Skip to main content

KAWAN-KAWAN SAYA YANG KERJA SEBAGAI PENJAWAT AWAM TAK MACAM NI..




SELANGOR - Beberapa penjawat awam ditangkap minum pagi dan membeli belah di waktu berkerja di bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada 13 Februari yang lalu.
Lawton mengejut (spot check) yang dilakukan oleh Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi dan Unit Integriti SUK Selangor di bangunan SSAAS itu mendapati masih ramai kakitangan awam melakukan kesalahan itu di waktu berkerja.
“Unit Intergriti SUK Selangor akan memantau aktiviti ini dan tindakan tatatertib boleh diambil,” jelas kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook beliau.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik, pemantauan mengejut itu berjaya ‘menangkap’ 4 orang pegawai audit 5S yang sedang bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli Perak. -c&p-



Ish..ish..kenapa sampai macam tu ye??

Tak patut la buat benda2 ni pada waktu kerja...
macam mengambil kesempatan pulak..
Saya tahu ramai lagi penjawat awam yang jujur dalam bekerja..
Tak adil bagi mereka jika ada segelintir nya bersikap macam yang diberitakan ni.
betul tak??

Disebabkan orang macam ni la ramai orang rasa semua
penjawat awam ni ada sikap macam ni,
padahal yang buat pasal 2,3 kerat je..
jaga lah nama baik kawan2 lain sama...kan??

Saya pun ada ramai rakan blogger yang bekerja sebagai penjawat awam.
tak pernah lagi la rasanya saya baca dalam post diaorang,
diaorang keluar kejap pi makan atau membeli belah masa waktu kerja..
heheheh...Alhamdulillah kawan2 saya semua baik2 orang nya..

sekian..


Comments

  1. betul tue sebab nila setitik hbs semua kena

    ReplyDelete
  2. Penjawat awam ade ke waktu rehat pagi.... Bukan ke waktu rehat penjawat awam 1ptg-2ptg je....'

    ReplyDelete
  3. memang ada kes sebegini, sebelum ni pun ada yang kena tangkap jugak..
    memang tak semua macam ni tapi yang mengambil kesempatan tu ramai..hehe

    ReplyDelete
  4. Berdasarkan pengalaman sendiri, banyak kes macam ni di kalangan penjawat awam. Waktu kerja bukan saja pergi makan di luar waktu rehat, tapi pergi beli barang di pasar tani, supermarket, hantar anak sekolah dan lain-lain tanpa kebenaran boss. Malah ada satu kes (kisah benar) seorang ketua jabatan di sebuah negeri di Utara beberapa tahun dulu yang selalu pergi main golf waktu kerja. Tapi kerana teman main golfnya orang ternama kes itu tak dipanjangkan....

    ReplyDelete
  5. tula...benda ni dah lama kot...mcm kami cikgu2 ni susah sikit nak berlaku sbb kami kena masuk kelas ikut jadual..

    hmm..tak berkatla gaji kalau buat camnikan??

    ReplyDelete
  6. bknkah penjawat awam lama masa rehat dia..knapa nak g waktu kerja..huhu

    ReplyDelete
  7. sy penah dgr ada tu siap bw teksi lg...means dtg utk punch pastu kuar. then kol 5 punch utk blk...seharian x dok opis ish ish ish

    ReplyDelete
  8. Ni Diana akak nak habaq... hahaha (ketawa siap-siap dulu) Once upon a time, masa pi imigresen dulu, tengok satu staff ni kat kaunter tengah handle pelanggan. Lepas siap urusan kat imigresen, kita pun pi lah restoran sebelah nak breakfast. Tetiba nampak muka staff ni sedang enak bersarapan bersama-sama dengan beberapa orang yang kita nampak sama-sama queue kat dalam bangunan imigresen atas urusan yang sama! Macamana tu?

    Betul tu, tak semua tapi yang sikit nilah yang nak kena ambil tindakan. Mentang-mentanglah tak boleh buang orang sesuka hati macam kat private sektor, boleh santai-santai jerk buat kerja. I is angry you see :)

    ReplyDelete
  9. Ohhh ......seram jugak tu geng penjawat yg lain hihi....
    Jadikanlah pengajaran....bukan nak menabur pasir ke periuk nasi diaorang tp biar rezeki tu berkat katanya....

    ReplyDelete
  10. alamak! uncle memang selalu tuang kerja! huhuu

    ReplyDelete
  11. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

    Pastinya ramai lagi penjawat awam yang jujur.

    ReplyDelete
  12. Satu masa dulu, saya sempat menjalani kehidupan seperti ni. Gi ofis, pastu keluar gi beli sarapan. Tapi skrg ofis saya dah makin strict, dan kalo nak brekfes, beli siap2 sebelum masuk ofis.

    ReplyDelete
  13. Salam, hahaha bagus buat serbuan mcm ni, sy kat sini mmg nampak ramai org2 Majlis yg patutnya dah masuk kerja, tp duk tercongok lagi kat restoran sambil berhuha-huha...

    ReplyDelete

Post a comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …