TANGGUH KAHWIN SEBAB NAK TUMPU PADA KERJA?NAMPAK SANGAT DIA TAMAK.

Assalamualaikum...



Walaupun tak de kena mengena dengan saya tapi saya agak
geram pulak bila baca pasal sorang ahli kumpulan
yang menang maharaja lawak baru2 ni dikatakan nak
tangguh kan perkahwinan untuk tumpu pada kerjaya..

Dah ramai la artis yang selalu bagi alasan macam ni.
Terfikir pulak saya ,kenapa sampai nak tangguh kahwin??

kau punya majlis kawen 40 hari 40 malam ke??
kau nak buat majlis macam Siti dengan dato K?
gilang gemilang sampai 3,4 malam??

Dalam seminggu ada 7 hari..
kursus kawen biasa nya hari sabtu dan ahad..
2 hari je..tak kan sebab kursus  kawen tu kau nak tangguh kawen..

Akad nikah pun tak sampai setengah hari..
Biasanya kau tunggu kat masjid dalam 2 jam je.
selesai la akad nikah...
Tak kan majlis akad nikah 2 jam tu penyebab kau nak tangguh kawen.
ke kau nak hafal doa qunut dulu baru kau nak akad nikah??

Ataupun kau nak tangguh kawen sebab kau sendiri nak jahit baju kawen kau?
nak jahit manik lagi,sulam2 lagi..
Itu sebab nya kau nak tangguh kawen??

Bagi seorang gadis bila lelaki tu dah canang2 kata nak kawen..
tiba2 lelaki tu kata tak nak kawen buat masa ni sebab nak tumpu pada kerjaya,
percaya la..hati dia terluka sangat..
kecik hati dia tau..
Tapi kalau dia tak rasa kecik hati dan melompat2 rasa seronok
tak tahu la saya nak cakap apa..
Dia tak de selera kat kau la gamak nya..hahahah

Agaknya dia rasa perkahwinan tu akan menghalang dia
dari berjaya dan kumpul duit banyak2 kot..
Tak tahu ke lepas kahwin lagi melimpah ruah rezeki yang Allah bagi..

Suka hati la nak kawen ke tidak..
jangan lama2 orang menyampah dah le..
hehehhe..menyibuk je makcik nih...

#nak tiru Mawi la tu..heheh


sekian...

TANGGUH KAHWIN SEBAB NAK TUMPU PADA KERJA?NAMPAK SANGAT DIA TAMAK. TANGGUH KAHWIN SEBAB NAK TUMPU PADA KERJA?NAMPAK SANGAT DIA TAMAK. Reviewed by Diana Rashid on February 12, 2015 Rating: 5

23 comments:

  1. minta2 tak lupa diri & lupa tunang tu ler.. jgn jadi macam mawi & ina dulu dah ler. sian perempuan tu dah la lurus bendul kena main camtu jer

    ReplyDelete
  2. Manusia.. Oh... Manusia...
    Macam2 hal.
    Macam ni pun ada ke?

    ReplyDelete
  3. eh tak jadi pulak dah..dah ada duit tu baik kahwin terus

    ReplyDelete
  4. maybe dia tak ready la tu. tmbh lg org susah. nk bwk mak dia pergi Mekah. cer tnya dia dpn2 knpa dia tak jadi kahwin. kan senang?

    ReplyDelete
  5. itu la manusia...bila dah senang..muda lupa yg dibawah...

    ReplyDelete
  6. Yg kesian pada pihak yg menunggu tu Dee. Dunia publisiti pulak banyak ragam - entahlah susah nak predict apa dlm pemikiran mereka yg begitu.

    ReplyDelete
  7. btl tu..bila sy bace je tajuk ckp dia nak tangguh kawen tu, terus rasa menyampah meluap2...confirm lupa diri lepas dh byk duit.niat dia dh lari dari yg asal....kesian pompuan tu..

    ReplyDelete
  8. Setuju ! Mesti kecik hati sesangat perempuan tu even dekat mulut dia cakap 'Takpe'. Erghh. Tak suka macam ni.

    ReplyDelete
  9. jika kira kot logik.. kalu sy la yg jadi tunang dia tuh.. mmg 'terasa' gila la.. apasal jadi gitu.. alasan sgt menyakitkan hati.. apa nak cari yg lagi cun ke..?? aduhai

    ReplyDelete
  10. Ler gitu lak. Hrp xlup diri. Mga yg prmpuan tu sdr mcm mana sikap bakal suami. Hrp baik2.

    ReplyDelete
  11. Makcik ni suka betul menyebok yek hihi....Suka hati dialah DR nak kawen ke tidak. Duit dia dah banyak. Kita tengok jer macamana lepas ni

    ReplyDelete
  12. kat sabah ni kahwin siang malam sanding sis.. takut tak sempat kot..hehehehe..

    ReplyDelete
  13. Marah betul makcik :) Nasib baiklah makcik bukan siapa-siapa pada bakal pengantin! Kalau tidak, naya kena hempuk ^_^

    Biasalah tu. Itu cerita sebelum berjaya, sebelum dapat duit banyak. Lepas dapat duit ni tetiba je nafsu pun jadi banyak. Banyak nak kena pakai duit :) Tangguh dululah kahwin mana tau kotnya bukan cinta sejati. Ada cinta sejati yang lain menunggu lepas ni...

    ReplyDelete
  14. patutnya kerjaya & keluarga sama-sama dijaga.
    bahagia dunia & akhirat...

    ReplyDelete
  15. patutnya kerjaya & keluarga sama-sama dijaga.
    bahagia dunia & akhirat...

    ReplyDelete
  16. kerjaya + keluarga = bahagia dunia akhirat...
    hu hu hu...

    ReplyDelete
  17. kerjaya + keluarga = bahagia dunia akhirat...
    hu hu hu...

    ReplyDelete
  18. Kita doa yang baik-baik untuk mereka.. Andai ada jodoh, kekal bahagia mereka hingga ke akhir hayat.. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  19. setuju sangat diana,..perkahwinan akan memberikan rezeki lagi..alasan sebegini memang akan buat seseorang perempuan terasa hati..bukan ekonomi tak kukuh lagi kot

    ReplyDelete
  20. Haha... mok cik ni xtahu kes.. patutla mok cik diana marah.. memang patut ya..heboh kemain nk kawin tup tup tangguh pulak

    ReplyDelete
  21. Pernah rasa macam tu dulu...tp sekarang rasa nak cpt2 kawen

    ReplyDelete
  22. mcm2 la...kalau bnda baik, better dipercepatkn

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.