ISI MINYAK PENUH PUNCA KERETA MELETUP ADALAH BERITA PALSU

Assalamualaikum...

Mesti ramai yang dapat whatsapp yang pasal minyak kereta
tak boleh isi penuh sebab nanti kereta meletup.
Tertanya2 jugak betul ke boleh meletup??

Saya sendiri jadi takut pulak bila baca mesej tu mula2..
saya percaya jugak awal2 tu sebab tengok ramai yang percaya dan sebarkan..
siap pesan kat suami .

"abang jangan isi minyak kereta sampai penuh..nanti meletup"..

suami lak pandang saya dengan muka pelik...hehehehh...
nampak nya saya dah termakan cerita palsu tersebut.;p


Entah berapa ramai la rakyat Malaysia yang isi
minyak kereta penuh setiap minggu..
tapi saya rasa kes kereta meletup tiba-tiba ni bukan hari2 .
jadi tak kan la sebab 4,5 kes setahun tu kita terus nak
kata isi minyak penuh jadi punca kereta meletup.


Saya ni bukan arif bab2 kereta nih.
Mungkin ada yang akan kata saya tak tahu apa2,
jadi jangan pandai2 nak menyangkal apa orang cakap.

Bila dah disahkan sendiri oleh pihak Ketua
Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros)
 Profesor Wong Shaw Voon bahawa ianya palsu
nampaknya tak de apa2 yang perlu kita risau kan..
terus la mengisi minyak hingga penuh..hehehe


Bila disebarkan berita2 macam ni ianya akan membuatkan
ramai orang panik...Hanya sebab sorang yang panik,
dan dia rasa tak patut dia panik sorang2 jadi
dia bagi kita semua panik.

Patut tak??

sekian...

Post a comment

8 Comments

  1. beberapa bln yg lps sy hadiri talk ttg kebakaran. slh 1 punca kereta meeltup atau terbakar adalah krn w\litar pintas dlm kereta. ramai yg suka modified kereta tp x pandai tentnag selok belok wiring. cuba tgk kereta lama. dulu jrg kita dgr kereta terbakar dgn mudah kn. skrg ni, kena langggar sikit dah terbakar. sbb apa? sbb semuanya da bertkr kdp automatik. bla automatik digunapakai maka kuasa elektrik meningkat. sm jg dgn rumah. bla byk penggunaan elektrik spt cas hp, cas laptop, litar pintas cpt panas. dan krn itulah api cpt merebak bla berlaku kebakaran. nk selamatkan nyawa pun tak sempat. so, sy bla bc berita palsu ni, sy fhm dan tahu bkn sbb petrol tp sbb litar pintas. wallahu 'alam.

    (terpnjg plak komen ni ;-)

    ReplyDelete
  2. uiiii first time denga.. saya antara orang yang isi minyak sampai penuh

    ReplyDelete
  3. Takut jadinya..

    ReplyDelete
  4. mengarut je...sy pun tak paham dengan orang Malaysia ni..cepat betul percaya dengan berita yang tak sahih macam ni...kalau isi minyak full tank boleh meletup kereta tu...something wrong somewhere la...bukan salah isi minyak full tank...huhu...

    ReplyDelete
  5. Benda kalau dah nak jadi, akan jadi juga kan..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)