Skip to main content

KALAU YE PUN ITU BINI KAU....

Assalamualaikum....





Dari semalam lagi saya baca kat page2 sukan  yang cerita pasal
pemain import kelantan yang tandatangan baju seorang wanita
yang dikatakan isterinya sendiri,,
Alah..kalau tak paham makcik letak gambar kelabu asap ni..
Nampak la sikit2 tu nak bagi paham jalan cerita .

Dah tentu2 itu bini dia..
Dia tak salah kot..
yang salah tu ialah tukang ambik gambar dan
tukang sebar gambar...

Mungkin dia sign tu kat tempat tersorok..
tak de ramai orang keliling...
Tak de mata yang memandang....
Tapi ada pulak paparaziah dok snap2 gambar terus masuk facebook.

Nak kata dia ambik sendiri gambar tu tak jugak..
kita sendiri nampak tangan nya kat mana..hahahh..

Makanya...sebab itu kita ni kalau nak buat apa2 pandang kiri kanan.
Kita rasa sorang dua je yang pandang..tak pe!
padahal tak sedar zaman sekarang ni dinding pun boleh bercakap..
kan??

Sama la macam kita2 yang dok tengok gambar ni...
Suami nak gi kerja,depan pagar tu la dia nak berlaga2 hujung bibir..
buat kat dalam umah sebelum keluar tu kan boleh...

Jangan la kita pikir kalau dah namanya suami isteri
bermesra kat mana2 pun boleh..
Nak raba2 nak sentuh2 kat mana pun tak pe..
Apa kau ingat manusia ni macam kucing ke?
Manusia kena ada adab..
Itu yang membezakan kita dengan haiwan..
Lagi2 kau seorang suami..patut jaga maruah isteri..

Kemesraan tu tak payah nak tunjuk kat orang..
awak tak meraba,tak bergomol depan orang pun
orang tak kan label rumah tangga awak bahagia ataupun tidak..
Tak payah la guna alasan..
"baru lah orang nampak kita ni pasangan yang bahagia..."
"baru lah anak2 tahu mak ayah dia bahagia.."

tak payah bagi tau..
anak2 sekarang ni kita tak tunjuk pun dia tau kita buat apa..
belambak dah tunjuk kat drama2 tu..


sekian....


Comments

  1. hahaha .... wooohooo
    kadang2 otak beku ... sbb tu terbuat jugak dlm dok berjaga tu ....

    ReplyDelete
  2. bila berita tu tersebar,orang ingatkan benda tu,benda yang negatif..subhanallah...mcam takde keje diorang ni

    ReplyDelete
  3. Macam macam hal la sekarang ni. T_T

    ReplyDelete
  4. mcm2 peel org berlaki bini nih...haru haih!!

    ReplyDelete
  5. Kita orang Asia biasanya tak menunjuk2 kebahagiaan kita dengan cara bermesraan berlebihan, apa lagi di depan khalayak ramai. Cukuplah kebahgiaan itu dibuktikan dengan senyuman pada kedua2 pasangan dan bilangan anak yg menyeri kehidupan...

    ReplyDelete
  6. Depan anak2 pun malu buat camtu ... ni kan depan awam ... mcm2 lah sekarang ni

    ReplyDelete
  7. entri ni buat saya teringat dalam 2 minggu lepas bawak lala main kat taman metropolitan kepong.. ada sepasang suami isteri ni.. yang laki dia bz dok control layang2.. si bini bz la dok peluk laki dia.. yg anak bz dok main sengsorang.. pelik jugak. motif ko dok peluk laki kau yg tengah dok control layang2 sampai x lepas. tak panas ke tengah2 padang dengna ramai orang.hahahaha

    ReplyDelete
  8. haha...benda-benda macam ni memang lagi banyak like dan komen kat page-page sukan berbanding cerita sukan sebenar..huhu

    ReplyDelete
  9. Dia sign baju2 tu utk peminat dia... mintak tolong bini 'dada'kan supaya senang nk sign... ade plak mangkuk yg curik amik gambar...
    Ini cuma intepretasi saya... saya cuba bersangka baik.. ngeh ngeh....

    ReplyDelete
  10. Dia sign baju2 tu utk peminat dia... mintak tolong bini 'dada'kan supaya senang nk sign... ade plak mangkuk yg curik amik gambar...
    Ini cuma intepretasi saya... saya cuba bersangka baik.. ngeh ngeh....

    ReplyDelete
  11. Fiza..
    baca perenggan atas je ye??
    pun nak komen..tak pe2..terima kasih sudi singgah blog nih...:)

    ReplyDelete
  12. Haha....nape okje tak jumpa pulak gambar tu kat mana mana page pun.....Sah mmg lambat betul pick upnya hihi....atau lum cukup ilmu nak jadi paparaziah hihi

    ReplyDelete
  13. kan kenapa la nak ditunjuk sangat

    ReplyDelete
  14. aida jumpa citer ni kat fb.
    nama nyer mengada-ngada.
    sign kat umah ajer la gitu kan :) ha ha...

    ReplyDelete
  15. heeee.... ha'ah kan xpayoh la nak tunjuk sangat... :p

    ReplyDelete
  16. Salam okay, sangat setuju dgn entry ni..org skarang mcm dh xde tahu malu, ramai yg anggap bila diorang dh halal so bolehlah nak bermadu kasih secara over dikhayalak ramai..stress betul!

    ReplyDelete
  17. Zaman sekarang ni, kalau kita tak famouskan diri sendiri, orang tolong famouskan. Oleh itu kenalah berhati-hati selalu apatah lagi kalau anda seseorang yang dikenali :)

    Bak kata HDlah ya, tak kuasa nak beromantika dengan saya in public sebab katanya, ' Couple yang lovey dovey in public tu selalunya merekalah yang gegak gempita bercerai dulu!' Hah!

    ReplyDelete

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Popular posts from this blog

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU

Assalamualaikum...

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP,LEMBUT DAN GEBU Rasa seronok betul bila dapat Waffle maker ni. Waffle maker ni hadiah dari Lazada Malaysia . Saya dapat Voucher Rm100 dan saya pilih Waffle maker ni .Banyak betul barang dari Lazada kat rumah ni..hahaha..Order hari ni , esoknya dah sampai..Cepat je..kan??Bila sampai terus google resepi, bancuh tepung nak buat Waffle..hahah...Nampak macam gelojoh kan?sebenarnya sebab teruja. :p
Banyak juga resepi Waffle yang saya baca..saya try 2,3 resepi tapi tak menepati citarasa .Saya suka Waffle yang tebal ,lembut ,gebu.Bila dah sejuk pun dia tetap lembut. Ada resepi yang saya cuba jadi  keras dan masak tak sekata mungkin sebab Waffle padat dan jadi keras.

Ini lah waffle yang keras tu..Dia membakar pun tak sekata..Tompok2  je..Resepi nya dari mana??tak perlu la saya bagitau..hahahah..Tapi bagi yang suka waffle keras dan padat macam ni mungkin tak jadi masalah..
Tapi selepas beberapa percubaan akhirnya dapat juga satu resepi yang kena den…

RESEPI BIHUN SUP DAGING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...



Suka watermark yang mana??Yang gambar atas  atau gambar kat bawah nun ??saya buat watermark ni guna app kat enpon je ..hehe..jadi lah.kan.Dari tak de..Ok..lupa kan pasal watermark tu..Hari ni makcik buat bihun sup..Punya la sibuk hari ni letih tak tau nak cakap la..sekali bihun sup dah siap makan sikit punya berselera..Bihun sup ni yang sedap sangat atau makcik yang lapar..tak tahu la..hehehh..

Dah selalu buat bihun sup tapi tak pernah terlintas nak share resepi kat blog..hari ni makcik turunkan ilmu buat bihun sup pulak..Saya guna daging 1/2 kilo sahaja.lepas tu hiris nipis2 sebab yang nak makan ni budak2.Masak pun cepat lembut..senang budak2 nak kunyah.kalau buat jual tu biasa nampak dia potong  tebal2 dalam 1 inci...ada yang potong kecik2.Ikut suka ampa nak potong macam mana yang penting kuah kena sedap.

Untuk sambal pulak saya buat sambal kicap.saya memang tak reti makan bihun sup dengan sambal merah tu..rasa tak selesa bila makan serbuk cili yang di tambah air…

CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL

Assalammualaikum..



CARA ELAK KAN RUMAH DIMASUKI TOYOL DAN CIRI-CIRI ORANG MEMBELA TOYOL Saya belum pernah ada pengalaman melihat toyol..Semoga saya tidak diberi peluang melihat nya. hahha..Orang kata toyol ni macam budak-budak yang badan bulat, kepala nya botak,  semua giginya runcing , badan nya berbulu dan berlendir.Sifatnya seperti kanak-kanak yang suka bermain.Dari apa yang digambar kan ,memang tidak la Toyol ni kita kategorikan sebagai comel..kan??hahah...

Toyol hanya boleh di lihat dengan mata kasar oleh penjaganya sahaja.Orang lain memang tak dapat nak tengok Toyol.kalau ada yang tengok Toyol mungkin ada ritual atau cara-cara tertentu nak melihat makhluk nakal ni.Nak menjaga nya pun macam jaga budak kecil.Kena diberi susu setiap pagi dan petang.Bukan susu dalam tin tu ye ..Tapi menyusu badan.Kalau yang membelanya adalah lelaki, isteri lelaki tu la akan menyusukan toyol tu.kalau tuan nya wanita, wanita tu sendiri akan menyusukan nya.Sanggup tak??hahhah

Kalau di Malaysia ni saya …