SAYA TAK SOKONG HUKUMAN MACAM NI

Assalamualaikum...



Disebabkan ada anak jadi saya tak menyokong hukuman macam ni.
lagi2 ianya dilakukan oleh orang luar..
bagi saya tindakan merotan hanya layak diberi oleh ibu bapa.
sebab dah tentu kalau ibu bapa (yang penyayang) yang
merotan anak2 ialah kerana niat mendidik dan bukan untuk menganiaya..
Itu kalau saya la..kalau mak bapak lain saya tak tahu.

Dalam kes yang saya baca kat suratkhabar ni..
Budak ni baru darjah 4..
dan dia dirotan  kerana tak menjawab dalam 5 saat.
Itu memang saya tak boleh terima..
Lagi2 ianya bukan pertama kali berlaku.

Saya dulu pernah juga dapat cikgu garang..
Siapa tak hafal sifir siap la bontot tu kena rotan dengan
pembaris panjang yang kaler kuning.
Ada lagi tak pembaris tu kat sekolah2 sekarang ni??

Memang ada bontot yang makan pembaris tu..
sampai patah.tapi cikgu saya tak de la bagi masa cuma 5 saat untuk jawab..
Dia siap bagi masa lagi balik rumah dan hafal..
esok datang sekolah tak hafal jugak baru kena..
itu pun bukan kat badan..tapi kat bontot dan kaki.
kadang2 kat tapak tangan guna rotan bulu ayam tu..

Saya percaya cikgu-cikgu pun dah tak boleh terima hukuman rotan nih.
ada sekolah yang rotan pun tak disediakan..

Tak tahu la apa niat cikgu ni menghukum sampai macam ni..
Nak mendidik ke,nak bagi sakit atau nak lepas geram.
tapi ianya sesuatu yang tak wajar.

jangan buang masa cikgu dengan merotan..
Adalah lebih baik memberi hukuman yang dia boleh ingat apa yang cikgu tanya tu..
contohnya tulis jawapan untuk soalan tu
sebanyak 40 mukasarat..itu lebih baik kot...


sekian..

Post a comment

12 Comments

  1. saya pun setuju tak sokong kalau orang lain yg rotan anak saya camni.. kita mak bapak pukul pun kita tahu nak pukul kat mana & level kuat pukul tu tahap mana sebab kita nak anak kita rasa sakit & serik bukan rasa perit & memudaratkan..

    ReplyDelete
  2. Ckgu yg bt tu sure akn kena tindakan tatatertib...sbb rotan mmg dh xdibenarkan dah disekolah...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Ehhh kita pun pernah kena sebat dengan pembaris kayu warna kuning tu. Hahaha. Kalau kene dekat jari , menangis. T_T

    ReplyDelete
  4. memang menjadi isu tentang rotan ni..kalau dulu hukuman bersesuaian dgn kesalahan..skang ni?macam² je

    ReplyDelete
  5. Salam, sy pun setuju dgn akak...zaman skang ni bila manusianya pelik2, buat kesalahan pun pelik2, so undang2 yg baru keluar pun ikut pelik juga..Haih~ pelik~pelik~~

    ReplyDelete
  6. Mmg salah etika cikgu ni... Huhu...

    ReplyDelete
  7. kebelakangan ni byk kemalangan melibatkan kapalterbang..

    ReplyDelete
  8. huhu..kalo eks mcm ni mmg la tak patut..terlalu gunakan kekerasan ni

    ReplyDelete
  9. cikgu ni ada masalah , dia lepas ke budak tu . mangsa keadaan

    ReplyDelete
  10. Sampai berbirat mcm tu. Betul2 kuat tu.

    ReplyDelete
  11. Saya tak pernah merotan anak-anak dan kalau anak saya dirotan oleh guru sampai macam ni, haruslah saya menyangsang ke sekolah. Nak beri peringatan, nak mendidik memang tak salah tapi kalau dah macam ni gayanya apa nama yang patut diberi? Pengajaran ke ni? Tidak rasanya!

    ReplyDelete
  12. Even umah deno ada rotan besar, abah x pernah rotan...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)