapa nak kasi 1 sen kan...sekarang alhamdulilah...dulu zero sen...sekarang cecah rat2 alhamdulilah...diana go dear...

    ReplyDelete
  3. Ramai sungguh pengunjung ke blog sis. Tahniah. Saya sehari nak lepas 10 pon x lepas, macam x capai sasaran saya nak kongsi idea homeschool. Apepon, suka bace blog sis

    ReplyDelete
  4. alhamduluillah..tahniah diana..

    inshaAllah..nak jugak capai macam apa yang diana capai...hehehehe

    ReplyDelete
  5. So inspiring.. ok lps ni xmo malu² lagi.. :)

    ReplyDelete
  6. baiklah!! x malu dh nk tayang UV pasni..bahaha

    lgpun trafik tinggi rendah tu depends pd genre blog kita jugak..yg cecah juta² tgk ler blog dia genre mcm mana pulak kan..yg penting self confidence ye dak?? :)

    ReplyDelete
  7. kan, nak buat juga la.. hehehahe..

    ReplyDelete
  8. kena positive selalu... br enjoy setiap apa yg kita buat.

    ReplyDelete
  9. BERBANGGA DGN APA YG KITA ADA KAN DIANA...

    ReplyDelete
  10. kalau nak dikira soal malu, baik tak payah buat blog. Tulis diary je. Hehe.

    ReplyDelete
  11. wow
    banyak
    MG daily 1k je
    tp nipun dah alhmdulillah :)

    ReplyDelete
  12. entahlah kak, saya serupa nasib macam si penanya.

    tak tinggi UV/PV.nak tayang pun.. takde apa yang nak saya banggakan.

    Untuk saya, it's ok without PV/UV as long ada yang singgah dan baca blog saya waima 1 atau 2 orang dan lebih memberi kesan kepada saya bila 1 atau 2 orang itu juga akan kembali menjadi reader next entry2 saya :)

    Trimas gak sebab akak sudi baca entry2 saya :) Bdw pada saya akak merupakan seorang blogger yang berjaya since saya mula berblog tahun 2011 lagi :)

    Tahniah kak!

    ReplyDelete
  13. Aku ni ha dapat 15 orang pon dah seronok dah. hahaha

    ReplyDelete
  14. kakkkkkkk saya takde kekuatan cam akak untung tayang UV hehehehe

    ReplyDelete
  15. Kathy setuju sis.. Tapi PV/UV kathy pun sikit jgk ni..

    ReplyDelete
  16. dulu zaman aku rajin update blog sehari 2x, readers aku cecah 1k..

    tapi sekarang update sehari sekali, (dan kadang2 tak update,) cuma boleh cecah 700 sehari...kesian...hahaha...


    anyway, tahniah dear!!

    ReplyDelete
  17. Hahahaha...kak alinlah org yg malu nak tunjuk tu....kekekeke

    ReplyDelete
  18. ramai tu..cik nor xpernah 1k pon..haha

    ReplyDelete
  19. Betul tu.. Kna yakin diri dgn apa yg kita ada...

    ReplyDelete
  20. Elokla tayang, bukan riak nk tau......

    ReplyDelete
  21. fuyoo kencangnya traffik.. kita nak maintain UV 1K pun semput .. teror main SEO nie.. fuh..

    Nanti tayang la earning nuffnnag pulak. nak tgk/ boleh dijadikan motivasi gak tu hehe =D

    ReplyDelete
  22. Tahniah DR, tinggi tu best kan :)

    ReplyDelete
  23. Salam, haa pd saya, xsalah je nak up pasal UV kita sbb kita yg usahakan blog kita sendiri, then tunjuk2 tu pun sebab nak bagi keyakinan pd sape2 yg nak buat advertorial kan..so, xkisahlah..yg ckp bukan2 tu yg jelez lah tu..hehe

    ReplyDelete
  24. Walaupun saya ikhlas berblogging, dan tak malu dgn hobi, tapi jumlah visit tu tetap le saya malu nak publish. Mgkn pemalu lebih ni kot. Kehkeh.

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

30 MENU BERBUKA PUASA YANG RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN

Assalamualaikum


Masuk je bulan ramadhan benda yang kita selalu fikir ialah nak masak apa untuk berbuka dan bersahur.kalau boleh kita nak juadah yang sedap , mudah di masak dan tak ambil masa yang lama.




Hari ni saya nak senaraikan 30 juadah lauk pauk yang kita boeh buat sepanjang ramadhan ni...Semoga lepas ni tak de la masuk je dapur dah pening kepala nak masak apa..Last2 ke bazar ramadhan juga dia merayau cari lauk..eheheh..Anggaran memasak setiap hidangan cuma dalam 10-20 minit sahaja..kalau guna dapur 2,3 tungku tak sampai sejam siap semuanya..



30 MENU BERBUKA PUASA YANG  RINGKAS SEPANJANG RAMADHAN
1- Ayam masak merah + ikan goreng +acar timun

2-Daging masak kicap + ikan goreng + taugeh tumis air

3-Gulai ayam + tumis kacang buncis + ikan keli goreng

4-kurma daging + kerabu mangga + ayam berempah

5-asam pedas ikan pari + ayam goreng kunyit +sambal belacan +ulaman

6-ikan keli masak lemak + terung berlada + ayam goreng

7-singgang ikan +kangkung goreng belacan + ikan goreng

8-Sup dagi…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …